Bab 90

7K 132 31
                                    

Kenapa kau bagaikan reda aku menyakiti?

Wajah itu..
Air mata itu..
Cara gadis itu mengambil berat kepada dia..
Segala-galanya tentang gadis itu..

Izz ramas rambutnya kasar. "Kenapa kau rela aku menyakiti? Kenapa kau tunggu aku? Dari dulu sampai sekarang kau tetap suka kat aku, tapi kenapa?" Kata Izz pada diri sendiri.

Ya Allah, dada dia berasa tak damai saat ini.

"Kau betul Syana, urusan hati adalah urusan yang begitu susah untuk diselesaikan dengan cara mudah. Kau betul.." Kata Izz lagi.

Dia teringatkan Esyana dari kelmarin, dia mengingati butir-butir bicara Esyana waktu mereka masih sekolah, waktu mereka ditemukan semula dan waktu mereka menjadi suami isteri. Jujur dia katakan, dia tak mampu lenyapkan butir-butir bicara Esyana dari mindanya.

Dahulu...
12 tahun kemudian, saat itulah Izz mula tahu bahawa selama ini Esyana ada hati terhadapnya

"Kenape kau buat macam ni?" Soal Izz.

"Saye buat apa? Tak buat apa-apa pun" Esyana menundukkan wajah.

"Kenape kau bagitahu kat semua kelas yang kau suka kat aku?"

"Kau nak malukan aku?" Tanya Izz sekali lagi.

Esyana menggeleng. "Mana ada saye buat semua tu"

Izz tersengih. "Tak payah nak tipu. Kalau kau suka kat aku, kau bagitahu je dekat aku. Tak payah nak buat kecoh satu kelas"

"Sorry Izz. Tapi saye takde bagitahu siapa-siapa, saye pun tak tahu macam mana boleh orang ramai tahu kalau saye sukakan awak"

"Kau nak malukan aku k apa ni? Siapa lagi kalau bukan kau?" Tanya Izz.

"Mana ada saye malukan awak"

"Tapi aku malu! Satu kelas dah kecoh pasal kau suka kat aku. Kalau kau tu cantik, elok, bijak takpe lah jugak. Ni dah macam pompuan separuh siap dah aku tengok kau ni. Dah lah tak cantik, gemuk pulak tu, tak pandai. Kau layak duduk kat rumah je, pergi sekolah bukan dapat apa pun. Kat kelas tu, kau lah yang paling tak bijak, otak ada tapi tak guna buat apa?" Amuknya.

"Satu kelas kecoh pasal ni, satu kelas tu jugak dah berani ejek aku. Semua disebabkan kau! Kau lupakan je lah perasaan kau dekat aku tu, bukan aku suka kat kau pun. Setakat pompuan macam kau ni, pandang sikit pun aku tak nak. Mana-mana lelaki pun tak ingin dengan kau. Tak sedar diri tu tak cantik, gemuk, tak pandai, buat malu orang je tahu" Sambung Izz. Dia marah dengan gadis di hadapannya. Dia malu kerana di ejek couple dengan gadis bernama Esyana Aira, dia tak pernah keja ejek sebelum ni tapi saat gadis tu muncul ada-ada sahaja yang tak kena.

"Kau suka aku kan?"

Esyana diam.

"Kan?!" Jerit Izz yang membuatkan Esyana terkejut.

"Saye...."

"Jawab ye atau tak. Tak payah jelaskan apa-apa, aku tak nak dengar semua tu. Yang aku nak dengar, ye atau tak" Balas Izz.

"Ye" Jujur Esyana.

"So sekarang ni kau dah confess dekat aku lah eh? Takpe, aku pun nak bagitahu kau sesuatu ni. Kau sedia nak dengar tak?" Kata Izz sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Apa dia?" Esyana cuba membuka suara.

"Aku tak suka kau. Itu je yang aku nak bagitahu, supaya kau tak berharap apa-apa dan yang paling penting, kau buang je perasaan kau tu. Setakat cinta monyet je kut, besok lusa perasaan tu kan berpaling untuk lelaki lain. Ingat aku tak tahu k orang macam kau ni? Memang suka syok sendiri, tak sedar yang kau tu memang takkan ada siapa yang nak pandang" Balas Izz dengan sinis.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now