♣15♣

115 19 13
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◎CHAPTER 15◎

"Kau sayang aku atau Mingyu?" Soal Joshua agak serius membuatkan gadis itu terkedu seketika.
"Apa... Kenapa kau tanya macam tu. Aku... Aku~" Seul masih keliru untuk menjawab soalan itu.
"Kau.... Sayangkan Mingyu bukan?" Tebak lelaki itu membuatkan Seul menoleh tepat ke arah nya.
"Apa kau cakap ni? Aku.... Sayang kau juga." Balas gadis itu perlahan seraya mengigit bibir bawahnya sendiri.
"Sebagai kawan? Aku tahu...." Joshua tersenyum nipis dengan kata-katanya sendiri. Seul masih diam. Didihan sup yang direneh gadis itu sedang mengelegak hebat. Terus sahaja tangannya mencapai senduk lalu mengucaunya sekata. Seul masih memikirkan apa yang dimaksudkan lelaki itu. Matanya masih tertumpu pada susuk tubuh lelaki itu yang sedang mengendalikan sup . Sekali lagi suara lemah wanita yang merupakan ibu Joshua terjengah dia ruangan mindanya.
'Sayangi dia, Seul. Gantikan tempat ajumma. Tu amanah terakhir ajumma.'
.
.

"Bos! Boleh saya masuk?" tanya Joshua sopan setelah mengetuk pintu.
"Masuklah." Laung pemilik cafe itu dari arah dalam. Segera dia melangkah masuk setelah mendapat kebenaran majikannya itu.
"Bos." Panggil Joshua dan Encik Hwang terus menoleh ke arah lelaki muda dihadapannya kini.
"Ya? Ada apa ni Jisoo?" Soalnya dengan suara yang garau.
"Saya... Boleh saya minta cuti seminggu?" Tanya Joshua sedikit gugup.
"Seminggu? Untuk apa?"
"Hmmm? Saya.. Saya ada peperiksaan akhir minggu depan. Jadi... Jadi~~" dia tertunduk seketika.
"Okay. Saya benarkan. Saya faham kamu nak tumpukan pelajaran kan? Bagus la macam tu. Saya doakan kamu dapat menjawab dengan baik." Kata Encik Hwang telah melegakan hati lelaki itu.
"Betul ke ni, bos? " soal Joshua kembali tidak percaya. Sangkanya dia tidak akan dibenarkan kerana cuti maksimum yang ditetapkan cuma 3 hari sahaja. Majikannya itu mengangguk sekali bersama deheman kecil.
"Terima kasih, bos!" Terus sahaja Joshua berdiri lalu menunduk hormat berkali-kali membuatkan Encik Hwang tergelak kecil.
"Ya. Ya. Dah, pergi sambung kerja kamu sekarang." Arah lelaki itu dan Joshua hanya mengangguk lalu keluar dari bilik majikannya itu.
"Fuhh~ Nasib la dapat." Dia mengosok dadanya yang terasa lapang dan terus menyambung kerjanya semula.
.
.

"Petang ni kita ulangkaji, nak?" ajak Joshua menyebabkan Seul dan Mingyu saling berpandangan.
"Kau... Kau tak kerja ke?" Soal Mingyu hairan. Joshua mengeleng perlahan.
"Esok kan dah nak exam. So, aku minta cuti seminggu." Balas lelaki itu bersahaja.
"Seul okay je. Nak belajar kat mana?"
"Kat rumah Gyu la. Sebab, omma Gyu tinggal seorang kat rumah sekarang. Gyu kena temankan dia. Appa Gyu pergi outstation." Kata Mingyu dan mereka mengangguk setuju.
"Okay! Petang nanti Seul jemput Josh pastu pergi ke rumah Gyu." Balas gadis itu dan tersenyum lebar.
"Okay."
.
.

"Nah. Minum la. " jemput Puan Kim seraya meletakkan dulang berhampiran mereka bertiga lalu menghidangkan minuman setiap seorang.
"Terima kasih. " ucap Seul ramah dan terus meneguk minuman sejuk itu.
"Minum, Josh." jemput wanita itu lagi.
"Ya ajumma. Nanti saya minum." Balas Joshua sambil tersenyum.
"Ouh ya! Alang-alang tengah minum ni kan, Seul ada bawa sesuatu." Kata gadis itu seronok.
"Apa dia?" Soal Mingyu agak teruja melihat gadis itu sedang mengambil sesuatu di dalam begnya.
"Tadaa! Kek red velvet. Ajumma! Jom la makan sekali. Seul yang buatkan tahu." Puan Kim tergelak kecil dan mengangguk perlahan. Dia terus ke dapur dan mengambil piring untuk setiap seorang lalu kembali ke ruang tamu .
"Ni untuk ajumma." Seul meletakan sepotong kek yang sudah siap dipotongnya dari rumah.
"Ni untuk Josh dan ni untuk Gyu."
"Kau? Tak makan?" soal Joshua setelah potongan terakhir dibagikan kepadanya.
"Kat rumah banyak lagi. Nanti-nanti pun aku boleh makan. Ni, aku nak korang rasa. Sedap tak?" gadis itu sungguh teruja menunggu keputusan mereka bertiga.
"Sedap! Pandai Seul buat. Dah lulus jadi menantu ajumma ni." Ujar Puan Kim membuatkan Mingyu dan Seul menjadi malu. Joshua hanya mampu terdiam dan meneruskan suapannya.
"Aisy~ Apa omma ni? Malu la Gyu." Bisik lelaki lampai itu kepada ibunya.
"Malu ke suka huh?" Usik wanita itu lagi dan memandang ke arah gadis yang tersipu malu itu.
"Kesitu pulak ajumma ni. Bagus la kalau sedap." Tegah Seul dan sengaja mengalihkan topik.
"Kamu tak nak jadi menantu ajumma, Seul?" Tanya Puan Kim tiba-tiba menyebabkan Seul dan Mingyu saling berpandangan.
"Saya... Saya.." sukar bagi gadis itu untuk menjawabnya. Puan Kim masih menunggu gadis itu untuk menjawab soalannya.
"Saya ta~~"
"Omma. Kami nak belajar ni. Jangan la tanya soalan macam tu lagi ." Tegur Mingyu terhadap ibunya. Dia tahu gadis itu tidak senang dengan soalan mengejut ibunya. Seul berasa lega kerana lelaki lampai itu segera menghalang ibunya untuk terus bercakap soal itu. Joshua hanya mampu mengemam bibirnya.
"Ya la. Omma minta maaf. Sambung la. Omma nak buat kerja dapur kejap." Balas Puan Kim seraya mengutip kembali gelas dan piring kotor itu lalu terus dibawa kedapur untuk dicuci.
"Maafkan omma Gyu ya?. Dia bergurau je tu." Ungkap Mingyu perlahan.
"Tak apa. Seul tak marah pun." Balas gadis itu sambil tersenyum nipis.
"Okay. Jom sambung. " ajak Mingyu dan Seul hanya mengangguk. Mereka meneruskan pembelajaran mereka kembali.
"Ouh ya! Lupa pulak. Kek Seul buat tu memang sedap." Puji lelaki lampai itu sambil mengenyitkan matanya. Seul tersenyum girang mendengar pujian itu. Joshua seperti tidak wujud disitu kerana dia lebih pilih untuk terus mendiamkan diri; menahan rasa sakit hatinya dengan situasi itu.
.
.

"Terima kasih hantar aku balik." Ucap Joshua mendatar dan terus membuka pintu kereta itu.
"Kejap!" Tegah Seul dengan cepat sebelum lelaki itu keluar.
"Ya, kenapa?" Joshua menutup pintu itu kembali dan menoleh ke arah gadis di sisinya itu.
"Kau okay?" Seul mengambil kepastian. Dia sedar lelaki itu kurang bercakap dan seperti berada di 'dunia' sendiri.
"Kau rasa?" Soal Joshua kembali dengan tenang tapi tidak gadis itu. Seul mula resah untuk menjawab soalan itu.
"Aku... Aku tak tahu." Akhirnya jawapan itu diungkapnya membuatkan lelaki itu ketawa perlahan.
"Malu betul kau masa omma Gyu cakap macam tu tadi, kan?" Gadis itu makin menunduk. Joshua mengeluh perlahan dan menarik nafas dengan panjang lalu terus menghembusnya kembali.
"Sekarang, kau dah jawab soalan aku tempoh hari. " kata Joshua dengan pandangannya hanya pada cermin hadapan kereta itu.
"Apa maksud kau?" Seul tersetak dengan apa yang diungkap lelaki itu tadi dan terus menoleh ke sisi setelah mendengar tawaan halus lelaki itu lagi.
"Kau sayang Mingyu, Seul. Maksud aku, kau cintakan dia." Matanya mulai hangat setelah mengenangkan hatinya yang sakit.
"Apa kau cakap ni? Kenapa kau sampai fikirkan sampai macam tu sekali?"
"Buat yang terbaik esok. Aku masuk dulu. Ouh ya! Kek kau sedap." Soalan gadis itu dibiarkan sepi sahaja. Terus dia keluar dari kereta milik gadis itu lalu menapak masuk ke dalam rumahnya. Air matanya sedari tadi ditahannya, segera mengalir dengan deras .
"Aku cintakan kau, Seul. Kenapa kau tak nampak?"
.
.

' Sekarang, kau dah jawab soalan aku tempoh hari.'
' Kau sayang Mingyu, Seul. Maksud aku, kau cintakan dia.'

Seul masih belum dapat melelapkan matanya. Dia yakin, Joshua sudah salah faham. Dia sendiri masih keliru dengan perasaannya. Kata-kata dan soalan dari lelaki itu juga amanah terakhir ibunya sering berleluasa dalam fikiran. Berkali-kali keluhan berat dilepaskannya. Memikirkan insan-insan yang rapat dengannya; di sekelilingnya. Dia memejamkan matanya rapat .
'Ajumma. Saya rasa, saya dah faham mengapa ajumma amanahkan saya macam tu. Anak ajumma cintakan saya, bukan? Dan ajumma nak dia bahagia dengan saya. Sepertimana dia bahagia dengan ajumma. Saya dah faham sekarang.' hatinya bermonolog. Matanya masih terpejam rapat dan terus terlena bersama jawapan yang baru sahaja diperolehnya itu.
.
.

"Buat yang terbaik ya?" Ucap Seul kepada dua sahabatnya itu. Mereka menduduki peperiksaan akhir selama 3 hari. Dan selama itu mereka berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Dan sewaktu itu juga, Joshua kurang bercakap dengan gadis itu; gadis yang membuatkan nafasnya sering tidak teratur dan menghantui hidupnya. Dia masih berfikir bagaimana untuk melupakan gadis itu dari hatinya,fikirannya dan kalau boleh... dari HIDUPNYA!.
.
.

"Wah!! Akhirnya dah selesai." Jerit Mingyu riang tatkala keluar dari dewan peperiksaan itu seusai menjawab kertas terakhir.
"Ya. Kita semua dah buat yang terbaik. Kan?" Balas Seul juga riang. Tetapi tidak Joshua.
"Apa kata kita keluar tengok wayang malam ni?" Ajak Mingyu. "Hmmm? Kau pergi la dengan Seul. Aku ada hal. Maaf." Tolak Joshua dengan senyuman paksa. Dia sudah tekad tidak mahu menjadi jurang antara Seul dan Mingyu lagi.
"Okay la kalau macam tu. Seul okay?" Soal Mingyu terhadap gadis itu pula. Gadis itu masih diam.
"Seul o~"
"Ehh. Aku balik dulu. Nak pergi cafe pula. Bye." Terus Joshua melangkah pergi membuatkan Seul kecewa dengan sikap lelaki itu yang mungkin 98% berubah.
"Seul okay? Kita pergi berdua." Soal Mingyu kembali.
"Seul baru teringat la. Malam ni Seul ada janji dengan Chanyeol oppa. Maaf ya Gyu? Lain kali la kita keluar." Bohong gadis itu.
"Laa.. Ya ke? Tak apa la macam tu. Lain kali kita keluar." Mingyu tersenyum nipis dan Seul hanya diam. Rasa bersalah menyelubungi dirinya membohongi lelaki itu.
.
.

Tok.. Tok..
"Kejap!" Laung Joshua dan terus menuju cepat ke arah pintu yang sedari tadi diketuk. Segera pintu dibukanya.
"Seul? Kau buat apa kat sini?"

★TO BE CONTINUED★

AKU RASA NI PART TERAKHIR AKU NAK RE-POST KAT FB. SEBAB MALAS DAH. KURANG HASIL. JUGA 'I LOVE YOU, STUPID' PUN. PENAT DAH😪😪😪😌😌😣😣. SENPAI!!!! JOSEUL ATAU MINSEUL???? HELP!!! HAHAHAHA😂😂😂😂🙆😱😱👏😣

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now