Bab 83

4.3K 117 25
                                    

Di halaman rumah, kelihatan sebuah kereta yang baharu masuk. Izz keluar dari kereta, tiba-tiba sahaja dia rasa gementar. Dia mengetuk pintu.

"Bro. Kau jangan terkejut, aku memang betul-betul Izz. Izz Azwan, kawan kau.." Kata Izz setelah pintu rumah itu terbuka.

"Aku tahu. Memang aku tak terkejut pun" Balas Rashid.

"Kau tahu apa?"

"Mak kau bagitahu aku." Balas Rashid.

"Kenape datang rumah aku? Dah kena halau k?" Tanya Rashid.

"Takkan datang rumah kawan sendiri pun tak boleh"

"Cakap je lah yang kau kena halau" Sergah Rashid.

"Kau je kawan aku. Bagilah aku masuk dulu, dah malam ni"

"Masuklah"

"Thanks! Sorry aku terpaksa tumpang tempat tinggal, aku harap kau faham" Kata Izz.

"Nasib baik lah aku ni kawan kau, kalau tak, memang aku biarkan je kau tidur kat luar."

Terkebil-kebil Izz di hadapan sahabatnya, Rashid. Hatinya juga sakit, sanggup dia di halau kerana Esyana Aira? Halau anak sendiri!

"Kau selesaikan baik-baik hal rumah tangga kau dengan Esyana. Aku tak akan masuk campur. Aku tak akan cakap kau betul, dan Esyana salah atau kau salah atau Esyana betul. Masing-masing ada salahnya. Berbincang cara orang dewasa, bukan main tinggi suara, atau main tuduh menuduh" Kata Rashid. Dia dah tahu semuanya dari mak kepada Izz.

"Aku tahu kau tak pernah sukakan Esyana. Esyana je sorang yang sukakan kau. Tapi kalau kau nak tahu, Esyana cuba untuk jaga rumah tangga korang dengan baik tapi kau hancurkan macam tu je. Kau jangan salahkan Esyana sebab dia tinggi suara kat kau, dia tampar kau dan dia ugut kau dengan penceraian. Sebab bagi aku, Esyana dah cukup sabar. Tapi kalau betullah korang nak berpisah, kau pulangkan dia dengan cara yang paling baik. Korang berbaik lah dulu sebelum berpisah, jangan sampai korang bermusuh sampai bila-bila. Islam tak pernah suruh suami isteri bergaduh. Ingat bro, isteri tu amanah Allah. Memang takde istilah 'Suami derhaka kepada isteri' tapi 'Suami derhaka kepada perintah Allah'." Sambung Rashid.

"Biarlah mahkamah syariah yang uruskan semua." Balas Izz ringkas.

"Aku cuma nak bagi nasihat. Kau terima atau tak, itu ikut suka hati kau lah" Kata Rashid.

"Aku penat. Tu je" Izz mengeluh.

"Kau pergilah rehat dulu" Balas Rashid.

Cinta pertama terlalu mengesankan buat dirinya biarpun impian cintanya tidak mampu untuk direalisasikan. Ingatannya terhadap gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya teramat sukar untuk dipadamkan. Terlalu susah untuk dilenyapkan. Hatinya sering tertanya-tanya, kenapalah yang datang dalam hidup kita bukanlah orang yang sering kita harapkan?

"Saye tak mampu untuk susun kata-kata cantik, kata-kata yang ingin saye sampaikan ini tulus dari hati saye. Esyana Aira..mencintaimu bukan suatu yang dirancang. Mencintaimu adalah suatu saat yang paling membahagiakan. Merinduimu adalah suatu saat yang paling menyakitkan, kerana saye tahu bukan saye orang yang awak rindukan selama ni. Jika saye tak mampu memiliki cinta awak, izinkanlah saye untuk jelaskan apa yang patut. Saye rindukan awak"  -Razif.

Pertemuan sering kali akan membahagiakan. Namun pertemuan juga adalah permulaan episod kehidupan yang mungkin akan berakhir dengan perpisahan.

Namun, Razif tak pernah menyesal kerana dipertemukan dengan Esyana Aira. Sebaliknya, dia akan terus mengenang akan pertemuan itu kerana di situlah dia mencipta semangat untuk terus bernafas setiap hari walau pada hakikatnya, dia hidup bagaikan menunggu kematian. Dan dia juga tidak akan menyalahkan pada perpisahan kerana dia pasti suatu hari nanti, akan ada perpisahan buat mereka berdua. Perpisahan untuk selamanya.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now