Bab 36

4K 100 2
                                    

Esyana mengatur langkah laju.

"Izz..saye..." bergetar segala tubuh dan sendi Esyana.

"Izz.." sekali lagi dia menyebut nama itu. Dia menggoyangkan tubuh yang berbaring di atas tangga itu. Susuk tubuh itu tidak bergerak.

"Izz!" Dia memeriksa keadaan suaminya yang terlantar di atas tangga, dia melihat kepala suaminya yang mencecah tepat ke arah anak tangga tersebut.

"Ya Allah. Apa aku dah buat ni?" Tangan yang seakan berpeluh itu lantas mencapai telefon bimbit untuk menghubungi ambulance.

Di dalam kereta ambulance, Esyana diselubungi ketakutan. Gusar di hati jika keadaan Izz bertambah teruk. Ambulance membelok masuk ke wad kecemasan dan mereka memberhentikan kereta ambulance di situ. Selepas itu, pihak hospital dan Esyana berlari-lari anak ke wad pesakit.

"Cik tunggu kat luar dulu" Pesan salah seorang nurse tersebut.

Telefon bimbit lantas menghubungi Ramlah. Mereka patut tahu keadaan Izz Azwan yang kini berada di hospital. "Assalamualaikum..mak"

"Waalaikumussalam. Hai akak. Akak sehat?" Jawab seorang gadis bernama Sheefa.

"Sheefa. Mak mana? Kenape Sheefa yang jawab panggilan ni?"

"Mak kat dapur. Kenape?"

"Panggil mak sekejap"

"Cakap je lah. Nanti Sheefa khabarkan kat mak. Mak sibuk tu" Balas Sheefa.

"Sheefa. Tolonglah, akak nak cakap dengan mak" Esyana seakan-akan merayu untuk bercakap sendiri dengan Ramlah dan bukan hanya memesan pada adiknya, Sheefa. Nanti panjang pulak cerita mereka.

"Ye lah. Kejap" Akhirnya Sheefa akur.

"Ye. Kenape ni Syana?" Suara Ramlah terdengar di dalam panggilan. Tanpa sedar Esyana mengalirkan setitis air mata.

"Mak. Izz masuk hospital. Mak tolong mai sini eh?" Balas Esyana dengan nada yang agak sayu dan menyedihkan.

"Ya Allah. Kenape dengan Izz?"

"Nanti je lah Syana cerita dekat mak. Doctor masih lagi nak memeriksa keadaan Izz tu" Balasnya. Dia tak mampu nak bercerita sebenarnya. Fia takut. Dia rasa serba salah nak bercerita. Dan dia paling takut dengan keadaan Izz. Dia takut kalau dia yang di persalahkan atas apa yang terjadi.

"Ok. Takpe, mak datang sekarang. Ni kamu dah bagitahu mama mertua kamu pasal ni?"

"Syana nak bagitahu selepas khabarkan kat mak lah ni. Mak tolong mai sini eh. Assalamualaikum.." Panggilan di tutup dan terus sahaja mencari nama mama mertua di dalam contact telefon.

Dia menghela nafas panjang sebelum menelefon Rashidah. "Assalamualaikum..ma"

"Waalaikumussalam. Syana, kamu sehat? Izz macam mana kat sana?" Belum lagi sempat Esyana memberitahu hal yang sebenar, Rashidah dah bertanya tentang khabar anaknya.

"Ma. Izz masuk hospital" Jawabnya dengan ringkas. Dia tak mampu nak berkata apa-apa lagi.

"Hah? Masuk hospital? Ya Allah! Mama datang sekarang. Tunggu tau" Panggilan terus di tutup. Dia faham Mak Cik Rashidah agak terkejut. Tapi dia sangat takut dengan apa yang akan terjadi selepas ini.

Esyana sempat membuka aplikasi whatsapp dan memberi pesanan ringkas kepada Camellia.

Tidak lama kemudian. Datang seorang doctor separuh abad datang menghampiri Esyana. "Cik ni keluarga kepada Izz Azwan bin Haji Taufik Azhari k?"

"Saye isteri dia. Bagaimana dengan keadaan suami saye doctor?" Soal Esyana dengan penuh pengharapan.

"Bahagian kepalanya terhentak kuat dan kami terpaksa memindahkan beliau ke tempat ICU"

"Tapi suami saye jatuh tangga
je kan? Kenape dia kena masuk ICU?"

Esyana menekup mulutnya. Perkataan 'ICU' cukup membuatkan dirinya lemah dan takut. Dia tahu tempat itu adalah tempat kritikal buat pesakit.

"Ye. Tapi hentakan kuat di bahagian kepalanya itu membuatkan kepalanya bergetar. Harap cik bersabar"

Dia rebah di atas lantai dan menangis sepuas-puasnya. Apa yang dia telah lakukan? Dia takut semua ini akan dipersalahkan.

"Syana kenape ni?" Tanya Ramlah yang baharu sahaja sampai. Wajah mereka di pandang sayu.

"Mana Izz?" Soal Rashidah.

"Izz masuk ICU" itu sahaja yang mampu di katakan buat seketika ini. Dia tidak mempunyai kudrat untuk berdiri dengan sendirinya, dia sangat-sangat takut.

"Hah? ICU? Kenape dengan Izz?" Tanya Rashidah. Dia menitis air matanya terus memeluk erat akan Esyana yang masih duduk di atas lantai.

"Maafkan Syana. Semua ni salah Syana"

"Kenape ni? Ape yang terjadi?" Soal Ramlah yang inginkan kepastian.

"Syana tertumpah tepung atas tangga lepastu Izz jatuh. Hentakan kuat di bahagian kepala Izz membuatkan kepalanya bergetar" Jawab Esyana dengan terketar-ketar.

Ramlah dan Rashidah saling berpandangan. Rashidah menekup mulutnya.

"Ni mesti kerana akak buat biskut kan? Kenape akak tak perasan abang Izz naik tangga tu?" Sheefa mula menyoal.

"Maafkan akak. Akak tak perasan Izz masuk rumah.  Ketika tu, akak cepat-cepat ambik tuala sebelum Izz sampai tapi.." Rashidah memberi pelukan erat agar Esyana tidak meneruskan kata-katanya.

"Maafkan Syana.." Esyana berulang kali meminta maaf.

"Takpe. Mama tak salahkan Syana. Syana tak salah, kite doa sama-sama supaya Izz sedar." Rashidah mendakap tubuh menantunya.

Esyana segera menyeka air mata. Rasa bersalah pula kerana menghambur kesedihan di hadapan ibu mertuanya. Dia tidak seharusnya menangis. Pelukan erat masing-masing bagi memberitahu bahawa mereka saling memberu kekuatan. Bahawa mereka saling memerlukan.

Sheefa, Ramlah dan Mak Siah turut menitiskan air mata.

"Mama pergi masuk dulu eh. Syana doakan Izz" Kata Rashidah sebelum mengatur langkah masuk ke bilik ICU bersama suaminya, Taufik.

"Syana. Kau ok k ni?" Sergah Camellia yang baharu sahaja sampai. Dia memandang wajah polos yang berada di sebelahnya lantas memeluk Esyana dengan erat. Dia faham akan keadaan Esyana ketika ini. Dia tahu Esyana takut dengan apa yang berlaku. "Ya Allah. Ujian ape lagi yang kau berikan kepada sahabatku ini? Kesianilah dia Ya Allah." Kata Camellia di dalam hati.


"Aku ok. Yang tak ok sekarang ni tu yang kat dalam tu hah. Aku risau lah mel. Salah aku k dia jadi macam ni?" 


"Syana. Jangan cakap macam ni. Semua ni dah kena tentukan dan semua yang terjadi ni ada sebabnya. Kau kena kuat syana. Untuk kau. Dan untuk dia" Nasihat Camellia. Dia tahu sahabatnya itu kuat untuk menempuh dugaan yang besar ini. Siapa yang tak risau kalau orang yang kita sayang masuk ICU. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang di rasai oleh seorang gadis itu. 

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now