♣21♣

141 28 14
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 21◆

"Sayang, dah siap ke belum?" Soal Puan Park seusai masuk ke bilik anak gadisnya itu. Hari ini merupakan hari pertunangan Seul dan Joshua. Ramai tetamu yang dijemput sudah siap menunggu acara yang akan berlangsung sekejap lagi, termasuk Mingyu. Seul yang sedang menyepit anak rambutnya itu, tersenyum ke arah ibunya melalui biasan cermin tersebut.
"Sikit lagi, ma." Balasnya seraya mencalitkan sedikit gincu pada bibir mungilnya.
"Kenapa tak upah juru mekap je?" Soal Puan Park sambil berlabuh di sisi katil itu.
"Membazir. Lagipun, ni kan majlis tertutup." jawab gadis itu lalu berpaling ke arah ibunya.
"Aigoo~ Anggunnya anak omma. " lantas wanita itu berdiri lalu mendekati anak gadisnya yang sudah bersiap cantik dengan gaun putih bertali halus di bahu dan juga rambut panjangnya disanggul kemas dengan beberapa kuntum bunga hiasan di kepalanya.
"Dah siap?" Lantas Seul mengangguk dengan pertanyaan ibunya.
"Jom turun. Joshua dah lama tunggu." Ujar wanita itu lagi sambil memimpin tangan kecil anak gadisnya itu yang bakal menjadi tunangan seorang jejaka sebentar sahaja lagi. Mereka menuruni tangga kediaman mewah itu dengan senyuman lebar yang tidak lekang dari tubir bibir mereka. Semua mata-mata tertumpu ke arah Seul yang kelihatan sungguh cantik dan ayu; terutama Joshua dan juga.... Mingyu. Mereka terus sahaja ke arah Joshua yang kelihatan segak dengan kot hitamnya. Seul berdiri di sebelah lelaki itu lalu Puan Park ke arah suaminya kembali seusai menghantar gadis itu kepada bakal tunangnya.
"Awak nampak cantik hari ni." Puji Joshua separa berbisik di telinga gadis itu bersama senyuman manis.
"Bukan ke saya hari-hari cantik?" Balas gadis itu pula membuatkan senyuman Joshua makin lebar.
"Ya, saya akui itu."
"Josh, Seul. Dah sedia?" Soal Chanyeol. Encik Park mewakilkan anak lelakinya untuk membawa sepasang cincin kepada pasangan tunangan itu.
"Dah." Jawab mereka serentak. Semua tetamu mulai teruja untuk melihat acara menyarung cincin. Tetapi, tidak Mingyu. Chanyeol menghulurkan satu baldu biru yang berisi sepasang bentuk cincin. Joshua mencapai sebentuk cincin bersaiz kecil untuk disarungkan pada jari runcing gadis itu terlebih dahulu. Mingyu yang melihat acara itu hanya mampu mengetap rahangnya lama. Tibalah giliran Seul pula untuk menyarungkan cincin pada jari lelaki di depannya pula. Mingyu tidak sanggup melihat gadis yang dicintainya itu menyarungkan cincin pada jari lelaki lain di hadapannya. Segera dia melemparkan pandangannya ke arah lain. Semua tetamu mula bertepuk tangan setelah mereka sudah sah bertunang. Seul dan Joshua tersenyum gembira dengan cincin yang tersemat di jari manis masing-masing. Mingyu teramat kecewa gadis itu sudah menjadi milik orang lain; iaitu, sahabatnya sendiri.
"Lelaki tu kacak. Seul tu cantik. Sepadan kan mereka."
"Ha'ah. Aku cemburu tengok Seul dapat tunang sekacak tu. Aku pun nak."
"Betul tu. Lagipun, aku tengok lelaki tu sayang betul dekat Seul kan?"
"Untung dia."
'Tak guna!' Terus sahaja Mingyu pergi ke tempat lain setelah mendengar perbualan dua orang gadis di sebelahnya tadi yang sangat menyakitkan hatinya.
"Gyu!" Panggil Joshua setelah melihat kelibat sahabatnya di celah-celah orang ramai itu. Mingyu yang terdengar namanya dipanggil, segera ke arah lelaki itu.
"Tahniah." Ucap Mingyu kepada pasangan yang baru bertunang itu. Dia tersenyum sinis dikala badannya dipeluk Joshua.
"Aku ingat kau tak datang." Kata Joshua seraya meleraikan kembali pelukan itu.
"Aku pasti datang." Balasnya bersahaja dengan pandangannya ke arah gadis yang masih tersenyum itu.
"Gyu datang seorang?" Soal Seul setelah melihat lelaki itu asyik memandangnya.
"Gyu datang sendiri. Omma dan appa Gyu datang sekali. Dia tengah borak dengan omma, appa Seul kat sana." Ujar Mingyu agak mendatar. Seul dan Joshua masing-masing mengangguk faham. Mingyu melihat jam pada pergelangan tangannya sekilas.
"Wei. Aku kena balik dulu la. Aku lupa, aku ada hal penting kena selesaikan." Ujar Mingyu terkocoh-kocoh. Joshua cuma diam memerhati lelaki lampai itu.
"Kalau omma dan appa Gyu cari, cakap kat dorang yang Gyu dah balik." Pesannya lagi kepada Seul pula. Seul hanya mengangguk. Terus sahaja Mingyu keluar daripada kediaman yang membuat dadanya berasa sesak itu. Air mata yang ditahan-tahannya sejak tadi terus mengalir laju. Terus dia ke kereta mewahnya. Stereng itu digengam kemas seraya menstabilkan emosinya kembali. Hatinya remuk dan hancur berderai. Cintanya sudah menjadi milik orang lain di depan matanya sendiri dalam sekelip mata. Seusai dadanya mulai tenang sedikit, segera dia menyeka air mata di tubir matanya. Pedal minyak ditekan rapat, terus meluncur laju; beredar dari kediaman mewah itu dengan perasaan yang teramat..... Kecewa!
Joshua tahu mengapa lelaki itu cepat-cepat pulang dengan memberi alasan begitu. Dia tertunduk sayu apabila perasaan bersalahnya mula menerpa dibenak hatinya kembali.
"Josh." Panggil gadis itu lembut sambil memeluk lengan tunangnya itu.
"Hmm?" Terus dia mendongak kembali setelah gadis itu menyapanya.
"Appa dan omma nak jumpa. Jom." Ajak Seul dan Joshua hanya mengangguk dan terus mengikut langkah gadis itu ke arah ibubapanya.
"Appa." Panggil Joshua sambil tersenyum. Terus sahaja tubuhnya dipeluk lelaki tua itu.
"Jaga anak appa ni baik-baik. Jangan sakitkan hati dia. Dia satu-satunya puteri kesayangan appa , tahu?" Pesan Encik Park sambil menepuk-nepuk belakang badan tunang anaknya itu. Chanyeol, Seul dan ibunya tersenyum saat terdengar pesanan lelaki tua itu kepada Joshua.
"Pasti, appa. Saya janji."
.
.

"Gyu, kamu dah maklumkan pada Seul dan Joshua yang kamu nak berangkat ke U.S, hari ni?" Soal Puan Kim kepada anak terunanya itu. Dia dapat mengagak, mengapa anaknya bersetuju untuk mengikutnya ke luar negara. Pasti anaknya itu sedang dilanda kecewa.
"Flight pukul berapa, ma?" Balasnya dengan soal balik. Sengaja dia tidak menjawab soalan ibunya itu.
"Pukul 4.30 p.m nanti. Kamu dah siap kemaskan barang-barang kamu?" Jawab Puan Kim dan dia juga tidak mahu menganggu emosi lelaki muda itu dulu.
"Dah, ma." Balas Mingyu pendek.
"Okay la. Kalau dah siap, jom turun. Makan dulu. Pastu kita dah boleh berangkat pergi lapangan terbang." Kata wanita itu dan Mingyu hanya mengangguk. Perlahan dia turun ke bawah dan menikmati makan tengaharinya seperti biasa walaupun hatinya masih sakit.
.
.

"Josh." Panggil Seul sambil bermain-main cincin di jarinya dengan kepalanya dilentokkan di bahu Joshua. Petang itu, mereka ke tasik itu lagi seperti kebiasaannya. Fikirannya seperti terfikirkan sesuatu.
"Apa, sayang?"
"Saya ada sesuatu nak beritahu awak." Balas Seul seraya mengangkat kepalanya dari bahu lelaki itu. Tangan Joshua diraihnya lalu digengam erat.
"Apa dia?" soal Joshua sambil tersenyum melihat kelakuan manja tunangnya itu.
"Awak ingat tak yang omma awak panggil saya kat hospital dulu?" Soal Seul dan Joshua mengangguk kuat.
"Sebenarnya dia minta saya jaga awak dan sayangi awak, sebab dia tahu dia dah tak ada harapan nak hidup lagi." kata Seul dengan pandangannya tetap pada tasik yang tenang dihadapannya itu. Joshua melepaskan nafasnya perlahan setelah mendengar tutur gadis tersebut. Pandangannya juga dihala ke hadapan seperti gadis itu. Dia tersenyum hambar sambil mengeleng perlahan.
"Saya dah agak dah. Mesti awak ajak saya tunang sebab sem~"
"Tak. Bukan sebab semua tu. Saya betul-betul cintakan awak, Joshua. Tolong jangan salah faham." Pintas Seul seraya matanya merenung tepat pada sisi wajah lelaki itu. Gengamam pada tangan lebar Joshua diperatkannya.
"Kenapa awak ceritakan pada saya pasal amanah omma tu? Mesti awak tahu yang saya akan salah faham. Ragukan niat awak lagi lepas ni seperti dulu?" Soal Joshua sambil menoleh tepat ke arah gadis itu lalu mata mereka saling bertaut.
"Cuba awak tengok jari manis kita berdua." Pinta Seul dan anak mata Joshua terus sahaja memandang cincin yang tersemat di jari manisnya juga gadis itu.
"Sebab kita dah tunang, Josh. Jadi saya nak kita tak ada rahsia antara satu sama lain. Awak berhak tahu semua rahsia saya, dan begitu juga sebaliknya. Dan yang paling penting, saya ikhlas cintakan awak Joshua." Ucap gadis itu bersungguh-sungguh. Joshua tersenyum dengan ungkapan tunang kesayangannya itu. Ada benar kata gadis tersebut. Mereka sudah bertunang dan bakal menjadi suami isteri. Sememangnya mereka tak boleh menyembunyikan sebarang rahsia lagi. Perlahan tangannya mengelus anak rambut gadis itu. Lantas dia mencium dahi gadis tersebut. Tetapi ciumannya tidak berhenti di situ. Ciuman itu beralih ke kening Seul, lalu ke pucuk hidung mancungnya dan seterusnya di pipi merahnya. Matanya yang terkatup tadi, terbuka kembali setelah merasakan tiada lagi ciuman di wajahnya. Terlihat Joshua sedang tersenyum ke arahnya.
"Yaa~"
"I love you, Seul." Ucap Joshua lembut dan Seul tersenyum manis mendengar kalimat cinta itu keluar dari mulut lelaki kesayangannya itu. Joshua memegang kedua sisi wajah gadis itu lalu mengucup lembut bibir mungilnya. Matanya perlahan dikatup rapat, menikmati ciuman itu. Dia tersenyum tatkala merasakan gadis itu mula membalas ciumannya bersama tangan mula melingkari pinggangnya. Ciuman lembut itu bertukar menjadi ciuman yang semakin menghairahkan dengan perasaan cinta yang berputik.
.
.

Petang itu, keluarga Kim sudah berada di lapangan terbang untuk berangkat ke U.S.
'Penerbangan seterusnya, U.S . Diminta semua penumpang masuk ke pesawat sekarang.'
Mingyu menoleh di sekelilingnya setelah mendengar pengumuman tersebut.
"Dah, jom. Kita dah nak berlepas." Ujar Encik Kim. Mingyu dan ibunya mengangguk lalu terus melangkah masuk ke pesawat. Mingyu menoleh ke belakang kejap sebelum kakinya menapak masuk ke kapal terbang itu. Bibirnya mengukir satu senyuman sinis.
'Kau dah buat aku kecewa, Seul. Aku harap yang aku tak akan jumpa kau lagi untuk..... Selamanya!'

★TO BE CONTINUED★

LIKE/VOTE DAN COMMENT.

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now