γου'яз му םεδτιηγ
◎CHAPTER 16◎"Seul, buat apa kat sini?" Soal Joshua yang agak kaget melihat gadis itu dihadapannya. Seul tidak menjawab soalan itu malah terus meluru masuk ke dalam rumah lalu pintu itu ditutup rapat.
"Yaa~" tegur Joshua lagi setelah melihat perangai gadis itu yang agak pelik.
"Kau boleh tipu Gyu, tapi kau tak boleh tipu aku." Balas Seul seraya memandang tepat ke arah lelaki itu.
"Ap... Apa maksud kau?"
"Kau kata nak pergi cafe? Tapi cuti kau masih ada 2 hari lagi kan?" Tebak gadis itu membuatkan Joshua menunduk.
"Kau nak jauhkan diri kau dari aku?" Soal Seul lagi bersama hatinya yang kecewa. Dia ketawa sinis tatkala lelaki itu masih diam tidak menjawab soalannya.
"Yaa! Kau dah bisu? Kenapa kau nak jauhkan diri kau dari aku?" Soal Seul lagi dengan suara yang mulai meninggi.
"Aku tak nak jadi penyibuk antara kau dan Mingyu lagi. Puas?" Balas Joshua juga dengan suara yang meninggi. Dadanya berombak kuat menahan amarah, kecewa dan semua yang bercampur baur. Rahangnya digetap kejap. Seul hanya mampu melihat lelaki itu dengan matanya yang sudah berkaca.
"Kau balik la. Mesti Gyu tunggu kau tu. Jangan risau. Aku okay. Aku c~"
"Tapi aku tak!!!" jerit Seul membuatkan Joshua sedikit tersentak.
"Aku tak okay." sambung Seul lagi dengan suaranya kembali menurun. Dia mendongak sambil memejamkan matanya setelah air matanya sudah mengalir. Joshua masih kaku dan hanya berdiam begitu.
"Kau dah berubah, Josh." Dia membuka matanya kembali dan menoleh tepat ke arah lelaki itu.
"Aku terpaksa." Balas lelaki itu seraya melemparkan pandangannya ke arah lain.
"Kau cintakan aku, bukan?" Soal Seul mengejut. Joshua tersenyum nipis.
"Akhirnya kau sedar juga." Balasnya bersahaja. Matanya hanya mampu memandang pintu yang tertutup rapat itu. Tidak sanggup melihat gadis di hadapannya.
"Kau~"
"Tapi aku tak sesuai dengan kau.!" Pintas lelaki itu sebelum sempat Seul ingin bersuara.
"Apa kau cakap ni?" Soal Seul dan lelaki itu hanya ketawa kecil.
"Kau lebih sesuai dengan Gyu. Kau balik la." Suruh Joshua lagi. Seul masih tidak memahami kata lelaki itu hanya mampu menangis.
"Aku tak faham. Kenapa dengan kau?" soal Seul dengan seduan tangisnya.
"Bila kau fikir balik apa yang aku cakap, kau akan faham nanti." Jawab Joshua sambil mengusap sisi kepala gadis itu lembut.
"Aku nak t~"
"Dah malam ni. Tak elok kalau kau ada kat sini macam ni. " sekali lagi Joshua memintas kata gadis itu.
"Aku balik dulu." Akhirnya Seul mengalah dan memulas tombol pintu itu perlahan. Air matanya diseka kasar.
"Tapi kau kena ingat, Seul. Aku cintakan kau." Kata lelaki itu perlahan tapi masih jelas dipendengarannya. Joshua hanya tersenyum hambar melihat gadis itu meneruskan langkahnya ke kereta tanpa berpaling kepadanya setelah dia mengungkapkan kalimat itu.. Akhirnya , kereta mewah milik gadis itu meluncur laju meninggalkan kediaman sederhana besar itu.
.
.' Akhirnya kau sedar juga'
' Tapi aku tak sesuai dengan kau.!'
' Bila kau fikir balik apa yang aku cakap, kau akan faham nanti.'
' Tapi kau kena ingat, Seul. Aku cintakan kau.'"Kau cakap macam tu sebab kau hidup susah ke Josh?" persoalan itu hanya ditiup angin lalu. Dia mendongak melihat langit yang gelap di anjung biliknya. Berkali-kali dia menepis air matanya. Sukar baginya untuk membuat pilihan. Mingyu atau Joshua? Kedua-duanya teramat baik terhadapnya. Keluhan berat di lepaskan. Lamunannya terganggu tatkala merasakan getaran telefonnya di dalam kocek seluar pendeknya. Dia melihat gerangan yang menelefonnya yang terpapar di skrin bercahaya itu.
'MINGYU'
Terus sahaja dia menerima panggilan itu dan berdehem perlahan.
"Ada apa, Gyu?" Suaranya dikawal sehabis baik.
"Dah sedia untuk esok?" Soal lelaki itu dengan ketawa halusnya.
"Esok?"
"Alaa. Angel lupa ke? Esok kan dah keluar keputusan exam kita." Balas Mingyu bersemangat.
"Ouh ya? Seul lupa la. Esok ke?" Soalnya kembali dengan polos.
"Angel ni manis sangat. Sebab tu pelupa." Gurau lelaki itu dengan tawanya yang tidak lekang.
"Kalau manis, kenapa jadi pelupa pula?" Omel gadis itu dengan ejekan itu.
"Semut kan suka manis. Jadi, Seul dah termakan banyak semut la sampaikan dah jadi pelupa." Balas Mingyu dengan tawanya yang semakin menjadi-jadi.
"Yaa~ Gelak la lagi! Seul letak dulu! Bye~"
"Ehhh! Jangan! Gyu minta maaf. Gurau je. Jangan merajuk ya?" Pujuk Mingyu sebelum gadis itu menamatkan panggilan.
"Tahu pun takut. "
"Berdebar tak nak tahu keputusan esok?" Soal lelaki lampai itu lagi dan fikirannya langsung tidak terfikir ke arah itu disebabkan Joshua.
"Sikit." Balas Seul sepatah.
"Gyu berdebar sangat! Macam mana la keputusan kita nanti ya? Wahh. Mes~"
"Seul mengantuk la." Pintas gadis itu membuatkan katanya terhenti. Gadis itu cuma berbohong kerana ingin cepat menamatkan perbualan itu. Sungguh dia tiada mood untuk berborak panjang .
"Ouh ya? Okay la. Jumpa esok. Selamat malam. Tidur lena tahu." Ucap Mingyu lantas menamatkan panggilan itu. Seul hanya memandang kosong skrin telefonnya yang masih bercahaya. Jarinya sibuk mencari nombor seseorang lalu menekan punat 'dail'. Dia mengigit-gigit kukunya menunggu panggilan itu dijawab. Setelah panggilan itu masuk ke peti simpanan suara, dia mencuba lagi berkali-kali.
.
.Joshua segera keluar dari bilik mandi setelah mendengar telefonnya berdering berulang kali sejak tadi. Dia baru selesai mandi setelah pulang dari kerja. Dia menapak lagi menuju ke meja mini dalam biliknya dan mencapai telefon yang masih berdering itu.
'PARK SEUL'
Dia mengeluh perlahan melihat gerangannya yang sudah sedari tadi tidak berhenti menelefonnya. Dia sengaja tidak menjawab panggilan itu walaupun sudah lebih sepuluh kali gadis itu menelefonnya. Dia terus melangkah ke almari pakaiannya lalu mencapai pakaian tidurnya. Akhirnya, deringan telefon itu berhenti.
'Beep!'
Dia melangkah mencapai telefonnya kembali dan membuka pesanan ringkas yang baru sahaja diterimanya itu.From: Park Seul
'Yaa~ Kenapa tak angkat telefon?😡😡'Dia tersenyum sendiri membaca pesanan itu tetapi dia tidak membalasnya. Dia meletak kembali telefon itu di atas meja. Belum sempat di mahu ke katil,
'Beep!'. Dia kembali mengambil telefon itu lalu ke katilnya. Dia merebahkan badannya lalu berbaring miring. Ibu jarinya sibuk menekan gajet nipis itu lalu membuka pesanan ringkas itu lagi.From: Park Seul
'Aku tahu kau tak akan balas. Aku cuma nak ingat kan je. Bersedia untuk esok. Aku harap keputusan kita baik. Dan aku harap juga hubungan kita akan baik. Jangan sampai aku buat sesuatu di luar jangkaan kau Hong Jisoo.'Dia mendengus perlahan membaca pesanan itu. Perlahan dia membelai skrin telefonnya yang masih memaparkan pesanan ringkas daripada gadis itu lembut.
"Kau dah pandai ugut aku sekarang huh?"
.
."Angel! Tengok ni! Gyu berjaya!!!" Jerit Mingyu keriangan. Kertas potongan setengah A4 itu dilayangkan gembira. Kelihatan ramai pelajar yang bersorak gembira tak lupa juga menangis gagal.
"Tahniah." Ucap Seul dengan senyumannya. Joshua masih diam melihat keputusannya sendiri.
"Nak tengok yang Angel." Pinta lelaki lampai itu dan Seul menghulurkan kertas keputusannya itu kepada Mingyu.
"Wahh. Keputusan kita lebih kurang. Kita memang hebat la." Puji Mingyu keseronokkan. Seul cuma tersenyum melihat lelaki itu sungguh gembira. Tetapi tidak lelaki di sebelahnya, Joshua.
"Josh? Apa keputusan kau? Boleh aku tengok?" Soal Seul setelah melihat lelaki itu lama berdiam.
"Hmm?" Joshua mengaru kepalanya yang tidak gatal dan terus sembunyikan kertas keputusannya itu ke dalam beg sandangnya.
"Keputusan aku teruk. So, aku malu nak tunjukkan kat korang." Kata Joshua seraya kakinya menguis lantai perlahan.
"Apa-apa pun, aku nak ucap tahniah kat korang. Dah berjaya." Ucap Joshua dengan senyuman hambarnya.
"Terima kasih." Balas Mingyu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Tetapi tidak Seul.
"Wei. Aku minta diri dulu la. Bersiap nak pergi kerja pula." Pinta Joshua dan lelaki lampai itu hanya mengangguk.
"Hati-hati." Ucap Mingyu dan Joshua hanya mengangguk lalu terus melangkah pergi meninggalkan dewan besar sekolah itu. Seul masih memandang pemergian lelaki itu tanpa berkata.
'Aku tahu kau tipu, Josh.'★TO BE CONTINUED★
◆RAMAI YANG INGAT BABY JOSH YANG HERO. BUKAN. MINGYU STILL HERO TAPI BELUM MENYERLAH. HARAP BERSABAR. JANGAN KECAM MY HUBBY GYU HUH.. SEKARANG HATI AKU DAH SEJUK SEBAB ADA SORG DUA TU PUJUK AKU SURUH STILL POST FF NI KAT FB. NANTI KALAU HATI AKU WAT HAL, AKU MERAGAM LAGI🍃🍃🍃🍃🐽. TAPI KALAU AKU MERAGAM JANGAN SALAHKAN AKU. KORANG FIKIR SENDIRI APA SALAH KORANG? 😪😪😪😌😌. OKAY DAH.. NAK TIDUR.. BEST TIDUR TIME HUJAN.. 😌😌😌🙆🙆. TERUSKAN SUPPORT FF NI KALAU TANAK SUPPORT AKU PUN. TQ👏👏👏👏💞.
◆I NEED YOUR VOTE/LIKE AT LEAST IF YOU DONT WANT TO COMMENT. IDC..😣😣😣😣👏▣▥◎.
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...