γου'яз му םεδτιηγ
◈CHAPTER 25◈"Jangan lupa makan nanti." Pesan Seul terhadap suaminya yang akan mula bekerja di syarikat milik keluarganya. Tangannya masih ligat membaiki tali leher lelaki itu agar kelihatan segak.
"Ya, sayang."
"Kalau oppa saya buli awak, beritahu saya tau." Pesannya lagi dan Joshua hanya mengangguk berkali-kali.
"Jangan nak mengatal kat sana. Cakap dengan perempuan bila perlu je. Awak dah ada isteri kat rumah. Ingat tu." Omelan gadis itu mengundang tawa Joshua.
"Yaa~ Kenapa gelak?"
"Isteri saya ni kuat cemburu, ya?" Ujar Joshua dengan tawanya masih tersisa seraya mencubit pipi gebu isterinya itu perlahan. Seul hanya membuat muka cemerutnya.
"Mestilah. Isteri mana tak cemburu tengok suami kesayangan dia mesra dengan perempuan lain?" Balas Seul dengan muncung itiknya. Dada lelaki itu digosok perlahan.
"Yalah sayang. Saya ingat pesan itu. Saya pergi dulu, ya. " pinta Joshua lembut dan gadis itu mengangguk sekali. Seul menghantar suaminya itu ke muka pintu utama. Joshua mencium dahi gadis itu hangat sebelum masuk ke dalam kereta.
"Hati-hati." Laung gadis itu. Sempat dia membunyikan hon kepada Seul sebelum kereta itu meluncur meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Seul melambai-lambai ke arah suaminya sehingga kelibat kereta itu hilang dari pandangan matanya. Setelah itu, dia menutup pintu kembali dan menuju ke dapur untuk mengemas meja makan yang digunakan mereka untuk bersarapan pagi sebentar tadi. Selesai mengemas bahagian dapur, dia ke bahagian ruang tamu pula. Bulu ayam itu dicapai lalu membersihkan habuk-habuk pada perabot-perabot dan sofa itu. Lalu dia terus ke bahagian dimana sebUah bingkai potret perkahwinannya yang bersaiz besar digantung. Dia tersenyum manis memgamati potret itu. Dia teramat bahagia dengan kehidupannya sekarang. Memiliki suaminya yang sentiasa mencintainya. Matanya kemudian jatuh pada setiap bingkai kecil di kabinet berhadapan potret tersebut. Setiap bingkai itu dilihatnya. Gambarnya bersama keluarga, gambar Joshua bersama mendiang ibunya, gambar mereka ketika bertunang dahulu. Semuanya lengkap tersemat cantik di situ.
"Tak sangka Josh pandai bab menyusun gambar." katanya seraya tersenyum. Memang ketika mengemas rumah ini pada mula-mula mereka berpindah, Joshua yang menguruskan ruang tamu dan gadis itu akui bahawa suaminya memang seorang yang pandai menyusun atur ruang tamu itu menjadi unik dan selesa. Matanya terus melihat ke bingkai yang seterusnya sehinggakan matanya tidak dapat dilarikan setelah melihat bingkai yang terakhir. Lama dia menatap gambar itu. Insan dan saat yang amat dirinduinya dan mungkin juga suaminya.
"Gyu..." cuma itu yang terpancul dari mulutnya. Tanpa sedar air matanya menitis lembut. Selama hampir 5 tahun ini, dia dan Joshua tidak dapat menghubungi lelaki itu dan tidak bertemu dengannya langsung. Semua laman sosial juga tidak digunakan olehnya lagi membuatkan hubungan mereka seperti terputus. Dia cuma dapat tahu bahawa Mingyu melanjutkan pelajarannya di luar negara. Dia tidak mengerti mengapa lelaki itu menghilangkan dirinya malah keluarganya juga turut berpindah. Selama dia tinggal di rumah ini, dia tidak perasan akan semua bingkai ini wujud di situ. Tahulah dia, suaminya juga merindui sahabat karib mereka itu. Kim Mingyu.
"Kami rindukan awak, Mingyu."
.
."Anyeonghaseyo." Sapa Joshua ramah terhadap seorang wanita yang merupakan kerani di pejabat itu.
"Anyeonghaseyo. Ya, encik? Cari siapa?" Soal wanita itu lembut.
"Err.. Saya pekerja baru. Encik Park ada?" Balas Joshua seraya tersenyum kekok.
"Ouh. Nama encik, Hong Jisoo ke?" Soal wanita itu lagi.
"Ya, saya."
"Okay. Encik Park sedang menemuduga pengurus peribadi baru. Dia pesan kalau encik datang, sila masuk ke bilik yang telah disediakan." Terang wanita itu lagi.
"Bilik tu dimana?" Soal Joshua seraya mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Mari. Saya tunjukkan." pelawa wanita itu ikhlas. Joshua hanya membuntuti langkah wanita itu.
"Maaf sebab menyusahkan." ucap Joshua dan wanita itu hanya mengangguk dan tersenyum.
"Ni la bilik tu. Dan juga akan jadi bilik kerja encik nanti. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Ujar wanita itu setelah mereka sampai ke bilik yang dicari Joshua.
"Terima kasih."
"Sama-sama." Balas wanita itu seraya menunduk hormat sebelum dia beredar ke meja kerjanya kembali. Joshua sedikit kekok tatkala pekerja di situ terlalu menghormatinya kerana dia merupakan penolong pengurus di syarikat itu. Dialah yang akan menolong Chanyeol untuk mengemudikan syarikat tersebut. Perlahan kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang agak luas itu. Tona biru lembut itu membuat hatinya terasa lapang. Matanya terlihat namanya tersemat cantik di atas meja kerjanya. Perlahan bibirnya mengukirkan senyuman. Dia terus berlabuh di kerusi kulit itu santai. Dia meletakkan sebuah bingkai yang dibawanya dari rumah di atas meja itu. Jarinya mengusap gambar itu hangat dan mungkin gambar itu akan memberinya semangat untuk berkerja. Gambarnya bersama isteri tercinta menghiasi meja kerja itu.
"Baru sekejap tinggalkan awak, saya dah mula rindukan awak, sayang."
.
."Seterusnya." Arah Chanyeol seraya menulis sesuatu pada fail di pegangannya. Terus sahaja pekerja yang bertugas memanggil calon temuduga selanjutnya. Seorang gadis yang kelihatan manis melangkah masuk lalu duduk di kerusi yang telah disediakan itu.
"Perkenalkan diri anda." Pinta Chanyeol dengan matanya masih tertumpu pada biodata di tangannya. Berkerut dahinya melihat butiran yang terdapat pada biodata itu.
"Anyeonghaseyo. Nama saya Lee Ye~"
"Yeri?" seru Chanyeol membuatkan percakapan gadis itu terhenti.
"Ya, saya." Balas Yeri seraya tersenyum manis. Gadis itu juga terkejut melihat pemuda tersebut yang telah menyelamatkannya tempoh hari tapi dia cuba mengawalnya.
"Awak pemegang diploma dalam khursus ni? Betul?" Soal Chanyeol.
"Ya. Saya dah graduate hampir 5 bulan yang lepas dan saya ternampak iklan temuduga kerja ni dalam internet. Jadi, saya cuba nasib." Balas Yeri seyakin yang mungkin. Chanyeol mengangguk beberapa kali. Dia memanggil pekerja yang bertugas itu.
"Saya nak awak gantikan tempat saya untuk menemuduga calon lain, nanti. Saya kena uruskan adik ipar saya." Arah Chanyeol dan pekerja itu hanya mengangguk faham. Yeri hanya diam menunggu kata lelaki itu. seterusnya.
"Awak betul-betul yakin dapat melakukan tugas ini dengan baik?" Soal Chanyeol lagi.
"Ya. Saya yakin dan jika saya tersilap, saya akan cuba memperbaikinya lagi." Jawab Yeri sambil berdoa di dalam hati dengan mengenggam jemarinya erat. Chanyeol yang melihat kelakuan gadis itu hanya tergelak perlahan. Setelah dia menyelamatkan gadis itu tempoh hari, dia agak berkenan dengan sikap gadis itu yang lemah lembut dan dia terlupa untuk bertukar nombor telefon menyebabkan mereka tidak berhubung setelah itu..
"Okay. Tunggu keputusan akan keluar, esok." Kata Chanyeol sambil tersenyum.
"Ya, terima kasih. Saya minta diri dulu." pinta Yeri hormat. Setelah gadis itu keluar, Chanyeol berbincang sesuatu dengan pekerja tersebut dan pekerja itu mengangguk faham.
"Ya, saya faham." Balas pekerja itu. Chanyeol hanya tersenyum. Tak sangka gadis itu juga temuduga di sini.
"Lee Yeri."
.
.<U.S>
"Uncle." Panggil seorang budak perempuan berusia 4 tahun itu. Dia duduk di sebelah Mingyu yang sedang menonton televisyen memandangkan kuliahnya dibatalkan.
"Ya, Hana." Balas Mingyu sambil tersenyum kepada anak sepupunya itu.
"Nak duduk atas peha uncle, boleh?" Pinta Hana manja. Dia memang agak manja dengan Mingyu jika ayahnya sedang bekerja. Mingyu tersenyum lalu memangku Hana duduk di ribanya.
"Omma mana?" Soal Mingyu.
"Tidur." Anak kecil itu merenung wajah lelaki lampai tersebut lama sambil tersenyum suka.
"Kenapa tengok uncle macam tu? Uncle kacak sangat ea?" Usik Mingyu sambil tergelak kecil.
"Ummph!" Hana mengangguk kuat.
"Ya?"
"Ya. Uncle kacak sangat." Balas Hana lagi membuatkan Mingyu sedikit bangga.
"Uncle." Panggil anak kecil itu lagi.
"Ya, sayang."
"Nak tanya sikit boleh?" Tanya Hana lancar. Walaupun anak kecil itu baru berusia 4 tahun, dia amat petah bercakap.
"Tanya la." Jawab Mingyu dengan pandangannya ke arah televisyen itu.
"Uncle ada girlfriend tak kat Korea?" Soalan Hana membuatkan Mingyu terkedu lalu tersenyum pahit.
"Tak ada. Tapi uncle pernah sukakan seorang gadis, dulu." Balas Mingyu perlahan.
"Ya? Mana dia sekarang?"
"Dia kat Korea. Dan... Dia dah kahwin." Jawab Mingyu dengan senyuman yang dibuat-buatnya. Sebaknya dibuang jauh-jauh. Mingyu tersenyum tatkala merasakan tangan kecil Hana mengusap pipinya lembut.
"Ruginya perempuan tu tak pilih uncle. Kalau la Hana dah besar, Hana akan suka uncle." Kata anak kecil itu seraya memeluk tubuh Mingyu erat.
"Kan? Tapi sayang... Hana masih kecil." Ujar Mingyu sambil tergelak kecil. Dia tersenyum lagi apabila Hana bertindak mencium pipinya pula.
"Nak tengok tak perempuan yang uncle suka tu?" Soal Mingyu dan Hana mengangguk kuat. Segera Mingyu mencapai telefonnya dan membuka geleri.
"Ni la perempuan tu." Tunjuk Mingyu dan Hana tersenyum lebar melihat gambar lelaki itu bersama perempuan yang disukainya berpakaian sekolah. Dahinya mula berkerut tatkala terlihat seorang lagi lelaki di dalam gambar itu yang memeluk bahu ayah sepupunya itu mesra.
"Uncle. Ni siapa?" Soal Hana sambil menunjukkan skrin telefon itu. Mingyu melihatnya sekilas.
"Kawan uncle. Dan dia la suami perempuan tu." Jawab Mingyu mendatar.
"Perempuan ni cantik. Patutlah uncle suka dia." Kata anak kecil itu petah. Mingyu hanya diam mendengar tutur kata anak kecil itu.
"Kawan uncle ni pun kacak. Tapi tak sekacak uncle." Sambung Hana lagi membuatkan Mingyu tersenyum nipis. Tubuh kecil Hana dipeluknya erat.
"Uncle sedih?" Tanya Hana dengan prihatin.
"Tak, sayang. Semua tu dah berlaku." Jawab Mingyu perlahan. Ubun anak kecil itu dicium sekilas.
"Bagus la. Hana sayang uncle." Kata Hana dan Mingyu hanya mengangguk sebagai jawapan. Skrin telefonnya yang masih memaparkan gambar itu dilihat tajam.
'Uncle tak sedih tapi... Benci!'★TO BE CONTINUED★.
▶TAHU MENGARUT.. HAHA.. MALAS NAK CAKAP BANYAK.
▶LIKE/VOTE AND COMMENT🐣💐💐💐
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...