♣18♣

126 21 16
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 18◆

"Aku dah bincang dengan keluarga aku dan mereka setuju kalau kita bertunang dulu." Ungkap Seul sambil tangannya lincah mengeluarkan barang yang dibelinya tadi dari beg plastik itu. Pagi itu, dia bertandang ke rumah Joshua untuk berbincang hal yang diperkatakan di pusara mendiang Puan Hong kelmarin.
"Kau... Betul ke nak hidup bersama aku?" Soal Joshua agak gugup. Seul yang sedang menyapu jam pada permukaan roti untuk dibuat sebagai sarapan, terus menoleh ke arah lelaki itu.
"Apa maksud kau? Kau ingat aku main-main?" Soal Seul kembali dengan mukanya yang serius.
"Tak. Bukan maksud aku macam tu. Cuma.... Cuma aku rasa, aku tak layak untuk kau. Dan Gyu pu~"
"Maksud kau, kau tak layak dengan aku sebab kau miskin? Macam tu?" Pintas Seul membuatkan Joshua terus terdiam dan hanya mengangguk mengiyakan kata gadis itu.
"Pabo." Kata Seul sambil tergelak sinis. Dia kembali menumpukan perhatiannya pada sapuan jam di roti itu. Joshua mengetapkan rahangnya lama sambil terus memerhatikan gerak geri gadis itu. Suasana menjadi sepi dengan fikiran masing-masing menerawang jauh.
"Kalau kau fikir macam tu, untuk apa kau buat aku sukakan kau?" Ujar Seul memecahkan keheningan itu. Joshua melihat gadis itu sambil mengerutkan dahinya untuk cuba memahami maksud kata-kata tersebut.
"Apa maksud kau?"
"Kau fikir aku ajak kau kahwin, hidup dengan aku, sebab aku kasihankan kau? Sebab kau miskin?" Tanya Seul dengan suaranya mula bergetar dan roti yang sudah siap disapu jam itu masih dipegangannya. Joshua masih diam mendengar kata gadis itu dan terus menundukkan kepalanya; memikirkan apa yang harus dijawab kepada gadis itu. Memang itu sangkaannya sejak kelmarin. Seul terus menoleh ke sisi apabila lelaki itu masih diam tidak menjawab persoalannya.
"Jawab soalan aku, Josh!" suaranya mula meninggi bersama matanya yang sudah bergenang dengan air mata; kecewa dengan sikap lelaki itu yang terlalu rendahkan dirinya langsung tidak berubah sejak dulu. Joshua terus mendongak memandang gadis itu semula dan matanya bertembung dengan sepasang mata cantik milik gadis tersebut yang sudah basah dihujani air jernih itu .
"Ya, Park Seul. Betul cakap kau. Memang itu sangkaan aku." Balas Joshua dengan nada yang tertahan-tahan. Seul menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan setelah mendengar jawapan lelaki di sebelahnya kini. Roti dipegangnya itu diletak ke dalam pinggan lalu keseluruh badannya berpaling tepat ke arah Joshua.
"Kau~"
"Aku tak sepatutnya cintakan kau. " sambung lelaki itu tanpa sempat Seul ingin bersuara dan terus memejam kedua matanya rapat dengan kesal. Seul yang melihat kelakuan lelaki di hadapannya itu hanya mampu mengemamkan bibirnya kejap. Dia melangkah merapati lelaki itu dan perlahan mengusap lembut pipinya. Mata Joshua masih terpejam rapat sambil menghayati usapan lembut gadis tersebut dipipinya itu.
"Dan kau juga tak patut buatkan aku cintakan kau, Josh. Kau memang kejam! Ragukan niat ikhlas aku nak hidup dengan kau." Ungkap Seul membuatkan mata lelaki itu terbuka luas. Joshua merenung jauh ke dalam anak mata gadis itu untuk mencari kebenaran kata-katanya tadi. Dia masih diam sambil terus membiarkan tangan kecil gadis itu mengusap pipinya tanpa henti.
"Aku cintakan kau Hong Jisoo. Dan aku ikhlas nak kahwin dengan kau. Juga nak jaga kau sepertimana Aunty Hong jaga kau dulu." Ucap Seul dengan penuh keikhlasan. Perlahan kakinya dijinjitkan sedikit untuk menyamakan ketinggian mereka. Perlahan lengannya merangkul leher lelaki itu lantas bibir mereka bercantum lembut. Dia tersenyum nipis dalam ciuman itu tatkala lelaki tersebut memaut belakang badannya dan mula membalas kucupannya lembut. Masing-masing menghangatkan ciuman itu dengan perasaan penuh cinta; untuk pertama kalinya.
.
.

"Anyeonghaseyo." Sapa Joshua sambil menunduk hormat kepada ibubapa bakal tunangnya itu. Tidak lupa juga kepada bakal abang iparnya, Chanyeol.
"Duduk, nak." Suruh Encik Park dengan senyuman manisnya. Malam itu, seperti dijanjikan, Joshua datang ke rumah mewah gadis itu untuk membincangkan soal pertunangannya.
"Terima kasih." Ucap Joshua ramah dan terus berlabuh di sofa itu. Matanya melilau seperti mencari seseorang.
"Seul tengah bersiap dalam bilik. Nanti dia turun la tu." Kata Encik Park seperti dapat mengagak gerangan yang dicari lelaki muda di hadapannya itu.
"Ouh. Begitu." Balas Joshua agak malu apabila fikirannya dapat diteka lelaki saparuh abad tersebut. Dia mengosok belakang lehernya menahan getar berhadapan dengan keluarga kekasihnya kini.
"Kau dah makan?" Soal Chanyeol dengan suara garaunya. Dia agak senang dengan sikap lelaki yang sudah mencuri hati adik kesayangannya itu.
"Dah, hyung. Saya dah makan kat rumah sebelum datang ke sini tadi." Balas Joshua sambil mengangguk dengan jawapannya sendiri. Matanya tertancap pada kelibat seorang gadis yang sedang menuruni anak tangga itu.
"Hey, Josh. Dah lama sampai?" Soal Seul sambil berlabuh di sisi lelaki itu. Peha Joshua ditepuk perlahan.
"Baru je tadi." Balas Joshua dengan senyuman. Seul hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Amboi, wanginya adik oppa. Macam nak pergi date je. Kekasih datang rumah je kot." Chanyeol mula menyakat adik perempuannya itu.
"Yaa~ Biar lah. Sibuk je." Balas Seul tidak mahu mengalah. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada abangnya itu. Joshua hanya tergelak kecil melihat gelagat dua beradik yang saling mengusik itu.
"Orang lain pun ada kekasih juga. Tapi tak macam orang tu." sakat lelaki lampai itu lagi bersama kiasan. Seul sudah menarik muncungnya.
"Omma~ Tengok la oppa tu. Tak habis-habis usik Seul." Renget gadis itu manja.
"Eleh. Itu pun nak mengadu. Manja." Omel Chanyeol perlahan.
"Seul, Yeol. Dah la tu. Malu sikit, Joshua tengok tu." Tegur Puan Park lembut tapi kedengaran agak tegas.
"Maaf, ma." Ucap Chanyeol dan Seul serentak.
"Dah la. Omma nak pergi dapur, hidangkan minuman kejap." Kata wanita itu dan terus ke dapur untuk menyediakan minuman dan snek ringan untuk mereka.
"Jadi, kamu bersedia ke nak bertunang dengan anak ajushi ni?" soal Encik Park serius dan Chanyeol mengangguk dengan soalan ayahnya itu.
"Ya, ajushi. Saya bersedia. Lagipun, dia cinta pertama saya sejak dulu dan saya harap dia juga cinta terakhir saya." Balas Joshua dengan penuh yakin. Perasaan gundah dan berdebar segera diseka jauh. Seul yang mendengar jawapan lelaki itu agak tersentuh. Dia tidak menyangka lelaki tersebut sudah lama mencintainya tanpa disedari kerana kala itu dia asyik terfikirkan perasaannya pada Mingyu. Encik Park dan Chanyeol saling berpandangan setelah mendengar jawapan penuh yakin dari Joshua itu.
"Macam mana dengan kamu, Seul?" Soal lelaki tua itu lagi terhadap anaknya pula.
"Saya pun, pa. Lagipun, saya yang cakap pasal ni dulu. Semestinya saya dah bersedia." Balas Seul juga yakin dengan perasaannya kini. Puan Park berjalan perlahan sambil menatang dulang yang penuh dengan minuman hangat dan sepiring snek ringan.
"Jemput minum, semua." Jemput wanita itu dan kembali duduk di sebelah suaminya.
"Terima kasih, ajumma." Ucap Joshua sebelum menghirup minuman panas itu perlahan.
"Jangan la panggil ajumma. Panggil je omma. Lagipun, kamu bakal jadi sebahagian daripada keluarga ni juga kan?" Kata Puan Park lembut bersama senyuman lebarnya.
"Ya, om...Omma." balas Joshua sedikit tergagap untuk memanggil wanita itu dengan gelaran tersebut. Sudah setengah tahun dia tidak menyebut panggilan itu setelah kematian ibunya yang tercinta. Jadi, dia sedikit kekok untuk menyebut panggilan itu. Seul yang menyedari perubahan riak wajah lelaki tersebut, segera mengengam tangan lebar kekasihnya itu. Joshua membalas gengaman tangan gadis itu kemas.
"Nanti kita bincang tarikh pertunangan kamu. Sekarang kita bincang pasal pelajaran kamu dulu. Kamu berdua nak sambung belajar kat mana? Dan appa yakin, mesti korang nak masuk kolej yang sama kan?" soal Encik Park lagi. Joshua tersenyum nipis mendengar ungkapan bakal bapa mertuanya itu.
"Mana-mana pun boleh, pa. Asalkan dekat dengan kawasan ni. Lagi dekat, lagi elok." Jawab Seul dan Joshua mengangguk setuju dengan pendapat kekasihnya itu.
"Seul cakap, keputusan kau lebih elok daripada dia dan Gyu. Jadi, hyung cadangkan, kau ambil kursus perniagaan. Boleh tolong hyung kat pejabat nanti." Cadang Chanyeol kepada bakal adik iparnya itu.
"Ehh. Tak ada la, hyung. Keputusan saya biasa-biasa je. Saya memang terfikir nak ambil kursus perniagaan pun. Elok la hyung pun cadangkan saya ambil kursus tu. Jadi, tepatlah pilihan saya." balas Joshua malu-malu dengan pujian yang diberikan oleh abang kepada gadis itu terhadapnya. Sempat dia menyiku gadis di sebelahnya perlahan. Seul yang memahami kelakuan lelaki itu hanya tersengih nakal. Pasti bakal tunangnya itu malu dipuji melambung sebegitu.
"Ouh, ya. Bila cakap pasal Gyu, dia tahu tak korang berdua ni dah nak bertunang? Ya la. Dia kan rapat dengan korang." Soal Chanyeol lagi membuatkan Seul dan Joshua saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka hampir terlupa tentang lelaki itu.
"Be..Belum lagi, oppa. Nanti kami maklumkan pada dia." Balas Seul sedikit gagap dan abangnya itu hanya mengangguk faham. Segera dia mencapai cawan berisi minuman panas itu lalu dihirupnya perlahan. Joshua mengerdipkan matanya berkali-kali memikirkan sesuatu. Satu perasaan bersalah muncul di benak hatinya kini terhadap sahabatnya itu.
'Gyu, maafkan aku. Aku juga cintakan dia. Gadis yang sama. Gadis yang kau cinta selama ni. Maafkan aku.'

★TO BE CONTINUED★

HEOL~ HABANG JOSH DAH NAK TUNANG..KUIIII..SORRY, PART HABANG GYU MENYEPI MALAM NI. HAHAHA..DIA PENAT NAK SHOOTING KATANYA..😱😱😱😌😌. SENPAI!!! SORRY KALAU AYAT AKU SERUPA KELING.. BLUR TERLAJAK LOL😅😅😅😂😂😂. SERIUS, AKU SENDIRI RASA HERO DAH TERTUKAR JUST BUAT MASA NI.. MASA DEPAN NATI, KORANG TUNGGU JE LA. MAYBE HABANG GYU COMEBACK HUH~~😳😳💞🍃🍃🍃
▣PLEASE LIKE/VOTE AND COMMENT IF YOU WANT. MALAS NAK MEMAKSA LELEBIH..KAN DICOP BATAK LAK..BYEING~~🍃🍃🍂

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now