Bab 75

3.6K 89 3
                                    

Camellia yang sedang menyusukan anaknya, melemparkan senyuman sebaik saja melihat suaminya masuk ke dalam bilik.

"Afeef, papa dah balik. Mesti papa rindu dengan Afeef" Ceria suara Camellia.

Danny tidak menjawap, dia hanya tersenyum sekilas kepada anaknya sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa. Camellia mendukung anaknya yang selesai menyusu lalu duduk sebelah suaminya.

"Abang.."

Camellia mencium tangan suaminya dan seperti biasa Danny akan mengucup dahinya.

"Abang. Abang tahu tak, Syana dah nak kahwin" Camellia mula berbicara.

"Oh ye k? Dengan siapa? Baguslah. Mungkin hatinya dah terbuka untuk orang lain"

"Nama dia Razif. Tapi yang peliknya, Syana tak kenalkan lelaki tu dekat Mel." Jawab Camellia sambil membaringkan Afeef di atas katil.

"Pelik? Apa peliknya?"

"Peliklah. Mel ni kan satu-satunya kawan baik Syana, so kenalah dia kenalkan bakal suami dia" Jelas Camellia.

"Manalah tahu Syana sibuk, takde masa nak kenalkan bakal suami dia tu kat Mel."

"Yang tu Mel boleh terima, tapi yang Mel pelik, Syana tu macam tak nak je kenalkan si Razif tu dekat Mel. Dia buat macam takde je bila Mel mintak kenalkan Razif tu. Dia suruh Mel tengok Razif waktu diorang nikah. Pelik ah Syana tu, macam.." Camellia terhenti di situ. Senghaja tidak mahu menyambung kata-katanya.

"Macam kahwin paksa?"

"Lebih kurang macam tu lah" Balas Camellia.

"Kalau kahwin paksa, takde lah Syana nak bagitahu Mel pasal dia nak kahwin tu. Dia cuma takde masa kut nak kenalkan Razif kat Mel."

"Ye lah, tapi Mel sebagai kawan kepada Esyana Aira tersangatlah berharap kalau Esyana tu tak paksa dirinya untuk kahwin dengan lelaki yang dia langsung tak suka. Itu namanya menipu diri sendiri" Lancar Camellia memberitahu suaminya.

"Kita doa je lah yang baik-baik. Lagipun arwah suami dia dah nak dekat 2 tahun dah pergi. Mungkin dengan kehadiran Razif akan memberi kebahagiaan didalam hidup Syana. Atau dengan kehadiran Razif, itulah hikmah disebalik kesakitan yang Syana hadapi selama ini. Kita tak tahu kan? Doa yang baik-baik. Kalau betullah Razif tu jodoh Syana, mereka akan kahwin jugak. Lagipun, itu baru merancang nak kahwin." Danny turut lancar berkata-kata.

"Ye lah. Mel risau je, sebab Syana tu lah satu-satunya sahabat Mel. Kalau Syana happy, Mel pun happy. Kalau Syana sedih, Mel lagi sedih. Itulah kami" Jelas Camellia sambil menyapu minyak angin di perut anaknya dan perlahan-lahan dia menepuknya.

Mencerlung mata Johari yang memandang Sheefa. Nafasnya turun naik dengan laju. Mukanya merah padam, gara-gara marah yang teramat sangat.

"Apa dah jadi Sheefa? Malu ayah Sheefa! Apa Sheefa buat kat sekolah tu sampai semua pelajaran gagal!" Jeritnya sambil menghentakkan buku-buku pelajaran di atas lantai.

Sheefa menangis teresak-esak sambil memegang beg sekolahnya.

"Kamu tahu tak tahun ni kamu SPM? Apa kamu nak bagi dekat ayah ni? Nak malukan ayah? Buat malu. Semua markah below 20%, lebih daripada gagal! Kamu ponteng sekolah ye?" Suara Johari semakin tinggi.

"Dah lah tu. Janganlah sampai terjerit-jerit. Dengarlah dulu penjelasan anak kita tu" Kata Ramlah.

"Penjelasan apa? Cikgu kelas dia sudah beri penjelasan dekat saye, yang anak kita ni tak fokus dalam kelas. Markah dia yang paling teruk kalau nak dibandingkan dengan  kelas lain. Kalau satu mata pelajaran saja yang gagal, takpelah tapi ini semua mata pelajaran gagal. Kesemua mata pelajaran below 20%." Pekik Johari.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now