Bab 49

4K 107 8
                                    

Seawal jam lima pagi lagi Esyana sudah terjaga. Lama termenung di birai katil sebelum dia bingkas ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Lagi lima belas minit azan subuh akan berkumandang.

Tidur malamnya tidak begitu lena kerana soalan dan permintaan Izz beberapa hari yang lalu. Dia sudah mendapat petunjuk, ya, mungkin itu suatu petunjuk tapi kenape hati masih berbelah dua? Kenape lidah tak mampu menyusun kata? Puas dia berfikir namun hampa.

Dia mengatur langkah lalu mengetuk bilik Izz. Dia memejamkan matanya seketika sebelum meneruskan niatnya untuk mengetuk. "Izz..bangun Izz, jom kite solat subuh" Sapa Esyana lembut.

Tiada suara. Tiada jawapan. Sekali lagi dia mengetuk. "Izz, bangun Izz"

Tiba-tiba sahaja pintu Izz dibuka kasar. "Kau nak ape memekak pagi-pagi ni?" Tanya Izz. Matanya masih kuyu.

"Jom solat subuh. Lepastu kite boleh baca Al-quran sama-sama." Kata Esyana.

"Kau bangunkan aku semata-mata nak solat subuh? Kau pergilah solat sorang-sorang. Tu pun kena memekak k?" Ujar Izz. Suaranya agak meninggi.

"Solat subuh sekejap aje. Tak sampai 5 minit pun, jomlah" Balas Esyana.

"Kau tak nampak mata aku ni masih kuyu. Aku tak larat, kau pergilah solat sorang-sorang" Jawab Izz dengan serius.

Melihat wajah suaminya yang muram, Esyana mematikan keinginannya untuk terus mengajak Izz solat berjemaah. Bimbang jika nantu ianya akan mengundang kemarahan di hati Izz. Memang Izz adalah pemimpin keluarga namun tak salah jika Esyana memimpin Izz ke jalan yang sebenar. Dia cuba menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan bukan itu sahaja, tetapi jugak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang islam.

Usai solat, Esyana merebahkan semula tubuh ke atas katil kerana merasakan sedikit denyutan di kepalanya. Hari minggu, hari cuti, takde apa yang nak dilakukan.

"Ya Allah, kenape kau hadirkan dia dalam hidupku?" Hati Esyana mula berbisik. Hatinya sebak, dia mula memejamkan matanya seketika kerana ada air jernih yang akan mengalir membasahi pipi.

"Kenape awak hadir dalam hidup saye kalau semua tu menyakitkan hati? Kenape awak kembali? Kenape kite berjumpa lagi?" Luah Esyana kesal. Kenapa dan mengapa hanya tinggal soalan semata-mata.

Esyana mula menyapu air mata yang kian mengalir. Ya, hidup ini pilihan. Kita yang memilih jalan hidup kita. Kata orang, perjalanan hidup ini ibarat sebuah buku, muka surat hadapan dan terakhir ditulis oleh Allah. Manakala pertengahan buku itu kita yang mencorakkannya sendiri.

Tangan membuka laptop yang berada di hadapannya. Dia pergi ke tempat 'notes of mine' dan tangan lancar menaip. 'Aku hanya manusia biasa, pandanglah aku dengan rahmatMu, peluklah aku dengan maghfirahMu dan didiklah aku dengan kasihMu'. Sayu hati berbicara dengan Dia Yang Satu sambil air mata kian mengalir deras dan akhirnya Esyana terlena dalam sebaknya.

Tok Tok Tok!

"Assalamualaikum" Panggil Rashid sambil mengetuk pintu rumah milik sahabatnya, Izz.

"Takkanlah takde orang kat rumah. Hari ni kan cuti, lagipun kereta diorang ada" Kata Aina yang juga turut memberi salam.

"Kite cuba lagi eh"

"Assalamualaikum. " Masuk kali ketiga Rashid memberi salam, salam disambut lembut oleh Esyana yang sedang membuka pintu.

"Kitorang nak jumpa korang berdua" Rashid memulakan perbualan namun mereka masih di luar permukaan pintu.

"Oh. Izz dah tahu k?" Soal Esyana. Jam menunjukkan pukul 9 pagi, rasanya Izz baru bangun tidur kut.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now