♣01♣

409 30 4
                                    

γου'гε му םεδτιηγ
●CHAPTER 1●

"Angel! Tunggu la Gyu." Mingyu mempercepatkan langkahnya untuk mengejar gadis itu.
"Yaa~ palli. Kita dah lambat tahu." Omel gadis itu lagi dan itu membuat Mingyu tersenyum suka.
"Tahu pulak takut pintu pagar tutup. Gyu ajak naik kereta tak nak. Ada driver pun tak dipakai. Pelik la Angel ni." Omel lelaki lampai itu sambil berjalan dengan tangannya diseluk ke dalam poket seluar seragamnya.
"Jangan la membebel lagi. Kita dah janji kan? Seul nak jalan kaki sebab Seul nak jaga hati Joshua. Gyu faham kan kenapa?" Seul melihat lelaki itu sekilas dan mereka semakin hampir di pagar sekolah.
"Ye la Angel. Gyu faham. Dia pun kawan Gyu jugak." Mingyu tersenyum dan mereka sudah memasuki perkarangan kawasan sekolah itu sebelum pintu pagar ditutup.
"Sshhh~ kat sekolah Gyu jangan la panggil Angel. Nanti orang lain fikir yang bukan-bukan pasal kita." Seul memberi amaran yang entah berapa kali sudah.
"Hehe. Ye la Park Seul. Gyu tahu tu. Lagipun omma Seul yang suka Gyu panggil Seul macam tu. Lagipun tu memang nama manja Seul kat rumah kan?" Lelaki itu ketawa lagi dan itu membuatkan Seul malu. Memang Angel ialan nama manjanya yang direka oleh ommanya sehinggakan lekat kepadanya kini.
"Gyu jangan nak mengada erk. Jangan nak sebar kat sesiapa. Cuma Gyu dan Josh je tau pasal ni." Gadis itu memberi amaran lagi sambil mengacah untuk mencubit lengan lelaki itu.
"Iya la Park Seul." Mingyu menjawab sambil tersenyum.
"Hye." Joshua menegur mereka dari arah bertentangan. Dia sememangnya akan datang lebih awal daripada Mingyu dan Seul.
"Hye." Jawab mereka serentak.
"Jom la masuk kelas. Dah nak mula ni." Ajak Joshua sambil tersenyum dan mereka mengangguk laju dan terus masuk ke kelas untuk memulakan pembelajaran mereka.
.
.

"Jisoo! Omma dah nak pergi kerja ni. Jaga rumah ya. Kalau nak keluar, jangan lupa kunci pintu." Laung Puan Hong.
"Nae. Tapi omma. Kenapa omma tak bagi Jisoo nak kerja juga. Boleh la kita tambah pendapatan kita." Joshua dilahirkan dari keluarga yang miskin. Tidak seperti kawannya, Mingyu dan Seul yang masing-masing dari keluarga yang berada.
"Tidak boleh Jisoo. Kamu kena tumpukan perhatian dalam pelajaran kamu." Jawab Puan Hong.
"Saya boleh bahagikan masa saya. Bagilah saya kerja omma. Pandailah saya bahagikan masa nanti. Ingat saya tak tahu ke? Omma terpaksa kerja keras nak bayar hutang-hutang appa kan?" Lelaki itu melihat Puan Hong dengan pandangan sayu dan suaranya sedikit bergetar.
"Dengar cakap omma sayang. Fokus dengan pelajaran kamu. Pasal tu semua jangan risau. Omma akan selesaikannya. Eoh?" Wanita itu menepuk bahu anak lelaki tunggalnya itu. Dia mempunyai suami yang teruk; kaki mabuk, kuat berjudi sehinggakan berhutang dengan ramai orang. Tapi sudah meninggal akibat langgar lari ketika dia berjalan dalam keadaan mabuk. Disebabkan mereka kesempitan kewangan, mereka tidak dapat mengupah peguam untuk membicarakan  kes itu sehinggakan kes itu dibiarkan ditutup begitu sahaja tanpa sempat untuk membela hak. Sekarang, Puan Hong harus melangsaikan hutang-hutang itu semua.
"Nae. Tapi omma kena rehat juga tahu. Jangan lupa makan ubat." Kata Joshua dan mukanya amat sayu ketika itu mengenangkan nasibnya begitu.
"Ya. Omma pergi dulu tahu." Kata Puan Hong dan Joshua mengangguk. Dia tidak dapat membantah kata-kata ibunya.
"Omma chakaeman!" Joshua memanggil ibunya semula.
"Nae?" Puan Hong berpaling.
"Nanti saya nak pergi jumpa Seul dan Mingyu." Lelaki itu meminta kebenaran.
"Pergi la. Kirim salam omma dekat mereka ya? Kunci rumah." pesan Puan Hong kepada anak lelakinya itu. Dia berpaling pula dan membuka pintu.
"Omma." Sekali lagi Joshua memanggilnya.
"Apa lagi Hong Jisoo. Tak nak bagi omma pergi kerja la ni." Joshua terus mencium pipi ibunya itu dan Puan Hong mengeleng dengan karenah anak tunggalnya ini.
"Tak habis manja dia tu." Joshua tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
"Dah omma pergi dulu. Dah lewat ni. Anyeong." Puan Hong melambai ke arahnya dan segera beredar untuk ke tempat kerjanya.
"Omma. Terima kasih." Ucap lelaki itu sendirian setelah melihat kelibat ibunya semakin menghilang.
.
.

"Hye. Mana Mingyu?" Tanya Joshua seraya melabuhkan punggungnya ditepi gadis itu di sebuah cafe.
"Alah. Macam kau tak biasa dengan dia tu. Tahu-tahu je la dia. Kalau bersiap kalah perempuan." omel Seul. Joshua hanya mengangguk. Mereka bertiga berkawan sejak tadika; Sejak Joshua pernah membantu Seul yang sering diganggu budak lelaki nakal dan Mingyu pula anak yang manja. Jadi, Joshua dikira penyelamat mereka berdua ketika itu kerana dia sudah biasa bergaul dengan orang senasib dengan yang hidup susah.
"Kau nak order apa?" Tanya Seul dan Joshua melihatnya.
"Kau belanja ke?" Usik lelaki itu. Memang dia ingin menjimatkan wang saku yang diberi oleh ibunya.
"Ya. Macam tak biasa kau ni." Gadis itu tersenyum dan memanggil pelayan disitu.
"Bagi Americano satu ye." Joshua membuat pesanan.
"Itu saja encik?" Tanya pelayan itu peramah. Joshua hanga menjawab dengan anggukan.
"Kau tak nak makan?" Tanya Seul. Dia dan Mingyu amat prihatin terhadap Joshua kerana tahu lelaki ini mempunyai kehidupan yang sedikit sukar.
"Tak nak. Aku dah kenyang." Sebenarnya dia masib berfikir bagaimana ingin menyakinkan ibunya supaya membenarkan dia bekerja.
"Kau tak boleh tipu aku. Kalau Gyu tu boleh la kau tipu. Kau, ada masalah?" Teka gadis itu dan Joshua memandangnya kosong.
"Aku tengah cari jalan nak yakinkan omma aku supaya aku dapat kerja." Beritahu Joshua kepada gadis itu.
"Kau nak kerja? Kenapa?" Tanya Seul yang sedikit bingung.
"Kau tahu kan masalag keluarga aku macam mana? Hutang keliling pinggang. Omma aku kerja seorang. Yuran sekolah aku lagi. Aku kesian dengan omma aku." Joshua tidak segan menceritakan semua masalahnya kepada gadis itu dan juga Mingyu. Seul mengusap bahu lelaki itu lembut.
"Hey." Mingyu menyapa sambil berlabuh di depan Seul. Dia melihat dua rakannya seperti berbincang sesuatu.
"Seul. Ni bincang apa? tak tunggu Gyu pun." Omel lelaki lampai itu.
"Tak ada la. Josh ni. Kita tolong dia nak?" Kata gadis itu. Bukan sekali mereka cuba membantu Joshua dalam bentuk kewangan tapi sudah berkali tapi tetap ditolak oleh lelaki itu.
"Macam mana? Bagi duit, Josh taknak terima." Ujar Mingyu dan Seul kembali memandang Joshua yang kelihatan sedikit muram.
"Aku bukan tak nak terima. Tapi, kalau aku terima pun, omma aku takkan terima juga. Ouh ye. Cakap pasal omma aku, dia kirim salam kat korang." Terang Joshua dan menyampaikan pesan ibunya. Mereka berdua hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Lagipun korang dah banyak tolong aku dalam persiapan sekolah. Jadi, aku tak nak la terlalu harapkan korang." sambung Joshua lagi yang kedengaran sedikiy kesal.
"Kau kawan kami, Josh. Apapun kami akan bantu. Nanti kalau kami yang susah, kau pulak yang bantu kami. Mana tahu kan?" Ujar Mingyu sambil memeluk bahu rakannya itu.
"Betul kau nak tolong?" Tanya Joshua; Seul dan Mingyu mengangguk laju.
"Tolong apa?" Tanya mereka serentak.
"Tolong yakinkan omma aku supaya aku dapat bekerja." Minta lelaki itu dan Seul memandang Joshua tanpa berkedip.
"Kalau itu, aku pun setuju dengan omma kau. Kalau kau bekerja, nanti pelajaran kau entah kemana. Rugi tahu. Kau bijak." Omel gadis itu yang kurang setuju dengan apa yang diminta oleh Joshua.
"Aku tahu tu. Tapi aku kesian dengan omma aku. Tak kan aku nak tengok je dia penat cari duit seorang diri macam tu." Ujar Joshua. Mingyu berfikir sejenak.
"Macam ni lah. Aku tahu nak pujuk omma kau macam mana." Kata Mingyu. Seul memandang tepat kearah lelaki lampai itu.
"Gyu tahu ke? Nak pujuk macam mana?" Tanya gadis itu dan Mingyu tersenyum.
"Tapi Gyu tak pasti kalau omma Josh ni setuju atau tak." Kata Mingyu lagi.
"Tak apa. Kita cuba. Malam ni korang datang rumah aku." Ujar Joshua dan mereka berdua mengangguk.

TO BE CONTINUED★

SESI MEMBEBEL BERMULA. AKU TAHU RAMAI SILENT READERS WALAUPUN TAK RAMAI😏😏. TAK APA AKU TAK KESAH. TAPI NAK TEKAN BUTANG VOTE TU BUKANNYA SUSAH PUN. NI BERDASARKAN ANALISIS AKU KAT FF I LOVE YOU, STUPID! 👏👏.

DISEBABKAN FF NI AKU RE-UPDATE KAT FB, AKU PUN PELIK SEBAB KEKADANG RAMAI YANG MINTA TAG TAPI LANGSUNG TAK DE RESPOND. NI PUN AKU ANALISIS KAT FF I LOVE YOU, STUPID!👏👏👏💁.

NI PERMULAAN FF YANG KE-4 AKU. TAK TAU LA BEST ATAU LUN MENGARUT. AKU MAIN HEMTAM JE TU. AKU HARAP KAU SUKA LA. AKU DAG BUAT TERBAIK TU. *BOW*

AKU HARAP LA KORANG VOTE/LIKE KALAU TAK NAK KOMEN PUN. AKU TAKNAK ORANG MENYAMPAH DENGAN AKU ,CAKAP BATAK KE APA. SEBAB AKU PUN BUKAN FAMOUS AUTHOR MACAM YANF LAIN PUN..👏👏👏👏😂😅. BYE~~~

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now