Bab 43

4K 107 3
                                    

"Assalamualaikum. Mama nak ikut ambik Izz tak?"

Send.

Hari ini. Hari ini Izz Azwan keluar dari hospital. Maklumat tu dah Esyana sampaikan kepada mama mertuanya dan mak dia sekali.

"Waalaikumussalam. Mama nak pergi jemput Izz tapi papa dia sibuk hari ni, mama tak reti nak drive"

"Takpe. Kalau mama nak, Syana boleh ambik mama kat rumah. Ok?"

"Betul ni? "

"Betul."

"Syana gerak pukul berape?"

"Pukul 9 pagi. Mama siap-siap eh"

"Baiklah"

Rashidah mengusap dadanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Berapa hari dia menanti untuk anaknya pulang ke rumah seperti biasa. Dia tersangat bersyukur kerana adanya Esyana yang tidak pernah mengecewakan hatinya.

"Abang! Abang!" Laung Rashidah sambil menuruni anak tangga.

"Ye?"

"Nanti pukul 9 pagi Idah nak jemput anak kita."

"Tak boleh. Abang kerja ni, idah duduk je kat rumah. Isteri dia kan ada" Balas Taufik

"Syana ambik Idah kat sini. Boleh lah ye?"

"Kalau dia yang ambik, tu abang ok aje."

Rashidah tersenyum seorang diri lalu di tegur oleh Taufik.
"Yang kamu tersenyum-senyum ni kenape?" Soal Taufik.

"Ish salah k kalau Idah senyum sebab tak sabar nak tengok anak sendiri?" Rashidah mula melenting.

"Izz tu bukan budak-budak lagi, dah ada isteri pun kan. Tak payah nak layan dia macam anak raja"

Rashidah mencebik sebelum membalas. "Yelah tu. Abang tak tahu macam mana rasa Idah ketika ni. Dah lah, idah nak siap-siap"

Sebuah kereta Audi parkir betul-betul di hadapan garage kereta. Rashidah sudah menunggu ketibaan anak menantunya lebih awal.

"Jom" Kata Esyana.

Rashidah melabuhkan punggungnya ke dalam kereta audi milik Esyana itu. Tidak lama kemudian, sampailah mereka ke tempat yang ingin di tuju.

Mereka berjalan seiringan. Sebaik sampai, Esyana berhenti lalu membaca senarai nama pesakit. Air mukanya berubah.

"Kenapa?" Rashidah ikut terjenguk-jenguk.

"Nama Izz dah takde" Jawab Esyana.

"Eh! Izz dah keluar wad k? Syana tak bagitahu yang syana nak jemput dia k?"

Esyana sekadar diam. Jujur. Dia ada khabarkan semalam melalui khidmat pesanan ringkas.

"Takkan Izz tak tunggu kamu" Soal Rashidah lagi.

Esyana mengangkat bahu lalu melangkah ke dalam wad menuju ke kaunter. Seorang jururawat beruniform biru muda segera melayani pertanyaannya.

"Oh! Pesakit tu dah keluar pukul 8 pagi tadi" Jelas jururawat itu sambil meneliti senarai pesakit di hadapannya.

Esyana terdiam.

"Siapa ambik Izz?" Soal Rashidah.

"Yang tu saye tak pasti. Saye cuma kena maklumkan, pesakit tu keluar pukul 8 pagi tadi" Jelas jururawat tersebut.

Esyana sekali lagi terdiam. Selepas mengucapkan terima kasih, mereka berdua segera beredar dari situ. Kembali menuruni lif.

"Izz ada telefon kamu?" soal Rashidah.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now