Bab 77

3.4K 82 5
                                    

Esyana yang leka menaip di laptopnya terhenti sebaik sahaja telefon bimbitnya berbunyi.

Esyana melihat telefon bimbitnya. Whatsapp daripada Razif.

"Assalamualaikum. Jom keluar?" -Razif.

"Waalaikumussalam. Awak pergilah dulu"  -Esyana.

Memang Razif ingin mengajak Esyana keluar bersama, kerana hari ini mereka cuma bekerja sehingga pukul 2:30 petang.

"Ok. Saye tunggu awak kat cafe" -Razif

"Ok"   -Esyana

Esyana hanya memandang makanan di hadapannya.

Razif perasan lalu menegur, "Makanlah. Takkan nak pandang je"

"Saye takde selera. Awak makanlah"

"Lepas ni kita pergi butik, lepastu kita pergi tengok hantaran kahwin. Nak?"

"Tak payahlah. Bukan besok kite nak kahwin, lama lagi lah" Kata Esyana.

"Kenalah survey awal. Awak dengan arwah suami tak macam tu k?"

"Kenapa tanya saye soalan macam tu? Perlu k awak tahu?" Soal Esyana. Riak wajahnya berubah.

"Takdelah perlu sangat. Tapi awak sendiri pernah kahwin, jadi awak kenalah tahu persiapan kahwin ni macam mana. Kena survey lebih awal." Jawab Razif.

"Ok. Lepas ni kita survey" Balas Esyana sekadar memuaskan hati Razif.

"Kenape eh awak terima lamaran saye?" Soal Razif. Saja ingin tahu. Dia pelik kenapa Esyana menerima lamarannya. Jujur dia bahagia tapi ada persoalan disebalik itu.

"Saye kena fikirkan perasaan orang, saye kena jaga hati orang lain dulu supaya kita tak lebih jauh terluka. Saye akan cuba terima awak Razif. Saye akan cuba bangunkan perkahwinan ni" Ujar Esyana.

"Alam perkahwinan bukan suatu percubaan, tapi perlaksanaan, penyatuan, perkongsian dan segala-galanya. Kita berkongsi kehidupan dan segala-galanya yang kita miliki dengan orang yang kita sayang. Hati, perasaan, cinta, kepercayaan menjadi satu Syana."

"Lepas ni kita nak pergi mana dulu?" Soal Esyana. Sengaja mengubah topik perbualan.

"Saye nak awak bahagia dengan saye. Biar orang lain nampak kebahagiaan yang awak ada sebab saye akan berikan awak kebahagiaan tu. Saye boleh berjanji kalau awak nak" Namun Razif masih lagi menyambung.

"Kebahagiaan adalah apa yang kita rasa, bukannya apa yang orang lain pandang. Kadang-kadang apa yang kita zahirkan tak sama dengan apa yang sebenarnya berada didalam diri kita" Ujar Esyana.

"Saye akan buat awak bahagia lebih daripada arwah suami awak pernah bahagiakan awak"

Esyana tunduk, tidak menjawap apa-apa pun.

Selesai makan. Mereka berjalan mencari barang hantaran.

"Syana, apa yang nak kita beli untuk majlis pernikahan?" Soal Razif.

"Tak tahu"

Razif tersengih mendengar jawapan Esyana. "Takkan tak tahu."

"Ok, waktu saye kahwin dengan Izz, kebanyakan hantaran ni kitorang tak beli sama-sama. Jadi kitorang beli je apa yang rasa nak dibeli." Balas Esyana. Sebenarnya dia malas nak mencari barang hantaran, baginya terlalu awal.

"Saye tak tanya pun pasal tu"

"Saye cuma bagitahu. So, kita nak pergi mana ni? Kalau rasanya takde nak pergi mana-mana, saye nak balik"

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now