♣05♣

140 21 5
                                    

γΘυ'яз му םεδτιηγ
●CHAPTER 5●

Seul yang mulai kehilangan nafas apabila berciuman terlalu lama perlahan menolak dada lelaki itu lembut. Mingyu melepaskan ciuman itu dan menatap gadis di hadapan nya itu. Dia tersenyum di bibir. Seul mengemam bibirnya sendiri dan tertunduk malu.
"Hey" sapa Mingyu sambil menolak bawah dagu gadis itu supaya memandangnya. Seul menatap mata lelaki itu dengan senyumannya yang manis; boleh mencairkan mana-mana lelaki termasuk Mingyu.
"Gyu cintakan Seul." Ucap lelaki itu ikhlas. Seul mengukirkan senyumannya.
"Seul pun cin~~"
"Gyu!! Bangun! Dah petang ni." Puan Kim menepuk-nepuk badan anak terunnya yang sedang memeluk bantal golek itu.
"Chakaeman omma" jawab Mingyu meleret dan matanya masih tertutup.
"Yaa! Tak elok tidur petang. Lembab otak tu!" Tegur Puan Kim lagi seraya menepuk peha lelaki itu agak kuat.
"Hmm ye la. 5 minit." balas lelaki itu sambil menunjukkan telapak tangannya menjadi angka lima.
"Ish bertuah budak ni." Omel ibunya dan berfikir sesuatu.
"Ah~ tak apa la. Nanti omma cakap kat Seul yang Gyu tengah tidur. Kesian pula dia tunggu lama kat bawah." Puan Kim berlakon konon mahu keluar.
"Seul? Dia ada kat bawah ke?" Segera badan lelaki itu bangun dan terus berdiri untuk keluar dari biliknya. Dia berlari anak menuju ke palang di tengah antara dua belah tangga kediaman mewah milik keluarga Kim itu. Matanya meliar mencari kelibat insan disukai nya dalam diam itu. Namun, hatinya hampa.
"Omma. Tak ad pun." Renget Mingyu seraya masuk ke dalam biliknya kembali. Ketawa Puan Kim kedengaran.
"Memang tak ada sebab omma tipu. Asal omma sebut dia saja, laju kamu ya? Ada apa-apa yang omma tak tahu ke?" Tanya Puan Kim sambil mengangkat keningnya sebelah.
"Isy~ tak yah tahu la." Mingyu mencapai tualanya yang disangkut pada penyakut kayu itu dan menuju ke bilik air dengan mukanya sedikit masam separa merajuk ;kecewa mimpi indah nya terganggu dek kejutan ibunya.
"Aik, merajuk?" Puan Kim cuma mengeleng-gelengkan kepalanya melihat perangai anaknya yang semakin meningkat dewasa ini.
.
.

"Omma ceritalah." Gesa Seul sambil duduk kembali di kerusi itu setelah selesai makan tengaharinya.
"Macam ni. Abang kamu tu bukannya tak ada yeochin sebab dia tak laku macam yang kamu cakap malam tu. Tapi~" percakapan Puan Park di potong oleh Seul.
"Saya tahu. Saya usik oppa je malam tu. Mesti sebab ramai perempuan dekat dengan dia sebab duit dan rupa je kan? Bukan sebab hati." Teka gadis itu. Puan Park mengangguk perlahan.
"Mungkin? Tapi dengar la omma nak cerita ni. Sibuk pulak dia." Omel ibunya itu dan Seul tersengih.
"Maaf. Sambunglah."
"Macam ni. Dulu, omma dan appa yang sibuk sangat carikan dia calon isteri. Masa tu kamu masih sekolah rendah. Abang kamu pun baru sekolah tinggi." Cerita Puan Park dan Seul mengangguk faham.
"Kami cari calon isteri untuk dia . Gadis tu pun dari golongan orang berada. Kami suruh mereka bertunang."
"Oppa terima?" tanya Seul tidak percaya. Wanita itu mengangguk sekali.
"Ya. Tapi banyak kali juga dia bantah sebab alasan dia muda lagi. Banyak lagi masa untuk belajar. Katanya, nak berseronok dulu. Banyak la dia bagi alasan. Tapi kami buat tak tahu je dan tetap dengan keputusan kami. Dia memberontak. Tapi dia sebagai seorang anak, mahu tidak mahu terpaksa dia terima." Cerita Puan Park yang terdengar agak kesal.
"Macam tu sekali. Kesian oppa." wajah Seul juga agak muram setelah mengetahui kisah abangnya yang dipaksa begitu oleh ibubapa mereka sendiri.
"Kan? Omma pun menyesal. " wanita itu sedikit menunduk.
"Apa dah jadi?" Tanya Seul untuk mengetahuk kisah selanjutnya.
"Lama-kelamaan tu dia dah boleh terima perempuan tu sebagai tunang dia. Dia kata dia akan cuba untuk cintakan perempuan tu tapi akhirnya~~" percakapan Puan Park kembali terhenti kerana sedikit sebak. Seul berdiri dan berlabuh di tepi ibunya seraya mengusap bahu wanita itu lembut.
"Akhirnya apa omma?"
"Akhirnya perempuan tu lari dengan namchin dia seminggu sebelum majlis kahwin. Dan abang kamu dapat tahu juga yang dia mengandungkan anak kekasihnya." Luah Puan Park dan mengelap air matanya.
"Seminggu sebelum kahwin? Awalnya oppa kena kahwin?" Kata Seul separa terkejut.
"Ya. Kami paksa dia kahwin dengan perempuan tu. Walaupun banyak dia bagi alasan. Kami tak hiraukan persaan dia dan cakap yang tak ada masalah kalau kahwin awal." Kata Puan Park lagi. Seul hanya terdiam.
"Lepas daripada tu, dia mengamuk sampai kan appa dan omma pun tak mampu halang dia sebab kami mula sedar yang kami memang salah.!?" Sambung wanita itu lagi.
"Sebab tu oppa tak nak bercinta lagi?" Tanya Seul.
"Mungkin. Dan appa dan omma dan janji yang kami tak akan masuk campur hal dia lagi; itu yang dia nak. " Seul memeluk erat badan ibunya.
"Oppa tu baik orangnya dan saya yakin yang oppa akan jumpa gadis yang baik dan sesuai dengan dia.".
.
.

"Josh!" Pangil Mingyu dan Seul tersenyum melihat Joshua sedang mengemop lantai cafe itu.
"Hey . Datang pun korang. Ingat tak nak datang." kata Joshua seraya tergelak kecil.
"Mestilah datang . Kan dah janji. Gyu ni . Lambat ambil aku." Adu gadis itu. Sepasang mata memerhati perbualan mereka bertiga dari jauh.
"Josh?" Sapa seorang gadis; Mingyu dan Seul melihat gadis itu berpakaian uniform sama seperti Joshua dan agak cantik.
"Ya?" Balas lelaki itu.
"Siapa mereka ni? Kawan awak?" Tanya gadis itu lembut. Joshua mwngangguk.
"Ya. Kawan dari tadika hingga sekarang atau mungkin sampai bila-bila." Jawab lelaki itu.
"Hye. Park Seul imnida. Panggil Seul je." Sapa Seul sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan gadis itu.
"Hye. Lee Yeri imnida." balas gadis itu sambil menyambut tangan Seul dan mereka bersalaman.
"Kim Mingyu." Sapa lelaki lampai itu bersahaja. Dan Yeri hanya mengangguk.
"Saya masuk buat kerja kat dalam dulu ya, Josh." Yeri tersenyum malu dan terus meminta diri.
"Korang nak minum apa?" Tanya Joshua .
"Americano je la dua." pesan Mingyu dan Joshua mengangguk lalu beredar untuk menyiapkan pesanan itu.
"Cantik kan dia?" Kata Mingyu dan Seul mencebik perlahan.
"Not bad. Cantik. Berkenan?" Tanya Seul tanpa menoleh ke arah lelalki itu.
"Aigoo~ Angel Gyu cemburu ya?" Tanya Mingyu seraya mencubit pipi gadis itu lembut.
"Mana ada. Perasan je Gyu ni." Mingyu menarik muka masamnya.
"Bergaduh lagi korang ni?" Tanya Joshua seraya membawa dulang yang berisi dua gelas air yang dipesan mereka. Dia menghidangkan di meja itu.
"Hari ni aku dapat gaji." Kata lelaki itu tanpa dipinta. Dia jugak turut duduk; bersebelahan Seul.
"Ya?" Tanya Seul. Joshua mengangguk.
"Dah sebulan kau kerja. Omma kau masih tak tahu?" Tebak Mingyu dan lelaki didepan nya kini cuma tersenyum nipis.
"Tak. Kau dia tahu mampus la aku. Dah kerap dia bagi amaran." Jujur Joshua.
"Habis tu?" Tanya Seul dan menyedut minumannya itu kejap.
"Aku akan bayar hutang malam ni. Pandai la aku nak selesaikan." Kata Joshua dan mereka hanya mampu mengangguk; tidak tahu mahu berkata apa.
"By the way, kau ada apa-apa ke dengan Yeri tu?" Tanya Mingyu dengan senyuman yang penuh makna. Kening kirinya juga terangkat.
"Tak ada la. Kami kawan biasa je. Dia paling rapat dengan aku di sini." Jujur lelaki itu. Mingyu tergelak kecil. Tanpa sedar, jawapan yang diberikan oleh Joshua telak melukakan hati gadis itu yang terdengar tanpa sengaja.
'Dia tak suka aku? Dia cuma anggap aku kawan biasa. Huh. Aku bertepuk sebelah tangan?' Hati Yeri merintih. Seul yang memerhati sekililing cafe itu terpandang wajah Yeri di kaunter itu yang sedikit muram dan termenung.
"Tapi dia cantik dan aku tengok dia macam syok kat kau." Usik Mingyu lagi sambil tersenyum lagi.
"Eeh tak ada la. Kau ni . Kesitu pulak. Aku dengan dia memang kawan je. Lagipun, dia suka aku sebagai kawan dan begitu juga aku." Omel Joshua. Nasib pada petang itu tidak rmai pelanggan. Seul yang mendengar jawapan Joshua terfikir sejenak.
"Kau yakin ke perasaan dia macam tu?"

★TO BE CONTINUD

ONE QUESTION. KORANG TAHU TAK APA YANG AKU FIKIR MASA NI? 👏👏😏 APA YANG AKU NAK SAMBUNG FF NI? TAHU TAK APA? *SAJA TANYA.* PELAKON ROOKIES MASUK TU.🐙🐙👏👏👏😏💁💁. HAHA. TERLINTAS TAK DALAN FIKIRAN KORANG?? CEPAT..CEPAT..CEPAT.. TERFIKIR TAK? BOLEH TELEPATHY TAK NG HOTAK AUTHOR?.🌸👏👏💆

●VOTE/LIKE AND COMMENT YAA~~

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now