γΘυ'яз му םεδτιηγ
●CHAPTER 4●'Sabar Gyu. Mungkin Angel tenangkan Josh je.' Mingyu memberi kata semangat kepada diri sendiri. Dia memgatur langkah terus ke arah Seul dan Joshua.
"Dah sampai. Nah air korang." Mingyu mengawal emosinya dan berlagak seperti biasa. Seul melepaskan pelukan itu apabila terdengar suara lelaki lampai itu lantas tersenyum.
"Terima kasih." Ucap Seul dan Mingyu hanya mengangguk sebagai jawapannya. Joshua masih diam ;memikirkan perasaan Mingyu.
"Josh. Kau termenung apa. Minum la. Nanti dah tak sejuk, tak sedap." Mingyu mematikan lamunannya. Joshua tersenyum nipis dan membuka penutup botol jus itu lalu disuakan ke mulutnya.
"Gyu. Nak tak, petang nanti kita pergi kat cafe yang Josh kerja tu. Lepak kat sana?" Tanya gadis itu dan Mingyu hanya menjungkitkan bahunya sedikit.
"Gyu okay. Tapi tanya la Josh tu. TAkut la kita ganggu dia kerja." Jawab lelaki itu. Seul mengalihkan pandangannya ke arah Joshua.
"Aku pun okay. Tak apa. Kalau waktu petang, pelanggan tak lah seramai waktu malam." Joshua mengangguk dengan jawapannya.
"Haa. Tu, Josh dah bagi 'green light'. Nanti pukul 5:30 pm Gyu ambil Seul ya." Pesan gadis itu dan Mingyu mengangguk. Matanya tidak lepas memandang raut wajah licin milik Seul itu. Tanpa disedari Seul. Tapi sebagai lelaki, Joshua sedar dan tahu apa perasaan Mingyu terhadap gadis itu. Dan mungkin itu juga perasaannya kini.
'Aku tahu Kim Mingyu.' Bisik hati Joshua. Dia perasan semenjak ini, Mingyu kerap mengelamun dan akan melarikan padangan matanya jika nampak Seul berbual mesra bersamanya; seperti cemburu tapi dikawal agar tiada siapa yang tahu.
"Dah. Jom masuk kelas. Lepas ni waktu Mrs.Lion yang mengajar. Teruk kita kalau kita lambat." Kata Seul. Mingyu dan Joshua tergelak kecil.
"Yaa~ Angel Gyu ni dah jadi Devil eah? Kutuk sunsae Ahn macam tu." soal Mingyu seraya mecubit pipi gebu gadis itu manja.
"Habis dia tu garang sangat. Tak ada langsung cirj-ciri seorang wanita tau." Memang gelaran itu diberi oleh Seul kerana kegarangan dan ketegasan sunsae wanita itu.
"Ya? Tapi tak baik tau. Walaupun dia macam tu, dia tetap sunsae kita tau. Yang ajar kita." Mingyu memberi nasihat kepada gadis itu. Seul hanya mencebik dan Joshua hanya tersenyum nipis.
"Ya. Dah la. Seul masuk dulu. Nanti jadi pelajar jahat pulak." Balas Seul dan terus bangun berjalan untuk menuju ke kelasnya.
"Merajuk?" Mingyu ketawa melihat perangai kebudak-budakan Seul yang tidak pernah berubah. Joshua memeluk bahu bidang milik lelaki lampai itu.
"Macam kau tak kenal dia. Hadap la kau nak pujuk. Aku tak masuk campur." kata Joshua menyakat. Dia juga bangun dan berjalan sambil menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar.
"Yaa Hong Jisoo!" Jerit Mingyu seraya mengejar langkah kawannya itu. Ketawa Joshua kedengaran apabila melihat mimik wajah Mingyu yang kelihatn tidak berpuas hati; berfikir untuk memujuk perempuan disukainya dalam diam, Park Seul.
.
."Omma! Angel dah balik." Gelaran itu akan digunakan dengan ibunya sahaja. Dia sudah penat berpesan kepada Mingyu agar tidak memanggilnya Angel lagi tapi keputusannya agak sama. Mingyu tetap tidak menghiraukan pesannya itu. Tetapi dia berasa gembira dan istimewa apabila lelaki lampai itu memanggilnya begitu.
"Kamu dag balik? Dah. Mandi dulu pastu turun makan." Kata Puan Park yang sedang mengelap pinggan di dapur. Bukannya rumah mereka tiada orang gaji tetapi Puan Park lebih suka membuat kerja dapur sendiri.
"Nae~~" jeritnya sambil menaikki anal tangga menuju ke biliknya. Setelah pintu biliknya ditutup, dia menghempaskan badannya pada katil bersaiz king itu.
'Beep'
Bunyi telefonnya menandakan pesanan masuk. Dia mencapai telefonnya yang berada di meja kecil bersebelahan katil itu lalu membuka pesanan itu.
From: Mingyu Kim🌸
'Angel marah Gyu ke? Sampai tak bercakap dengan Gyu balik tadi.😢😢 'Seul tersenyum dikala membaca pesanan itu bersama emoji begitu. Sengaja dia mahu menyakat lelaki lampai itu. Ibu jarinya ligat menaip di telefon membalas pesanan itu.
To: Mingyu Kim🌸
'Entah.'
Pendek sahaja jawapannya untuk menunjukkan kononnya dia sedang merajuk. Tidak sampai setengah minit, telefonnya berbunyi lagi.
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...