Bab 17

3.6K 101 3
                                    

Dah berulang kali dia menekan nombor telephone Sheefa, tapi tak di jawap. Dia pun tak pasti jugak kalau Sheefa bawa handphone ke sekolah atau tak. Bukan Sheefa je yang dia telephone tapi Ramlah. Pun sama, takde jawapan.

"Akak!" jerit salah seorang gadis. Sheefa? Macam mana dia boleh sampai rumah ni?

"Sheefa! Sheefa pergi mana? Akak risau tau. Sheefa jalan kaki k? Atau Sheefa ikut kawan?" Tanya Esyana.

"Tak. Abang Izz ambik Sheefa tadi" jawap Sheefa.

"Izz? Sheefa, dengar sini eh. Kalau akak lewat, boleh tak Sheefa tunggu kejap? Sheefa tak boleh nak ikut orang lain macam tu je"
"Abang Izz bukan orang lain kite lah! Lagipun..Sheefa lama tunggu tadi. Nasib baik ada Abang Izz lalu dekat sekolah Sheefa" Jawap Sheefa.

"Ok. Akak mintak maaf tapi akak banyak kerja tadi" Balas Esyana. Dia pun malas nak cakap banyak. Adiknya seolah-olah suka kalau Izz yang ambik dia.

"Izz"
"Ye saye?" Jawap Izz dengan selamba.
"Lain kali, awak telephone saye yang awak tu dah ambik Sheefa. Jangan buat saye risau macam ni. Lagi satu, awak tu siape nak ambik Sheefa tanpa pengetahuan saye? Saye ni kakak Sheefa, awak tu siape Sheefa? Di antara saye dengan awak, siape lagi berhak untuk ambik Sheefa?" Muka Esyana merona merah. Dia bukan marah dengan sesiapapun. Tapi dia marah dengan dirinya sendiri. Kenapa ape je yang Izz buat, selalu di pandang cantik di mata Sheefa, di mata mak, di mata ayah. Macam mana dia nak lawan semua ni kalau Izz senang lenang nak ambik hati semua orang?

Izz menarik nafas panjang sebelum membalas, "Apahal awak marah tak tentu pasal ni!? Hak? Kalau awak tahu yang awak tu kakak Sheefa dan awak yang lebih berhak untuk ambik Sheefa, kenape awak lewat? Walaupun kerja awak tu banyak sekalipun, tapi kalau awak tahu tanggungjawap awak terhadap adik awak, awak akan tahu bahagikan masa. Bukan biarkan adik sendiri tunggu lama sorang-sorang dekat pondok tu! Fikirlah sikit"

Merah padam wajah Esyana Aira menahan marah. Hatinya kuat menyatakan bahawa ini adalah salah satu cara Izz untuk mengambil hati keluarganya tapi dalam masa yang sama, Izz jugak akan menyakiti Esyana dalam diam.

"Akak! Kenape akak cakap macam tu kat Abang Izz? Akak sepatutnya cakap terima kasih dekat Abang Izz, kalau adik kena culik tadi macam mana? Nasib baik ada Abang Izz" Tanya Sheefa Arisha yang tetiba masuk di ruang dapur.

"Emm Sheefa. Ape yang Sheefa dengar tadi?" Tanya Esyana yang inginkan kepastian. Sheefa dengar semua k? Termasuk ape yang Izz Azwan cakapkan?

"Kenape eh akak macam tak suka dengan Abang Izz? Dah terang-terang Abang Izz tu baik"
"Sheefa. Akak tak maksudkan ape-ape. Akak cuma risau, Sheefa faham tak?" pujuk Esyana, kenape jadi macam ni pulak? Kalau Sheefa dengar kesemuanya, takkan Sheefa nak salahkan Esyana sorang je. Jawapan yang di bagi oleh Izz pun ape kurangnya.

"Ye, Sheefa tau akak risau tapi Sheefa ok kan? Yang akak duk marah dengan Abang Izz tu apahal? Sheefa tak faham lah dengan akak ni. Kejap ok kejap tak ok" Sheefa menjeling akaknya. Kenape dengan Sheefa ni? Tu lah yang sebenarnya yang di takutkan oleh Esyana. Takut kalau Sheefa lebih menyayangi Izz Azwan daripada akaknya sendiri. Takut kalau hubungan adik beradik tu semakin menjauh.

"Esyana...dah lah tu. Tak payah nak sedih-sedih. Nenek kan ada" Mak Siah memeluk erat akan Esyana. Dia faham akan kerisauan seorang kakak.

"Takpelah nek. Sheefa dah macam tak sayangkan Syana lagi. Macam Izz tu lebih penting dalam keluarga ni" Esyana Aira tak sanggup membendung kesedihan kalau semua tu terjadi.

"Jangan cakap macam tu. Nenek pasti Sheefa masih sayangkan Syana. Korang kan adik beradik, takde makna adik beradik kalau tak sayang dengan darah daging sendiri." Mak Siah bagaikan faham apa yang di lalui oleh Esyana Aira.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now