Bab 25

3.9K 94 3
                                    

"So?" Jawap Rashid selamba.

Dahi Izz semakin berkerut, hatinya semakin panas apabila kawannya memberi respon yang meluatkan. Bukan k Rashid sepatutnya terkejut dengan khabar yang baharu sahaja di sampaikan?

"Aku tak main-main ni. Dia tu tunang aku!" Jawap Izz bagi meyakinkan sahabatnya.

"Itu yang kau cakap sebab munasabah kau?"

"Yelah. Sebabnye dia tu tunang aku!" Tegas Izz lagi.

"Lepastu? Bukan k kau sepatutnya happy kalau terjumpa dengan tunang sendiri? Apasal kau nak elak dari dia?" Tanya Rashid yang masih belum tahu akan sebab Izz bertunang dengan Esyana.

"Ok. Nanti aku cerite dekat kau, tapi tolonglah jangan buat otak aku ni semakin berserabut"

"Kau. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Nasib baik lah aku ni setia dengan persahabatan kite, kalau tak, jangan kau harap dapat jejak muka bumi ni lagi" Rashid tersengih, geram.

"Kau ni. Janganlah sampai macam tu sekali"

"Habis tu, yang kau layan Esyana macam tu sekali tu takpe?. Lantak kau lah!" Jawap Rashid. Lalu terus meninggalkan Izz dari tempat itu.

Suasana awal pagi begitu hening Esyana rasakan. Bunyi cengkerik kuat menyapa telinganya. Tidur malamnya terganggu dan tidak lena sejak 4 hari yang lepas. Dan seperti biasa jugalah, dia membersihkan diri dan mengambil air wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Rasa tenang menjalar ke segenap urat saraf Esyana usai sahaja dia menunaikan solat. Dengan rasa rendah hati, dia mengangkat kedua tangannya ke atas, ingin mengadu dan memohon kepada-NYA.

"Ya Allah, andai ini suratan takdir untukku, aku terima dengan redha. Bantulah aku, supaya segala kekusutan dalam diri hamba-MU ini terlerai. Kau permudahkanlah segala urusanku. Dan kau jagakanlah hati dan perasaan Izz Azwan agar dia dapat memikiran kehormatan keluarga kami dan jugak keluarganya. Jujur hamba-MU ini sayang kepadanya, tapi kalau dia bukan jodohku, aku terima dengan hati yang terbuka"

Air mata Esyana menitis seiring dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Lama dia berada di atas sejadah. Merenung akan kekhilafan diri serta segala yang telah ditempuhi selama ini.

Bunyi suara orang bercakap-cakap di tingkat bawah membuatkan Esyana terjaga daripada lena. Selepas menunaikan solat subuh tadi, dia berbaring di atas sejadah dan tidak sedar bila masanya dia tertidur semula.

Esyana melangkah keluar dari bilik dan sempat mengerling bilik Sheefa yang terbuka luas. Tiada orang di situ. Langkah kakinya terus ke dapur dan dia bberasa terperanjat melihat Mak Cik Rashidah berada di situ sedang sibuk menghidangkan sarapan bersama Ramlah dan Mak Siah.

"Eh dah bangun pun menantu Mak Cik. Lena tidur?" Tegur Rashidah bila terpandang akan diri Esyana yang tercegat di pintu dapur.

Esyana mendapatkan Rashidah dan bersalaman dengannya. "Bila Mak Cik sampai?"

"Pukul 7 tadi. Mesti Esyana penat kan? Sebab tu Mak Cik mai sini. Pak Cik Taufik kamu dah pergi kerja. Izz pulak entah tak balik-balik dari semalam"

"Izz tak balik dari semalam?" Mata Esyana semakin membulat bila mendengar semua itu tapi wajah Mak Cik Rashidah nampak bersahaja. Tapi baru kelmarin je mereka terjumpa kat restaurant. Hmm mungkin tidur rumah Rashid kut. Kut lah kut.

"Nampak sangat kamu risau. Ada lah tu dia telefon Mak Cik nanti, lagipun Izz tu dah besar panjang. Pandai lah tu dia jaga diri" Jawap Rashidah dengan bersahaja. Ye lah, dah besar panjang dah Izz tu.

Mak Siah yang jugak berada di situ tersenyum dengan gelagat Esyana.

Mereka berlima bersarapan sambil berbual seketika.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now