♣19♣

116 21 3
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 19◆

"Gyu, kamu buat apa kat dapur tu?" Tegur Puan Kim terhadap anak terunanya.
"Bancuh air, ma." Laung Mingyu dari dapur sebagai jawapan.
"Bancuh untuk omma dan appa sekali." Pinta Puan Kim lagi bersama tawa kecilnya. Mingyu tidak lagi menyahut. Barang kali, leka membancuh air untuk orang tuanya pula. 5 minit kemudian, terpancul kelibat lelaki lampai itu yang sedang menatang dulang berisikan beberapa mug yang dipenuhi minuman coklat panas. Langkahnya di atur ke arah ruang tamu; di mana keberadaan ibubapanya itu.
"Nah, minuman untuk appa dan omma." ujar Mingyu sambil mengambil mug itu dari dulang lalu diletakkan pada meja kaca bersaiz sederhana yang berada di hadapan televisyen tersebut.
"Terima kasih, sayang. Duduk la dulu. Kami ada sesuatu nak cakap dengan kamu ni." Pinta wanita itu lagi. Encik Kim hanya menghirup minuman yang baru dibancuh oleh anak lelakinya itu perlahan.
"Ya." balas Mingyu hormat lalu duduk di sofa panjang berhadapan bapanya.
"Pengurus syarikat appa kat U.S letak jawatan mengejut. So, appa kena pergi urusankan syarikat dekat sana buat sementara waktu. Mungkin makan masa agak lama. Sebab susah nak cari penganti yang bagus macam Sir. William tu. " terang Encik Kim kepada lelaki lampai itu.
"Jadi?" Soal Mingyu polos.
"Jadi, kami nak tanya kamu. Kamu nak ikut kami ke sana atau nak menetap di sini? Kami ikut keputusan kamu, sayang. Lagipun kamu dah besar. Dah boleh berdikari kan?" Jawab Puan Kim dengan lembut. Dia tahu pasti anaknya itu keberatan untuk meninggalkan sahabat-sahabatnya terutama Seul.
"Hmm? Bila appa dan omma nak berangkat ke sana?" Soal Mingyu kembali.
"Bulan depan. Bulan ni bulan terakhir Sir. William berkhidmat di situ." Ujar bapanya pula. Mingyu mengangguk faham.
"Jadi, apa keputusan kamu?" Soal wanita itu kembali.
"Nanti la saya fikirkan balik."
.
.

"So, kamu berdua dah bincang elok-elok nak bertunang bulan depan?" Soal Puan Park terhadap kedua remaja tersebut.
"Ya, omma. Lagipun, untuk pertunangan ni, Seul tak nak buat besar-besar sangat. Jemput saudara terdekat dan sahabat handal je." Terang Seul bersungguh-sungguh.
"Bagus jugak tu. Nanti kamu berdua pilih cincin bertunang lepas tu tempah kad jemputan." arah wanita itu. Mereka berdua hanya mengangguk faham.
"Nanti bila abang dan appa kamu dah balik, omma akan bincang tentang persiapan lain." Sungguh teratur rancangan Puan Park terhadap persiapan pertunangan tersebut.
"Baiklah, omma." Balas Joshua pula bersama senyuman lebar.
"Kami pergi dulu ya, omma." Seul meminta diri lalu mencium kedua belah pipi ibunya itu. Tangan lebar Joshua dipimpin kemas.
"Ouh ya! Satu lagi omma terlupa." Laung wanita itu sebelum sempat mereka menguak pintu kediaman mewah tersebut.
"Ada apa, omma?" Soal Seul. Puan Park bergegas ke arah anak gadisnya itu.
"Aigoo~ Gaun pertunangan kamu? Kalau tempah lambat, mesti lambat siapnya." Keluh wanita itu setelah perkara penting itu dilupakannya tanpa sengaja. Seul dan Joshua tergelak halus melihat Puan Park mengelabah sebegitu.
"Omma~ Gaun tu kami dah tempah minggu lepas. Dua minggu lagi siap la katanya." Kata Seul dengan tawa kecilnya yang masih belum surut.
"Apa? Betul ni?" Soal Puan Park untuk kepastian.
"Ya, omma. Seul ni haa~ Tak sabar nak bertunang agaknya. Beria-ria ajak saya pergi ukur pakaian bertunang tu." Sindir Joshua terhadap bakal tunangnya. Seul mencubit perlahan lengan lelaki di sebelahnya itu. Joshua mengaduh perlahan dengan cubitan kecil tersebut.
"Sakit la." Dengus Joshua perlahan.
"Padan muka. Sindir orang lagi." Omel Seul tidak mahu mengalah.
"Dah. Jangan bergaduh. Aigoo~ Belum bertunang dah gaduh. Jangan bergaduh pasal hal kecil. Tak elok." Tegur wanita itu agak tegas.
"Maaf, ma." Ucap mereka berdua serentak.
"Ya. Dah, pergi sekarang. Nanti lambat pula. Bagus la kalau kamu dah tempah pakaian pertunangan tu. Tak la kelam kabut nanti." Kata Puan Park lagi. Mereka mengangguk kuat.
"Kami pergi dulu, omma." Ucap Seul sambil melambai-lambai tangannya sebelum masuk ke dalam perut kereta.
"Hati-hati, sayang."
.
.

"Nak ikut ke tak?" Mingyu berbaring malas di atas tilam empuknya. Kedua lengannya dijadikan sebagai pelapik bantalnya.
"Tapi, sayang la pula nak tinggal Seul." keluhan berat dilepaskan untuk sekelian kalinya. Fikirannya masih menerawang jauh memikirkan hal itu. Deringan telefon telah mematikan lamunan panjangnya.

'HANBIN HYUNG'

Terus sahaja panggilan sepupunya yang paling rapat dengannya diangkat.
"Hyung!" Jawab Mingyu teruja sehingga terjerit tanpa sengaja.
"Yaa! Pekak telinga aku. Aisy~" omel lelaki yang baru beristeri 7 bulan yang lepas.
"So, macam mana bakal appa tinggal dekat U.S sekarang?" Soal Mingyu. Memang isteri kepada Hanbin, Yoona sudah disahkan mengandung selama 2 bulan. Dan mereka menetap di U.S kerana Hanbin bekerja di syarikat bapanya sendiri selepas berumah tangga.
"Hyung okay je kat sini. Cuma Yoona noona kau kurang sihat sikit. Alahan teruk ." Keluh Hanbin halus.
"Alah. Biasa la tu. Kandungan pertama kan. Nanti bila anak dah sepuluh, okay la tu." Ujar Mingyu dengan gelakan kecil mengusik sepupunya itu.
"Yaa~ Mulut kau ni kan. Memang tak ada insurans betul. Mana larat aku nak dapat anak sampai sepuluh." Kata Hanbin dengan dengusan kasar.
"Eleh. Tak larat konon. Macam la dia yang beranak. Hyung tukang buat anak je. Noona yang beranak. Cakap tak serupa bikin." usik Mingyu lagi dengan tawanya semakin kuat.
"Yaa! Kim Mingyu! " jerit Hanbin membuatkan Mingyu mengekek suka.
"Sayang~ Tengok la tu. Gyu usik oppa." Mingyu membuat gaya ingin muntah setelah mendengar sepupunya itu mengadu kepada isterinya di talian.
"Mengada. Yang tu pun nak mengadu. Cehh." Gumamnya perlahan tapi boleh didengari Hanbin.
"Biar la. Nanti kau dah ada isteri, aku rasa kau lagi mengada dengan isteri kau tu." Balas Hanbin tidak mahu mengalah. Mingyu hanya tersenyum mendengar kata lelaki itu yang mungkin juga benar. Mereka berborak panjang pada malam itu dengan bercakap tentang banyak perkara.
.
.

"Pakaian dah tempah, kad jemputan pun dah tempah. Cincin je belum." Tangannya ligat menanda perkara yang masih perlu dilakukan pada sekeping kertas nota itu. Joshua baru selesai memarkirkan kereta, brek tangan diangkat lalu tali pinggang dibukanya.
"Dah, jom." Ajak Joshua dan gadis itu hanya mengangguk. Mereka melangkah seiringan ke kedai barang kemas di pusat membeli belah terkemuka di Seoul itu.
"Harap-harap la buka. Aku tetap nak cincin dari kedai tu juga." Omel Seul. Semalam kedai itu tutup jadi mereka bercadang untuk datang ke situ lagi pada hari ini kerana gadis itu berkeras tidak mahu cincin dari kedai lain selain daripada kedai tersebut.
"Aisy~ Tengok tu. Guna panggilan tu lagi. Ingat, kita dah nak bertunang." Tegur Joshua lembut sambil mencuit pucuk hidung mancung milik gadis itu.
"Hee~ Sorry." Ucap Seul bersama sengihan nakalnya. Langkah mereka terus di atur sehingga ke kedai tersebut. Mereka tersenyum girang setelah melihat kedai itu dibuka. Seul terus berlari anak menuju ke kedai itu.
"Wahh~ Cantiknya." Mata Seul mulai bercahaya melihat cincin-cincin yang bertatah berlian dan permata itu.
"Josh~ Nak yang mana.?" Soal Seul teruja. Juru jual kedai itu hanya tersenyum melihat karenah pasangan yang nampak sepadan di matanya.
"Cik berdua nak berkahwin ke?" Soal gadis berambut panjang tapi disanggul kemas itu ramah.
"Tidak. Kami baru nak bertunang." Balas Joshua dengan senyuman nipis.
"Ouh. Kalau bertunang, saya cadangkan cik berdua tengok cincin di bahagian ni." Ujar gadis itu lagi sambil menunjukkan ke arah bahagian yang diperkatakannya. Terus sahaja Seul dan Joshua memerhati setiap bentuk cincin yang kemas disusun pada rak kaca itu.
"A'ah. Cantik dan sesuai untuk pertunangan. Kan, Josh?" Soal Seul untuk kepastian. Dia tersenyum tatkala lelaki itu mengangguk setuju. Matanya melilau lagi untuk mencari cincin yang paling sesuai dan cantik.
"Cik, boleh tolong ambilkan yang tu." Pinta Joshua sambil menunjukkan ke arah sepasang cincin yang telah menarik minatnya itu.
"Cik, yang tu sekali." Pinta Seul pula. Gadis itu hanya mengangguk faham dan kedua tangannya mengambil dua pasang cincin yang dipinta mereka berdua tadi.
"Dua-dua cantik." Kata Seul setelah menyarungkan kedua-dua bentuk cincin itu ke jari manis kiri dan kanannya. Kemudian, kedua tangannya di halakan kepada Joshua untuk meminta pendapat lelaki itu pula.
"Yang mana lagi cantik? Pilihan awak atau saya?" Soal Seul yang keliru untuk memilih kerana kedua-duanya amat menonjol.
"Saya rasa, pilihan saya. Sebab bentuknya simple je." Balas Joshua. Seul kembali menatap kedua bentuk cincin itu silih berganti.
"Maaf sebab menyampuk. Saya rasa, tepat sekali pilihan bakal tunang cik ni. Jari cik runcing jadi cincin bermata kecil sesuai dengan cik. Tu cuma pendapat saya." Kata gadis itu dengan senyuman.
"Ya?"
"Ya, sayang." Balas Joshua. Gadis itu cuma mengangguk sambil tersenyum.
"Okay la. Saya ambil yang ni."

★TO BE CONTINUED★

▣VOTE/LIKE AND COMMENT. SELAMAT RAYA HAJI. UNTUK HARI KEDUA. TERUSKAN SUPPORT YOU'RE MY DESTINY 🙌🙆🙆. THANK YOU😳😳💞💞.

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now