♣22♣

161 18 11
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 22◆

×× 4 YEARS LATER ××

"Adakah kamu Hong Jisoo, menerima pasangan kamu untuk sehidup semati dalam keadaan susah dan senang bersama?" Soal paderi tua itu kepada pengantin lelaki tersebut. Seul yang membalas pandangan bakal suaminya, hanya tersenyum nipis bersama dadanya beralun lembut dengan debaran yang memuncak. Para keluarga pengantin perempuan turut mengenggam tangan mereka sendiri.
"Ya, saya terima." jawab Joshua dengan yakin. Paderi tua itu mengangguk perlahan.
"Adakah kamu Park Seul, menerima pasangan kamu untuk sehidup semati dalam keadaan susah dan senang bersama?" Soal paderi itu kepada pengantin perempuan pula. Joshua mengemam bibirnya perlahan menahan getar di hatinya menunggu jawapan gadis tersebut. Suasana mula menjadi hening.
"Ya, saya terima." Balas Seul dengan yakin dan juga perasaan malu.
"Kamu berdua sudah sah menjadi suami isteri. Jadi, pengantin lelaki boleh mencium pengantin perempuan sekarang." Ujar paderi itu seraya menutup buku di peganggannya. Perlahan Joshua merapatkan wajahnya kepada gadis yang sudah sah bergelar isterinya itu. Bibir mereka bercantuman dengan lembut. Tepukan gemuruh kedengaran dan juga siulan mengusik tidak ketinggalan bergema di dalam gereja tersebut. Setelah ciuman itu terlerai, pasangan itu membalikkan tubuh; tersenyum riang kepada tetamu-tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka itu.
"Sekarang, saya nak baling bunga ni. " laung Seul sambil menghayunkan bunga dipeganggannya. Ramai gadis yang berebut-rebut untuk kedepan. Seul memusingkan badannya dan melemparkan sejambak bunga itu ke belakang.
"Yeah! Aku dapat." jerit seorang gadis yang bertuah itu. Semua tetamu yang lain menepuk tangan kepada si gadis yang berjaya menangkap jambakan bunga yang dilempar oleh pengantin perempuan itu tadi. Seul dan Joshua tersenyum suka melihat agedan itu. Mereka beramah mesra menerima ucapan tahniah daripada para tetamu. Senyuman langsung tidak lekang di bibir walaupun mulut mereka penat melayan bicara ramai orang. Encik Park dan isterinya; juga anak lelakinya, Chanyeol melangkah ke arah pasangan itu setelah keadaan mulai reda.
"Aigoo~ Kamu dah jadi isteri orang. Rindu la omma dekat kamu nanti." Ucap Puan Park sambil memeluk anak gadisnya itu dengan erat.
"Ala. Nanti Seul akan datang lawat omma. Jangan risau. Lagipun, bukan jauh kan?" Pujuk Seul dengan gelakkan kecil. Dia juga berasa sedih untuk berpisah dengan keluarganya. Tapi, dia harus sedar bahawa dia sudah mempunyai tanggungjawab lain dan sudah sah bergelar isteri orang.
"Jaga adik hyung tu baik-baik. Ni, hadiah dari hyung." pesan Chanyeol seraya menghulurkan satu sampul berwarna putih.
"Apa ni, hyung?"
"Buka dan tengok sendiri." Balas lelaki lampai itu bersahaja. Joshua tersenyum lalu membuka sampul putih itu. Senyumannya semakin melebar tatkala melihat dua keping tiket penerbangan dipegangannya.
"Wah! Terima kasih, hyung." Ucap Joshua teruja dan terus meluru memeluk tubuh lampai abang iparnya itu.
"Yaa, yaa~ Sudah! Jangan nak mengedik." Gumam Chanyeol separa bergurau. Joshua tersenyum suka dengan usikan lelaki itu.
"Seul, Josh." Panggil Encik Park setelah dari tadi memerhati gelagat dua mempelai itu berbicara. Memandangkan tetamu semakin berkurangan, dia ingin memberi sesuatu kepada pasangan sepadan itu.
"Ada apa, pa?" Soal suami isteri muda itu serentak.
"Nah." Encik Park memberi satu kunci kepada menantu lelakinya itu. Joshua melihat kunci tersebut kehairanan.
"Kunci apa ni, pa?" Soalnya lantang.
"Ni kunci rumah baru untuk kamu berdua. Hadiah daripada appa dan omma." jawab lelaki tua itu dengan senyuman begitu juga isterinya. Joshua sungguh terharu, keluarga mertuanya melayannya begitu baik walaupun kehidupannya tidak semegah mereka.
"Terima kasih appa, omma, hyung." Ucap Joshua sedikit sebak. Seul yang faham perasaan suaminya itu, tersenyum nipis lalu memeluk lengan lelaki tersebut.
"Ya. Dah, kamu berdua mesti penat. Pulang la dulu. Nikmati malam kamu berdua." ujar Encik Park seraya menepuk-nepuk bahu lelaki muda itu.
"Baik la, pa" Joshua yang memahami maksud bapa mertuanya itu, tersenyum malu lalu mengemam bibirnya sendiri.
"Bila-bila je kau dah boleh masuk kerja. Lagipun, kau dah habis belajar kan?" Celah Chanyeol sambil tersenyum. Joshua mengangguk laju.
"Saya akan beritahu hyung nanti." Balas Joshua dan Chanyeol mengangguk faham.
"Kami pulang dulu ya?" Pinta Seul ramah. Gengaman pada tangan lebar suaminya diperatkan. Keluarganya mengangguk perlahan. Mereka berpelukkan lalu mereka berdua melangkah perlahan ke arah kereta.
"Jangan lupa tutup lampu, nanti." Usik Chanyeol sambil melambai tangannya ke arah mereka yang sudah berada di dalam kereta.
"Ya! Kami pergi dulu." Jawab Seul dan membalas lambaian abangnya itu. Kereta itu meluncur perlahan meninggalkan perkarangan gereja itu lalu menuju ke kediaman baru mereka. Juga bersama kehidupan suami isteri yang baru sahaja bermula...
.
.

<U.S>

"Kau balik lambat lagi, Gyu?" Soal Hanbin kepada sepupunya itu. Mingyu yang tersentak dengan teguran itu hanya berlagak biasa. Dia tidak menjawab teguran sepupunya itu malah bergerak menuju ke biliknya terus. Sememangnya, sejak dia melanjutkan pelajarannya di situ, dia tinggal bersama dengan Hanbin. Ibubapanya sudah pulang ke negara asal tapi berpindah rumah.
"Kau kemana?" Soal Hanbin lagi tidak berpuas hati dengan sikap lelaki lampai itu. Dia melangkah merapati sepupunya itu. Bau alkohol yang kuat menusuk rongga hidungnya.
"Kau minum lagi?" Marah Hanbin. Dia kesal dengan perubahan sikap lelaki itu yang sungguh drastik sejak dia datang ke situ.
"Saya lepak dengan kawan je kat kelab tu. Biasa la minum-minum sikit. Tak payah nak bising sangat la, hyung!" Omel Mingyu yang serabut mendengar bebelan sepupunya itu.
"Kalau omma dan appa kau tahu ni, memang teruk la kau dikerjakan." Bebel Hanbin lagi. Mingyu mendengus kasar lalu rambutnya diselerakkan. Palang tangga itu dipegangnya bagi menampung badannya yang sudah terhuyun-hayan akibat mabuk yang kuat.
"Kenapa kau jadi liar macam ni? Keluar malam, mabuk-mabuk, main perempuan, pergi kelab sana-sini?" Sambung Hanbin dengan kesalnya.
"Argh. Saya penat ni. Nak tidur. Saya masuk dulu. " balas Mingyu malas dan terus meluru masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan teguran sepupunya itu. Hanbin yang melihat pintu bilik yang sudah tertutup rapat itu, hanya mampu mengeluh halus dan mengeleng kepalanya perlahan.
"Kau bukan Kim Mingyu yang dulu."
.
.

"Apa yang oppa saya bagi tadi?" Tanya Seul sambil menyandarkan kepalanya di dada suaminya itu.
"Tiket penerbangan bulan madu kita." Balas Joshua seraya mencium ubun-ubun gadis  kesayangannya itu.
"Bulan madu ke mana?"
"Cuba teka." Kata Joshua dan tangannya sudah meliar di tubuh ramping isterinya itu.
"Paris?" Tebak Seul. Kedengaran suaminya ketawa perlahan, segera dia mendongakkan kepalanya.
"Yyaa~ Kenapa gelak?"
"Bijak isteri saya ni. " balas Joshua dengan senyuman yang mencairkan.
"Betul la bulan madu kita tu kat Paris?" Soal Seul teruja. Joshua mengangguk kuat dengan soalan isterinya itu.
"Yeah! Oppa betul-betul memahami saya." Katanya lagi lalu menyandarkan kepalanya ke dada lelaki itu kembali dan memeluknya erat.
"Dan sekarang, awak yang perlu memahami saya." Ujar Joshua perlahan tepat di telinga gadis itu.
"Apa dia?" Soal Seul dengan polos. Dia terjerit kecil tatkala sekelip mata sahaja lelaki itu sudah menindih tubuh kecilnya.
"Saya rasa awak faham apa yang saya nak sekarang ni?" sambung Joshua agak nakal. Baju yang tersarung pada tubuhnya sudah ditanggalkan. Seul hanya tersenyum menghayati ciuman hangat suaminya di sekitar wajah dan lehernya. Sesekali dia mendesah halus tatkala tubuhnya pula menjadi santapan liar mulut lelaki itu. Dan agedan itu mula menjadi lebih hangat bersama desahan masing-masing pada malam pertama mereka... Juga cinta yang semakin mekar  di dalam hati.

★TO BE CONTINUED★

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now