Bab 11

4.7K 127 5
                                    

Ketika mereka duduk di ruang tamu, seorang demi seorang berkongsi pendapat sambil menunggu Esyana Aira dan Sheefa Arisha membasuh pinggan mangkuk.

"Elok lah dah semua ada. Boleh lah kite mulakan" Pak Cik Taufik memulakan perbicaraan.

Mak Cik Ramlah dan Mak Cik Rashidah berganti pandangan. Mereka tersenyum, macam tak sabar nak khabarkan sesuatu. "Ok. Saye sebagai mak kepada sebelah lelaki ingin memberitahu bahawa kami ni sebenarnya nak satukan mereka berdua. Korang rasa?"

"Elok sangat lah tu. Lagi pula, kite kan dah bincang beberapa bulan yang lepas. Tunggu jawapan dari mereka je" jawap Mak Cik Ramlah.

Izz Azwan mengerutkan dahi. Kata-kata itu sangat merimaskan dirinya. "Mama. Ape semua ni? Mama nak satukan Izz dengan siapa?"

"Izz dengan Syana lah. Takkan dengan Sheefa pulak" Mak Cik Rashidah ketawa kecil mendengar pertanyaan yang tak sepatutnya di tanya. Izz terpanar. Betulkah apa yang baru sahaja didengari? Dia hendak di satukan dengan seorang gadis yang sememangnya bukan taste dia. Bukan pilihan hatinya. Walaupun dia cuba untuk mengutip fakta, tapi semua ni bukan fakta yang harus di terima.

"Hmm kalau dengan Sheefa elok jugak. Tapi kenalah tunggu 11 tahun lagi kut. Lagipun, abang Izz ni kan full package." gurau adik Esyana. Esyana Aira mendengus kasar. Sememangnya lelaki ini memiliki segala-galanya dari segi fizikal. Segala-gala yang di idamkan oleh seorang wanita!

"Izz, nak pergi mana tu?" Mak Cik Rashidah meninggikan suaranya, Izz yang berlalu pergi dari pembincangan tu. Kenape susah sangat Izz nak faham? Cuba lah belakon sikit walaupun diri tu tak nak dengan Esyana. Tak payah nampak obvious sangat. "Hmm, salah Sheefa k?" soal Sheefa.

"Ish, apa pulak salah kamu sheefa" pujuk Mak Cik Rashidah. "Takpelah, Syana nak pergi tengok Izz kejap"

Izz Azwan hanya mengikut akal warasnya, sesekali tidak memikirkan perasaan orang lain. Terasa diri Esyana Aira itu terpinggir, terasa sangat terhina, terasa diri itu macam tunggul dan hanya mampu mendapat sisa.

"Awak! Awak dah kenape? Tibe-tibe je keluar ni. Apahal?" soal Esyana. Soalan tu hanya di biarkan terbang macam tu je.

"Awak! Saye tanye ni. Awak ni dah kenape?" soal Esyana buat kali ke dua.

"Diam lah! Saye nak keluar k nak ape k, suka hati saye lah. Kan saye dah bagitahu awak, dari awal lagi saye bagitahu awak kalau saye tak nak kahwin dengan awak. Awak ni tak faham bahasa k atau otak awak tu tak cukup berfungsi? Takkan lah tak cukup berfungsi, buang masa je jadi peguam cara kalau otak lembab. Sesuai lah dengan muka awak tu" jawap Izz dengan tegas.

"Izz! Adik saye gurau je lah" jawap Esyana. Dia kena sabar bila bercakap dengan lelaki sorang ni.

"Ada saye cakap pasal adik awak? Eh ni pasal awak. Diri awak. Bukan adik awak. Apasal dengan awak ni?"

"Dan lagi satu. Awak dah susun tragedy?  Saye tak nak awak pura-pura tak tahu ape yang saye maksudkan. Saye dah bagitahu kan? So ape yang patut awak buat?" Soal Izz. Dia merenung tajam akan wajah Esyana.

Lama Esyana Aira menundukkan wajah sebelum dia berani bertentang mata dengan lelaki di hadapannya. Mata tepat ke anak mata Izz bila dia menyatakan,"Saye tak buat ape-ape tragedy, maafkan saye" Esyana dah sedia dengan maki hamun dari Izz. Ya Allah, kuatkan hati Esyana Aira. Jangan sampai orang kat dalam tu boleh terhidu pertengkaran mereka.

"Ape alasan awak kali ni?" soal Izz. Wajah Izz kini merona merah, dia tahu Izz tengah marah. Baginya, Esyana seolah-olah tidak mengambil berat tentang permintaannya itu. "Saye takde alasan ape-ape. Saye betul-betul tak tahu tragedy jenis ape yang patut saye guna" jawap Esyana.

"Betul k awak takde alasan? K awak nak sangat kahwin dengan saye? Sebab awak ni memang terkenal sebagai orang yang selalu memberi alasan tapi alasan tu tak masuk akal. Orang gila pun takkan terpedaya dengan alasan awak, ini kan saye yang waras. Memang saye takkan terima ape-ape alasan dari mulut awak! Kan saye dah bagi awak tips, tunggu awak susun tips tu je. Itu pun susah? Saye dah cakap, awak kena mengaku yang awak tu dah ada someone. Degil betul!"

"Saye tak dapat nak buat semua tu. Saye tak nak tipu dengan mak dan mama awak. Tu sama je macam saye tipu diri saye sendiri. Kalau mak saye nak jumpe 'someone' saye tu macam mana?" Soal Esyana. Dia mula naik angin dengan Izz. Kalau dia rasa perkara tu senang, kenape Esyana yang kena buat? Kenape tak dia je yang kena mengaku? Tapi memang betul lah Izz dah ada someone.  "Oh. Awak tak nak menipu? So selama ni mak awak dah tahu pasal kite? Maksud saye pasal awak tu yang duk sukakan saye tapi cinta tidak di balas. Dah tahu? Kan awak sendiri cakap tak nak menipu"

"Mak tak tahu. Boleh tak kalau awak faham saye? Saye mohon sangat-sangat kat awak untuk faham. Kalau tak macam ni, awak bawa gf awak tu jumpa mama awak. Lepastu selesai. Tiada sebarang tipu helah" jawap Esyana. Memang tu yang patut Izz lakukan dari awal lagi. Kalau lah dari awal Izz khabarkam kat Mak Cik Rashidah tentang tu, semua ni takkan terjadi dan mereka tidak akan di satukan.

"Saye faham awak? Senang kan awak suruh saye buat macam tu. Boleh tak awak tolong jangan anggap saye ni macam hamba awak? Suka hati saye lah nak bagitahu mama atau tak.
Dan boleh tak perbetulkan otak awak tu kejap. Kan saye dah pernah cakap, semua ni untuk keadilan masing-masing" lantas dia melangkah masuk ke dalam. Degil siapa agaknya yang besar? Izz k Esyana? Atau kedua-duanya sekali?

"Hah Izz, mana Syana? Ape yang korang bincangkan kat luar tu?" belum sempat Izz nak jawap, Esyana dah nak masuk. Senyuman di hadiahkan untuk mereka semua, agar mereka tidak dapat tangkap apa yang sudah di bincangkan oleh Izz dan Esyana.

"Ok. Kite sambung ape yang patut"
"Ok. Teruskan"
Terasa semak di hati Izz, dia rasa nak memberontak. Rasa macam diri itu di paksa. Tapi semua ni sebenarnya takde paksaan. Walaupun mereka semua merancang segunung sekalipun, kalau Allah tidak berkehendak, semua tu takkan terjadi dan tidak akan terjadi. Kite ni hanya tahu merancang dan selebihnya serah pada Allah.

"Izz dengan Syana, kami ni nak mintak maaf kalau tak bincang dengan kamu tentang hal ni. Tapi kami beri kamu masa. Termasuk hari ni, dah masuk 2 bulan. Kalau dah ada jawapan, khabar je lah" kata Mak Cik Ramlah.

Kedua-duanya mendiamkan diri, tiada kata yang harus di khabarkan. Kalau ada pun, entah macam mana nak susun kata-kata itu menjadi sempurna.

"Kalau macam tu, biar je lah Izz dengan Syana tunang dulu. Tunang dalam 3 bulan?" Mak Cik Rashidah mula memberi pendapat. 3 bulan? Ya Allah, lamanya! 3 saat pun dah macam 3 tahun, apa lagi 3 bulan! Ya, itu yang di rasai oleh seorang lelaki yang bernama Izz Azwan. Mudah berasa rimas bila di kelilingi oleh seorang gadis bernama Esyana Aira.

"Pak Cik ni ikut je, Izz dengan Syana buat keputusan ye. Kalaulah sekiranya hati tu berkenan, apa lagi?" Pak Cik Johari pula memberi pandangan tentang mereka berdua.

"Kamu jangan anggap kami paksa kamu eh, perkara ni takde main paksa-paksa. Iye, betul kami cuba nak jodohkan kamu berdua tapi itu pun kalau kamu di takdirkan untuk bersama. Kita serah je pada yang Maha Esa" sambung Mak Cik Rashidah.

Izz dan Esyana tidak memberi apa-apa respond. Izz hanya mengangkat mukanya sambil mendengus kasar. Esyana pulak hanya menundukkan wajahnya.

"Kalau macam tu, kami balik dulu ye. Kalau ada ape-ape khabar berita bagitahu je lah ye" salam di beri oleh Mak Cik Rashidah dan Pak Cik Taufik kepada penghuni rumah. Nampak sangat Izz lega kerana akhirnya dia boleh keluar dari rumah tu, lari dari perbualan tadi.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now