Bab 15

4.3K 113 4
                                    

"3 bulan tunang eh? Takpe, aku tunggu. Kahwin sehari dah cukup kut. Kan suami ada hak untuk melepaskan seorang isteri" Izz Azwan tenang dan bersahaja menyandarkan diri ke tepi dinding.

"Kalau aku tak buat macam ni, kau takkan sedar Esyana. Aku kena buat macam ni sebab aku terpaksa, bukan aku yang pilih semua ni. Tapi kau! Selepas je akad nikah, jangan harap kau boleh jadi isteri aku sampai bila-bila. Selepas ni, perasaan kau tu akan hilang macam tu je. Selepas ni, kau akan rasa menyesal. Tu lah, aku dah kata, cukup-cukup lah suka kat aku. Geli lah. Aku dah suruh kau lakukan sesuatu, tapi kau tak nak. Aku mintak satu je dekat kau, supaya hentikan ada perasaan cinta terhadap aku. Tapi kau degil!" sambung Izz Azwan.

Kejam! Ternyata Izz mempunyai niat buruk. Tapi tunggu dulu, Esyana setuju k nak kahwin dengan Izz?

Izz bagai hendak ketawa kerana puas hati dengan plan tu, harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Sudah hampir 3 jam Esyana duk berfikir dengan message yang di kirimkan oleh Izz. Dia tidak boleh duduk diam. Dia kegelisahan. Dia risau akan ada sesuatu yang tak baik akan berlaku. Ramlah dah bagitahu Esyana tentang hajat Izz nak masuk minang. Terlepaslah peluang kau Esyana.

"Ya Allah, kenape lidah ni terhenti? Kenape aku tak boleh nak bagitahu hal yang sebenar pada mak. Kenape lidahku tak lancar bila hendak berbincang mengenai Izz? Hanya Kau yang boleh menguatkan hati dan imanku" Seluruh tubuhnya dirasakan longlai, tidak mampu untuk bangkit. Lemah seluruh sendi. Tempurung lutut dirasakan lembik. Dia betul-betul takut akan apa yang Izz cuba lakukan. Dia bukan ape, dia cuma nak jaga nama baik keluarganye dan juga keluarga Izz. Dia kenal sangat dengan Izz tu, dia ego dan selalu ikut perasaan.

Butang telephone bimbit di tekan. "Mel, aku nak jumpe kau boleh?" Suara Esyana terdengar sayu didalam panggilan.

"Ok. Kat mana?" Tanya Camellia.

"Kat restaurant biasa. Aku jumpe kau dalam pukul 8 malam?"
"Ok. Tapi kau ok k?" Tanya Camellia. Dia jugak turut bersimpati dengan keadaan yang harus di lalui oleh sahabat karibnya. Dia sendiri pun tak tahu kenape Esyana begitu setia mencintai seorang lelaki yang sememangnya begitu kejam dan jijik dengan Esyana.

"Aku ok" Jawap Esyana dengan ringkas.

Itulah guna persahabatan. Tidak kekok bila kite menceritakan masalah kite, tapi janganlah sampai over sangat. Ada masalah yang harus di kongsi bersama, ada jugak masalah yang hanya di simpan rapi di dalam diri kite sendiri.

"Syana. Sorrylah aku lambat sikit. Kau ok k? Tadi aku dengar suara kau tu macam ada masalah je" Tanya Camellia yang kini sudah berada di depan Esyana. Makanan dan minuman sudah di pesan oleh Esyana Aira. Hanya tunggu untuk membuka pembicaraan dengan Camellia.

"Takpe. Emm, aku tak tahu lah ape yang kat dalam otak aku sekarang ni"
"Kenape? Kau gaduh dengan Izz? Kau baru tersempak dengan dia? Bagitahu lah cepat. Dan kau jangan berani sorok-sorok dekat aku tau" jawap Camellia.
"Tak bukan tu. Tapi Izz tetiba mak masuk minang aku"

"Ape dia?! Izz masuk minang kau? Macam mana boleh dia masuk minang kau? Bukan dia yang sendiri cakap yang.." Dahi Camellia berkerut seribu. "..yang dia tak sukakan kau? Ish apehal Izz ni. Aku tak faham lah dengan dia ni. Susah sangat aku nak baca fikiran dia"

"Tu lah. Aku pun tak tahu ape motif Izz mak masuk minang aku" Jawab Esyana.

"Motif? Jadi maksud kau, Izz ada niat buruk terhadap kau?" Tanya Camellia. Dia nak kepastian dan dia nak perkara ni selesai hari ni jugak. Dia kesian tengok Esyana menanggung beban ini sorang-sorang.

"Aku rasa macam tu mel. Di antara sejuta perasaan, perasaan tu lah yang paling kuat. Perasaan aku ni kuat menyatakan kalau Izz ada niat buruk. Takkan lah dia nak kahwin dengan aku" Jawab Esyana dengan penuh keyakinan.

"Ish, tak baik kau cakap macam tu. Aku tahu lah Izz tu selalu sakitkan hati kau, tapi cuba kau fikir positif sikit. Emm, dia ada tak bagi ape-ape sebab kenape dia nak kahwin dengan kau?" Camellia bukan tak percayakan Esyana. Cuma dia tak nak Esyana duk fikir negatif tentang Izz. Befikiran negatif jugak boleh merosakkan minda kita.

"Ada" Jawab Esyana sambil melihatkan text message dari Izz. Kalau di fikirkan secara dekat, ape yang Izz bagitahu tu adalah separuh dari niat baiknya. Tapi adakah separuh lagi tu niat jahat Izz? Atau dia cuma nak reka-reka cerite?

"Sebab nak jaga hati mama dia? Ish, aku tak boleh nak habis fikir lah pasal dia ni. Kenapelah susah sangat nak tafsirkan ape yang dia cuba maksudkan" Jawab Camellia.

Mereka diam seketika. Camellia cuba untuk tenangkan Esyana tapi Camellia sendiri jugak terasa sangat gelisah. Ape lagi Esyana. Mesti dia rasa tak tenteram.

"Syana. Aku nak tanye kau sikit ni, tapi aku harap kau boleh jujur dengan aku. Kalau kau anggap aku ni sebagai sahabat karib kau, aku nak kau jawap aku dengan sejujur-jujurnya" Camellia bersedia dengan soalan, dia menatap raut wajah Esyana dengan penuh rasa simpati dan tanda tanya.

"Kau masih sayangkan Izz?"

Belum lagi Esyana sempat jawab soalan Camellia. Dia sudah menangis teresak-esak. Dia tidak boleh berundur dari soalan tu. Izz bagaikan lelaki yang selalu meletak pisau di tengkuknya. Sakit. Dapatkah dia mengelak? Kenape dia masih setia dengan Izz kalau dah tahu mencintainya adalah suatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Esyana hanya mengganguk bagi menandakan dia masih sayangkan Izz. Perasaannya terhadap Izz tak pernah berubah, walau sedikit pun.

"Subhanallah" Hanya itu yang mampu di ungkapkan oleh Camellia.

"Ape sebab kau tak nak kahwin dengan Izz? Sedangkan kau sendiri tahu perasaan aku terhadap Izz macam mana. Ye memang Izz tak sukakan kau, tapi mungkin kau boleh tawan hati dia?" Tanya Camellia. Tak semudah tu nak tawan hati seorang lelaki macam Izz.

"Ye aku sayang Izz! Tapi aku tak boleh nak terime macam tu je untuk kepentingan diri aku sendiri. Aku kena fikir pasal Izz" Jawab Esyana, air matanya terus mengalir tanpa menyedari orang sekelilingnya.

"So sekarang ni kau kena jawap ye atau tak? Kau bawak solat Syana, kau minta petunjuk dari Allah. Lagipun, mak kau tak paksa kan?"

"Mak aku tak paksa. Tapi mak aku dah tahu pasal Izz nak masuk minang aku. Aku rasa serba salah kalau aku tolak. Tapi kalau aku terime, boleh k aku bahagia nanti?" Otak Esyana semakin hari semakin serabut. Dia sendiri tak tahu mana satu yang terbaik. Ini kan pulak bila Izz nak masuk minang dia.

"Mel, kau doakan aku eh. Memag aku pernah berdoa agar aku jodohnya tapi bukan cara macam ni mel" Hati Camellia yang sedang mendengar rintihan dari seorang sahabat itu terasa sedih di hati.

"Aku akan selalu doakan kau Syana"

Di rumah pulak lain lagi ceritenya. Ramlah dah seperti orang yang paling gembira di dalam dunia.

"Dah balik pun anak mak. Ni tadi Mak Cik Rashidah ada telephone mak. Dia cakap nak merisik kamu lusa ni. Lepastu mak dan Mak Cik Ramlah kamu tu bercadang nak buat majlis pertunangan tu minggu depan. Kamu macam mana? Ambik cuti kerja lah ye"

"Lusa ni? Awat cepat sangat mak? Syana rasa Syana belum bagi ape-ape jawapan pasal hal ni" jawab Esyana. Kirakan, tinggal satu hari je lagi. Macam mana ni? Awat Mak dia fikir Esyana dah bagi jawapan?

"Tak payah kamu nak sorok-sorok dengan mak lah Syana. Izz sendiri yang tadi bagitahu mak yang kamu dah terime, cuma kamu malu nak khabarkan dekat mak" balas Ramlah.

Dahi Esyana berkerut. Sejak bila dia khabarkan dekat Izz? Tak pernah. Dia yakin dia tak pernah bagi jawapan ape-ape.

"Mak, Syana tak.." belum sempat dia bercakap ape-ape. Mak dia pulak mencelah.

"Takpe. Mak faham kamu malu nak khabarkan dekat mak. Tapi sekarang ni dah settle. Tak yah nak fikir banyak-banyak lagi. Biar mak dan mak cik Rashidah kamu tu yang uruskan semua ni. Pergi rehat kat atas" Balas Ramlah.

Esyana menangis sepuas-puasnya di dalam bilik tidurnya. Tiada siapa yang tahu betapa banyaknya air mata tu jatuh.

"Ya Allah, kenape semua ni terjadi? Ape salah hambaMu ini sampai hambaMu rasa nak lari dari semua ni" tangis Esyana.

Sempat k Esyana lari dari semua ni? Sanggup kah dia nak lari? Adakah majlis pertunangan tu akan berlangsung?

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now