Bab 45

4.5K 115 6
                                    

"Rimas betul!!!" Jerit Izz bagaikan di dengari oleh satu pejabat.

"Bos. Semua client dah menunggu di bilik mesyuarat, tunggu bos je lagi" Pesan Alina.

"Cancel semua meeting sampai besok!" Dengan pantas Izz menjawab. Takde mood nak meeting.

"Tapi besok bos ada mesyuarat terpenting" Alina cuba mengingati bosnya, kut kut terlupa.

"Saye cakap cancel, cancel je lah!"
"Dah! Saye nak balik, besok saye takkan datang kerja. Kesemua kerja, saye akan suruh Danny kendalikan." Sambung Izz lantas berlalu pergi dari situ.

"Baik bos" Balas Alina. Rasanya amarah bosnya belum teduh lagi.
"Kenape dengan bos tu? Cuka semacam je aku tengok" Sergah salah seorang staff kat sana,misha

"Entahlah. Aku pun hairan jugak, tak pernah bos kite macam tu kan?"

"Betul. Tapi siapa perempuan tadi yang duk redah bilik bos tu eh?" Soal Misha lagi

"Entah. Bos tak bagitahu pulak. Tapi aku rasa ni soal peribadi kut, seram sejuk aku tau bila bos naik angin macam tu"

"Itulah. Aku pun sama jugak." Misha berpendapat yang sama

Izz bersandar malas di pintu utama rumahnya. Jam tangan berulang kali di lihat namun Esyana masih belum balik lagi.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta masuk ke halaman rumah. Itulah Esyana!

"Assalamualaikum.." Sapa Esyana.

"Awal awak balik hari ni" Tegur Esyana, hairan jugak bila dia yang dahulu sampai dari suaminya.

"Masuk sekarang!" Tegas Izz.

Lantas Esyana menurut. Pintu utama di tutup kasar, dan dengan pantas Izz menolak kasar akan Esyana jatuh ke arah lantai.
Terkejut. Tersangat-sangat terkejut dengan tindakan pantas suaminya, kakinya terasa sakit. Apakah semua ini? "Apa ni Izz? Saye baru je balik kerja, awak dah kenapa?" Dengan suara yang mendatar, Esyana menyoal Izz. Walaupun dia rasa bengang, namun dia kawal perasaan. Emosi yang telah terganggu sedikit dikawal selagi boleh.

Izz senyum senget. Meluat dengan Esyana yang asyik buat muka'Aku tak bersalah' 

"Manusia jenis apa kau ni? Depan aku, depan semua orang, kau berlagak macam orang yang tak pernah buat dosa. Tapi belakang aku, kau sanggup bayar kawan sendiri untuk bagi amaran yang bukan-bukan kat aku. Apa lagi masalah kau? Apa kau nak sebenarnya?" Bentak Izz dengan suara yang meninggi.

Esyana terpinga-pinga apabila dengan tidak semena-mena Izz meninggikan suara dengannya. Dia lihat mata Izz mencerlung memandang ke dalam matanya.

"Ape awak cakap ni? Saye tak faham, tuduhan apa lagi yang awak nak lemparkan?" Balas Esyana dengan suara yang sedikit tinggi.

Dan Izz pulak, dia pantang apabila orang tengking-tengking dia tanpa sebab.

Izz tarik nafas dalam-dalam apabila Esyana pun berani menaikkan volume suaranya. "Eh pompuan!!! Aku tahu aku ni kejam, tapi aku tak sama macam kau. Kau tu bila buat jahat, kau tak nak tunjuk. Kau lebih sanggup upah orang lain untuk lakukan kejahatan kau tu. Aku tak macam kau, kalau aku ni nak jadi jahat sekalipun, aku sendiri yang akan tunjukkan kejahatan tu dekat orang tu. Depan orang bukan main, buat muka macam tak pernah buat dosa. Solat pun penuh 5 waktu tapi sebenarnya kau ni syaitan dalam selimut. Kejam, hina, talam dua muka. Kau tak payah nak buat muka tak tahu, aku dah tahu segala-galanya tentang kau!"

"Ape lagi yang saye buat Izz? Tolonglah jangan maki saye sampai macam tu sekali" Esyana seolah-olah merayu.

Izz senyum sini. Menyampah melihat Esyana yang tetap berpura-pura tidak mengerti. "Kau upah Camellia untuk bagi amaran kat aku kan? Sampai dia redah bilik pejabat aku, buat mood aku jadi tunggang langgak disebabkan kau!!!"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now