Bab 59

4.3K 101 3
                                    

"Sheefa, tahun ni Sheefa SPM kan?" Tanya Esyana di dalam kereta selepas menjemput Sheefa dari Pavillon bersama rakan-rakannya. Hujung minggu macam ni memang Sheefa dan rakan-rakannya akan meluangkan waktu bersama namun tidaklah setiap minggu.

"Iye" Balas Sheefa sepatah lalu mengeluh.

"Kenape mengeluh? Akak tanya je kut"

"Taknaklah fikir pasal SPM tu, bagi sakit otak je." Omel Sheefa mendengar soalan Esyana.

"Ok. Akak tak cakap lagi, tapi Sheefa kena lulus SPM tu nanti"

"Ok" Balas Sheefa dengan selamba.

Setelah sampai dirumah, mereka terus sahaja menikmati makanan tengah hari.

"Syana, nanti malam kamu ada nak pergi mana-mana k?" Soal Ramlah sambil menuang air kosong untuk suaminya.

"Takdelah pulak. Kenape mak?" Tanya Esyana kembali.

"Mak Cik Rashidah kamu nak mai sini"

"Ye k mak?" Balas Esyana sambil tersenyum. Rindunya dengan mama. Walaupun dah setahun Izz pergi, namun Rashidah dan Taufik masih dianggap sebagai mama dan papa sendiri.

"Buat ape Mak Cik ngan Pak Cik tu mai sini lagi? Bukan diorang tu ada hubungan apa-apa lagi dengan akak" Sampuk Sheefa dengan nada yang menyampah.

"Apa Sheefa cakap ni? Tak baik cakap macam tu, diorang tu masih kami anggap sebagai ahli keluarga" Tegur Johari.

Esyana hanya terkejut dengan apa yang dilontarkan oleh Sheefa.

Sheefa menjeling tajam lantas menjawab "Yelah. Tapi Abang Izz kan dah lama takde, buat apa nak kenang orang yang dah lama takde"

"Sheefa!!" Suara Johari semakin meninggi. Dia melihat riak wajah anak pertamanya semakin berubah, wajahnya bertukar menjadi sedih namun dia tahan. Entah kenapa anak bongsunya ini bercakap macam tu. Setahunya, hubungan Sheefa dengan Izz Azwan ni baik-baik saja. Malah, Sheefa memang selesa dan menyukai Izz Azwan.

"Ugh!" Sheefa mendengus kasar lantas mengatur langkah laju ke bilik tidurnya.

Mak Siah hanya menggeleng dengan perbuatan Sheefa dan sambil itu, dia mengusap lengan Esyana bagi memberi ketabahan atas apa yang dikatakan oleh Sheefa.

"Kenape dengan anak kite sorang tu bang?" Tanya Ramlah sambil mengusap dadanya. Terkejut dengan tindakan melulu Sheefa.

"Entahlah. Asyik keluar dengan kawan, tu lah jadinya. Dah lah nak SPM tahun ni, tapi buat macam tak kesah dengan SPM tu. Lepas ni, jangan biarkan dia keluar dengan kawan-kawan dia tu." Tegas Johari.

"Sheefa selalu keluar k mak?" Soal Esyana hairan. Kerana apa yang dia tahu, Sheefa hanya keluar sekali sekala sahaja.

Ramlah mengangguk. "Waktu kamu tinggal dengan Izz, Sheefa asyik keluar dengan kawan-kawan dia, pada mulanya mak tak kesah sebab dia cakap dia nak study ngan kawan dia tu tapi perkara tu semakin menjadi-jadi."

"Maaf mak, Syana tak tahu semua tu. In Syaa Allah, Syana cuba cakap ngan Sheefa eh. Kut kut dia kesunyian bila Syana takde kan" Esyana cuba berfikiran positif. Dia kenal siapa Sheefa Arisha. Dia kenal adiknya. Dia bukan seseorang yang mudah terikut-ikut atau melawan cakap mak dan ayah. Boleh dikatakan dia ni manja namun dia jugak anak yang baik. Tapi umur Sheefa dah semakin meningkat, risau kalau dia cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Tok! Tok! Tok!

"Sheefa, boleh akak masuk?" Panggil Esyana sambil mengetuk pintu bilik adiknya.

"Ada apa?" Soal Sheefa cepat apabila melihat Esyana berdiri di muka pintu biliknya.

"Akak nak cakap sikit" Esyana hanya menunduk sedikit lantas melangkah masuk ke bilik itu. Dia duduk di atas sofa kecil yang disediakan didalam bilik itu.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now