Bab 64

3.2K 94 3
                                    

Setibanya di hospital, Camellia terus sahaja mencari Mak Jah dan Danny untuk mengetahui keadaan Afeef. Mereka bertiga sudah sedia menunggu di lobi hospital besar itu memandangkan belum tiba waktu melawat. Pihak hospital hanya membenarkan orang yang menjaga sahaja untuk masuk melihat ahli keluarga yang sakit. Afeef yang diletakkan di unit rawatan rapi pula, tidak dibenarkan sesiapa untuk melawat melainkan atas kebenaran jururawat yang bertugas kerana dia masih didalam pemantauan doktor.

"Danny, malam ni biarlah Mak Jah jaga Afeer.." Ujar Mak Jah.

Danny mengangguk. "Danny tidur kat luar hospital ni je lah, Danny tunggu sampai Afeef boleh pindah wad"

"Kamu tidurlah kat rumah, kalau ada apa-apa perkembangan, Mak Jah terus call kamu"

"Danny risau Mak Jah, Danny nak selalu ada buat Afeef. Kalau Azura ada, mesti dia marah sebab Danny tak jaga Afeef dengan elok."

"Malam ni biar aku je yang jaga, kau rehatlah Danny" Pintas Camellia seraya tersenyum.

"Kalau tunggu pun, tak boleh tunggu dekat dalam mel.." Beritahu Danny.

"Doktor kata, siapa-siapa yang nak tunggu nanti tak boleh tunggu dekat dalam tu. Cuma dekat sini ada sedia bilik sewa untuk family yang nak tunggu" Jelas Danny lagi.

"Aku ok je. Malam ni biar aku dan Mak Jah jaga Afeef. Lepastu besok, kau ngan Mak Jah yang jaga Afeef. Kite tukar hari, nanti kau penat" Kata Camellia memberi pendapat.

"Thanks tapi biar aku dan Mak Jah je yang jaga Afeef." Balas Danny.

"Takpelah..tapi izinkan aku jenguk Afeef dari luar?" Malas Camellia ingin memaksa. Sedar bahawa diri itu bukan sebahagian daripada keluarga itu.

Danny hanya diam. Namun Mak Jah mengangguk seraya tersenyum kepada Camellia.

"Assalamualaikum. Syana, anak Danny  masuk wad. Kalau kau free, mai lah sini"  -Camellia.

"Waalaikumussalam. Besok aku pergi sana eh, In Syaa Allah. Semoga Afeef cepat sembuh. Amin"  -Esyana.

"Syana!" Panggil Hanna.

Esyana sekadar menoleh, memberi isyarat 'ya?' kepada Hanna.

"Razif nak jumpa kau"

"Suruh aje lah dia masuk" Balas Esyana.

"Tapi.., dia nak jumpa kau waktu lunch"

"Tak bolehlah. Banyak sangat kerja ni. Kalau dia nak cakap hal kerja, suruh aje lah dia masuk. Buat apa nak jumpa waktu lunch"

"Entahlah. Aku cuma sampaikan apa yang dia nak je. So jawapannya tak bolehlah ni?" Soal Hanna inginkan kepastian.

Esyana menggelengkan kepala lantas menyambung kerja yang belum siap.

Dilihat pula Razif yang sedang membancuh secawan nescafe di dapur pejabat dan terus mendapatkannya. "Zif, emm Syana tak nak lah"

"Sebab kenape?"

"Sebab dia banyak kerja tu" Balas Hanna lembut.

"Tapi dia kata, kalau kau nak jumpa, kau boleh aje masuk office dia sekarang" Balas Hanna lagi.

"Tapi ni bukan soal kerja"

"Habistu soal apa?" Tanya Hanna.

"Soal perasaan.." Tanpa berfikir panjang, cepat sahaja Razif mengucapkan hajat yang sebenar.

"Apa dia? Soal perasaan? Apa maksud kau Razif?" Balas Hanna lemah. Perasaan apa yang dimaksudkan oleh lelaki yang berada dihadapannya ini? Selama ni, dirinya yang paling rapat dengan lelaki yang bernama Razif. Tapi kenapa tiba-tiba ingin mengungkapkan soal perasaan terhadap Esyana? Sedangkan mereka berdua tak lah begitu rapat.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now