Bab 40

4.6K 118 7
                                    

Sherry yang masih berada di tingkat yang sama terlihat susuk tubuh yang bercakap dengannya tadi. "Aku kena tanya perempuan tu. Kalau boleh, aku nak cakap empat mata dengan isteri Izz. Harus!" Sherry terus melangkah laju untuk mendapatkan Camellia.

"Hai" Tegur Sherry. Dia tidak boleh menampakkan imej diri yang sebenar.

"Ye?" Camellia menoleh ke belakang. Dia sedari perempuan yang sama yang menegurnya tadi.

"Saye ni satu kerja dengan pesakit tu, dia ketua engineer kitorang. Boleh saye tahu perkembangan terbaru Izz Azwan?" Sherry menipu. Dia terpaksa menipu agar perempuan yang berada di hadapannya tidak mudah menghidup hasrat sebenarnya.

Terkebil-kebil mata Camellia. Dia mungkin tahu perkembangan terbaru Izz tapi bukan dia yang seharusnya menjawab soalan tersebut.

"Mungkin saye boleh bercakap dengan salah seorang ahli keluarganya"

"Mungkn isteri kepada Izz Azwan?" Sambung Sherry.

"Ye. Mungkin awak perlu tanya dekat isteri dia aje. Tapi awak kena tunggu dulu. Dia kat toilet" Kata Camellia.

Dari sudut itu Sherry nampak perempuan yang sudah bergelar isteri kepada kekasihnya.

"Mel. Jom!"

"Eh sekejap" Sergah Camellia.

"Kenape?"

"Ada orang nak jumpa kau"

"Jumpe aku? Siape?"

"Rakan sekerja suami kau. Diorang nak tahu perkembangan terbaru Izz. Aku tak tahu nak jawab macam mana" Jelas Camellia.

Esyana seakan terkejut. Dahinya mula berkerut. Rakan sekerja? Bukan k satu office tak tahu Izz dah kahwin? "Lelaki k perempuan?"

"Perempuan" Camellia menunjukkan orang yang di maksudkan.

Rasa ingin rebah serta terkejut melihat orang yang Camellia tunjukkan. Itu Sherry! Gf Izz. "Mel. Dia bukan satu kerja dengan Izz. Tapi tu lah Sherry. Gf Izz" Walaupun hanya sekali dia pernah terjumpa dengan Sherry sewaktu menghantar biskut ke rumahnya namun dia tidaklah tua sangat sampai nak lupa terus.

"Hah?! Ya Allah. Aku mintak maaf. Aku tak tahu yang tu Sherry" Camellia segera meminta maaf. Dia langsung tak tahu itu Sherry. Kalaulah dia tahu, dia takkan dengan mudahnya berkata 'Suami Kepada Kawan Saye' dekat perempuan tu.

Dahi Esyana berkerut tanda soal.

"Syana. Dia ada tanya yang siape pesakit tu, lepas tu aku jawab 'dia suami kawan aku'. Lepas tu baru ni dia mengaku yang dia wakil nak tahu perkembangan Izz. Jangan-jangan dia cuba nak cakap dengan kau" Timbul rasa bersalah dihati Camellia.

"Takpe. Lagipun kau tak tahu. Buat ape aku nak salahkan kau kan" Jawan Esyana dengan tenang. Apa lagi yang akan Esyana hadapi selepas ini?

Dengan sekuat kudrat, dia cuba berdepan dengan Sherry seorang diri. Esyana memberi salam  dengan segaris senyuman.

Sherry membalasnya. "Saye rasa pernah tengok awak sebelum ni. Awak pemilik biskut online tu kan?" Teka Sherry.

Esyana mengangguk.

"Saye Sherry. Dan awak?" Sherry berjabat tangan dengan Esyana.

"Saye Esyana. Panggil je Syana" Esyana tersenyum. Tapi ada sedikit rasa gusar di hati.

"Dan awak jugak isteri kepada Izz Azwan kan? Kekasih saye.."

Esyana tersentak, dia gugup beberapa saat. Bukan kerana pertanyaan itu terlalu mengejutkan, tetapi kerana wajah yang bertanya itu menjadi cuka semacam. Tak sangka hari ni perkara tu boleh terbongkar. Kenape hari ni? Kenape waktu ni? Dan kenape sekarang? Setelah perasaanya agak reda, dia mengangguk.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now