♣12♣

133 28 10
                                    

γΘυ'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 12◆

"Tahniah hyung." Ucap Mingyu kepada sepupu lelakinya itu yang tua 4 tahun daripadanya.
"Terima kasih. Mana Seul? Dia tak datang sekali?" Tanya Hanbin. Dia mengenali gadis itu semasa dia datang bertandang di rumah Mingyu tempoh hari.
"Tak. Dia segan. Lagipun jauh kan. " jawab lelaki lampai itu.
"Ala. Hyung baru nak lepaskan rindu pada dia. Lama dah tak jumpa ni." Renget Hanbin dan bahunya ditepuk kasar Mingyu.
"Yaa~ Isteri ada kat sebelah pun masih nak mengatal ya hyung?" Sebenarnya dia dari dulu sedikit cemburu apabila melihat gadis pujaannya itu bercakap mesra dengan lelaki di depannya kini. Hanbin hanya tersenyum lebar.
"Ala. Bukan selalu. Cuci mata sikit. " usik Hanbin lagi. Memang perangainya mesra terlebih. Tapi dia seorang baik. Cuma kuat bergurau.
"Noona. Tengok la tu. Malangnya nasib noona dapat suami gatal macam ni." Omel Mingyu. Gadis yang sudah sah menjadi isteri kepada Hanbin itu hanya tergelak kecil. Perlahan tangan kecilnya mencubit perlahan lengan suaminya itu.
"Gatal lagi ya oppa? Saya nak merajuk la." Gadis itu membuat gaya merajuk.
"Haa. Padan la hyung kena pujuk. " kata Mingyu seraya tergelak sakan. Dia tahu pasangan ini suka bergurau.
"Kau la ni Gyu. Aisy~" marah Hanbin.
"Saya pula yang salah? Hyung tu mengedik tak habis." Balas lelaki itu dengan tawanya yang masih belum reda. Jelingan tajam dihadiahkan Hanbin.
"Sayang. Jangan la merajuk. Yoona tahu kan oppa suka bergurau." Jelas sekali wajah lelaki itu tegang memujuk isterinya. Yoona menoleh ke sisi semula. Perlahan tawanya tercetus.
"Saya pun bergurau. Macam tak kenal perangai saya . Teruk la muka oppa tu." Tawanya semakin menjadi apabila melihat suaminya mencebik geram.
"Yaa! Pandai awak kenakan oppa ya. Mari sini." Belum sempat dia ingin mencubit pipi gadis itu, Yoona sudah sedia melarikan dirinya terlebih dahulu.
"Yaa. Siap awak malam ni oppa kerja kan." Mingyu hanya melihat pengantin baru yang masih berkejaran bergurau senda itu dengan senyuman nipis.
"Haish. Bila la aku nak macam tu dengan Angel huh?"
.
.

"Josh?" Panggil Seul dan sempat dia menghidu bau syampu yang masih segar baunya dari rambut lelaki itu. Gayanya, Joshua baru selesai mandi.
"Kau nak gantikan omma aku huh?" soal Joshua dengan tangannya masih melingkari pinggang gadis itu. Tidak pula Seul menyuruhnya lepas sebaliknya dia hanya membiarkan begitu seraya meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.
"Maksud kau?"
"Ya la. Membebel masa buat kerja. Sama macam omma aku." Balas lelaki itu dan dagunya ditopang pada bahu Seul.
"Macam mana aku tak membebel? Tengok la ni. Bersepah satu rumah. Ni nasib aku tergerak hati nak jenguk kau. Dah macam sarang tikus kau tahu. Macam ma~" katanya sekali lagi terhenti tatkala merasakan lehernya dicium lelaki itu.
"Y..yaa~ Josh? Kau...." dia memejam rapat matanya menahan geli apabila bibir lelaki itu semakin meliar di bahagian sensitifnya. Bibir nya dikemam rapat. Terus sahaja pinggan ditangannya jatuh ke dalam sink. Air paip masib bercucuran.
"J..josh? Huh." Dia masih cuba memanggil lelaki itu walaupun suara sudah tidak dapat dikeluarkan.
"Badan kau wangi, Seul. " tutur Joshua dan terus menarik bahu gadis itu supaya menghadapnya. Dada Seul yang berombak kuat menahan debaran yang kian memuncak dikala matanya bertaut dengan lirikan tajam lelaki itu.
"Kau dah jadi Puan Hong huh?" Kata Joshua sambil menyelitkan anak rambut gadis itu ke telinga seraya itu sebelah tangannya bermain pipi gadis itu lembut. Seraya itu, bibirnya mengucup dahi gadis itu, lalu beralih ke kedua belah mata gadis itu , seterusnya ke pucuk hidung gadis itu. Mata Seul sudah terpejam rapat bersama deruan nafasnya. Dan kala tiba di bibir mungil gadis itu, dia terhenti dengan jarak wajahnya yang dekat. Seul membuka matanya kembali dan matanya bertaut lagi dengan mata lelaki itu. Joshua mendekatkan wajahnya ke sisi gadis itu dan menutup paip yang masih terbuka tadi.
"Membazir." Joshua kembali memandang gadis itu yang masih kaku akibat dikunci pergerakkannya. Ibu jarinya bermain lembut di bibir gadis itu.
"Kau membuatkan aku rindu kepada omma aku, tahu?" Kata lelaki itu lagi dan Seul masih berdiam menahan getarnya. Satu kucupan diberikan lelaki itu di pipinya. Dapat dia rasakan hembusan hangat dari penafasan lelaki itu di pipinya.
"Kau nak masakkan untuk aku atau nak aku beli makanan bungkus?" soal Joshua seraya menjarakkan kembali kedudukan mereka.
"E-eoh? Aku... Aku masak." jawab Seul sedikit gagap. Hatinya masih tidak dapat ditenangkan dengan kejadian tadi.
"Okay. Aku ke kedai sekejap. Beli barang dapur. Kau jaga rumah. Sayur ada dalam peti. Kau potong la dulu." Kata Joshua dan gadis itu hanya mengangguk. Terus dia melangkah ke biliknya semula untuk mengambil dompet. Sempat rambutnya yang masih basah itu dikuak kasar.
"Kau dah gila, Josh? Aisy~…Aku hampir tak dapat kawal perasaan aku tadi. Shit!" Bebelnya pada diri sendiri.
.
.

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now