γσυ'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 8◆"Kenapa Seul tak macam tu bila dengan aku?" Mingyu yang mengintai Seul yang sedang berpelukkan dengan Joshua di sebalik dinding itu menundukkan wajahnya sayu. Niatnya untuk memujuk Seul tidak diteruskan. Dia berasakan peluangnya untuk memikat Seul makin tipis.
"Josh... Kau dah okay?" Tanya Seul apabila merasakan esakan lelaki itu makin reda. Perlahan dia meleraikan pelukkan itu. Kedua tangan kecilnya menyentuh pipi Joshua.
"Kau tak patut nangis macam ni. Nanti dah tak macho." Ibu jarinya menyeka air mata Joshua yang masih bersisa. Seul mengukirkan senyuman manis bagi memujuk lelaki itu.
"Terima kasih. " ucap Joshua dengan nada yang perlahan.
"Kau kawan aku Josh."
.
."Kamu dah berhenti kerja? Kenapa?" Tanya Puan Lee seraya memandang anak tunggalnya itu.
"Saya nak sambung belajar." Dia terfikirkannya semula apabila membaca surat tawaran itu. Alasan yang diberikan kepada Encik Hwang itu yang mahu dilakukannya untuk melupakan Joshua.
"Kamu cukup duit tak? Minta maaf, omma tak dapat tanggung kamu sepenuhnya, nak." Kata wanita itu dengan wajah kesal.
"Gwenchana omma. Saya dah setahun kerja kat cafe tu. Simpanan saya cukup. Kalau tak cukup, saya akan cari kerja sambilan." Beritahu Yeri. Perlahan senyuman Puan Lee terukir di bibir.
"Kamu dah fikir masak-masak ke Lee Yeri?" Kedengaran suara garau milik Encik Lee pula yang datang dari arah bilik tidurnya.
"Ya appa. Dah tiba masanya Yeri sambung belajar." Jawab gadis itu.
"Jurusan apa yang kamu dapat? Kamu minat atau tidak?"
"Jurusan kesetiausahaan. Dan memang yang saya minat selama ni. " kata Yeri dengan senyuman bagi meyakinkan ayahnya itu.
"Okay. Bagus la. Nanti appa akan bantu apa yang patut. " kata Encik Lee sambil mengusap ubun-ubun anak gadisnya itu.
"Terima kasih appa."
.
."Encik. Mana Yeri? Tak nampak pun hari ni?" Tanya Joshua kepada majikannya itu sambil mengelap meja kerja dapur cafe itu.
"Yeri tak bagitahu kamu ke? Kamu kan paling rapat dengan dia." Balas Encik Hwang dan Joshua memandangnya polos.
"Bagitahu apa? Dia tak sihat ke?" Tebak lelaki itu.
"Tak. Dia dah berhenti. Tadi pagi dia hantar surat berhenti kerja." Jujur Encik Hwang dan itu membuatkan Joshua terkejut.
"Dia.. Dia berhenti kerja?" Tanya Joshua kembali dan Encik Hwang memgangguk lagi.
"Ya. Dia cakap nak sambung belajar. " sambung lelaki separuh abad itu lagi.
"Ouh." Cuma itu yang keluar dari mulut Joshua. Dia termenung seketika.
"Nanti saya akan cari pengganti Yeri. Kamu jangan risau. Gaji untuk malam ni, saya bayar kamu dua kali ganda sebab awak kerja dengan JooHeon je hari ni." Joshua hanya mengangguk dan meneruskan kerjanya kembali.
'Adakah dia berhenti sebab aku? Dia kecewa dengan aku?' Dia berteka-teki dengan hatinya sendiri.
.
."Nah. Untuk korang." Kata Joshua sambil menghulurkan sebotol jus kepada Seul dan melontarkan satu lagi botol jus kepada Mingyu.
"Orait. Dapat tangkap." Ujar Mingyu riang lantas membuka penutup botol itu. Joshua mendail nombor telefon seseorang.
'Nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan. Sila....'
Belum sempat operator itu menghabiskan ayatnya, dia terus menamatkan panggilan itu kembali. Joshua mengeluh halus lalu mengusutkan rambutnya.
"Kau kenapa? Kusut semacam je aku tengok." Ujar Mingyu yang dari tadi perhatikannya.
"A'ah la. Telefon siapa? Dia tak angkat?" Kata Seul pula lalu meletakkan botol jus nya di sebelah.
"Aku call Yeri tapi tak angkat. Dari semalam." Memang dari semalam dia cuba untuk menelefon gadis itu tapi semua hampa apabila satu pun panggilan mahupun pesanan tidak dijawab.
"Kenapa kau macam susah hati?" Tanya Mingyu kehairanan.
"Dia dah berhenti kerja 2 hari lepas. Aku pun tak sempat nak cakap dengan dia." beritahu lelaki itu.
"Dan sekarang, aku rasa dia dah sekat nombor aku. " sambung Joshua lagi.
"Ouh macam tu. Mungkin ada sebab dia berhenti. Ouh ya. Lupa nak tanya. Dia... Sebaya kita juga ke?" Tanya Seul dan Joshua memandangnya sambil tersenyum nipis. Mingyu hanya memerhati sambil menunggu jawapan yang bakal diberikan lelaki itu.
"Tak. Dia tua setahun daripada kita. Kira dah habis sekolah. Majikan aku cakap dia berhenti sebab nak sambung belajar." balas Joshua dan Seul mengedipkan matanya berkali-kali.
"Jinjja? Tapi dia nampak macam usia kita je. So, kenapa kau tak panggil dia noona?"
"Haha. Tua setahun je kot. Dia tak kasi aku panggil aku panggil macam tu. Nampak tua katanya." Joshua tergelak kecil. Tapi hatinya masih tertanya-tanya kemana gadis itu menghilang.
"Mungkin betul la tu dia sambung belajar. " kata Mingyu yang baru bersuara sejak membisu dari tadi.
"Mungkin? Tapi...." katanya terhenti.
"Tapi apa?" Tanya Seul sambil menaikkan keningnya.
"Tak ada apa lah. Jom. Masuk kelas." Ajak Joshua lalu terus berdiri. Seul dan Mingyu juga mengikut sama. Tetapi Seul kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi lelaki itu.
.
.Sudah 2 bulan Yeri menghilangkan diri dan juga hampir 4 bulan juga Joshua bekerja sambilan tanpa pengetahuan ibunya, Puan Hong.
Dalam tempoh itu juga dia membayar sedikit demi sedikit hutang mendiang ayahnya. Sperti biasa, Puan Hong akan mebayar hutang kalau dia mempunyai wang.
"Okay. Lepas daripada ini, aunty sudah tak perlu bayar kepada saya. Semuanya sudah langsai maa~" kata seorang lelaki yang bertubuh tegap berbangsa Cina. Bahasa Hanguk nya juga kedengaran sedikit pelat.
"Ouh ya? Jadi aunty dah bebas daripada orang-orang kamu ni? Korang tak akan datang rumah aunty lagi kan?" Puan Hong meminta kepastian.
"Ha ha. Jangan risau. Saya pegang pada janji. Kami tak akan kacau kamu dua orang beranak lagi. Sebenarnya, saya sendiri banyak kesian woo tengok aunty dapat suami kaki mabuk dan kuat judi. Tapi, walaupun saya ketua di sini, saya kena lakukan tugas. Minta hutang. Bos besar saya masih ada woo. " balas lelaki yang bernama Xi Lao itu.
"Terima kasih." Ucap wanita itu sambil menunduk. Xi Lao hanya mengangguk. Dia merupakan ketua gangster kongsi gelap di kawasan itu.
"Kalau macam tu, aunty balik dulu." Terus sahaja dia meninggalkan tempat yang menakutkan itu.
"Huh. Ada 2-3 orang lagi aku tak langsaikan hutangnya." Keluhan berat dikeluarkan. Xi Lao sibuk menelefon seseorang.
"Hello. Semua sudah selesai. Aku sudah cakap dengan omma kau." Rupanya dia menelefon Joshua kerana lelaki itu menyuruh dia tidak beritahu ibunya tentang dia yang membayar hutang itu.
"Ya. Terima kasih." Ucap Joshua dalam talian.
.
."Kamu tak tidur lagi?" Tanya Puan Hong dan masuk ke dalam bilik anak terunanya.
"Tak. Saja buat latihan ni kejap." Kata Joshua seraya tersenyum.
"Tidur la. Esok sekolah."
"Ya. Nanti saga tidur la." Balas lelaki itu dan getaran telefonnya menandakan pesanan masuk membuatkan Puan Hong terpandang ke arag skrin telefon yang sedang bernyala itu.
"Wah. Sweet ya anak omma dengan Seul ni?" Kata wanita itu sambil tergelak kecil. Joshua tersenyum malu.
"Ada maksud ke ni?" Tanya Ouan Hong tiba-tiba. Joshua sedikit terkejut.
"Aisy~ Ni saya letak gambar saya dengan Seul." Dia lantas membuka kunci telefon itu lalu dia menghala skrin telefon ke arah ibunya itu.
"Untuk wallpaper depan, saya letak gambar saya dengan Gyu. Adil kan?" Ujarnya dan Puan Hong tersenyum.
"Ya la. Dah. Omma nak rehat ni. Kamu jangan tidur lewat sangat tau." Pesan Puan Hong sebelum beredar dari bilik itu.
'Omma tahu perasaan kamu tu. Kamu anak omma. ' kata Puan Hong dalam hatinya.
.
."Apa khabar kau Joshua?" Yeri mengusap skrin telefonnya dan tersenyum sayu melihat gambarnya bersama lelaki kesayangannya itu. Kini, dia melanjutkan pelajarannya di kolej yang jaub dari kampung halamannya.
"Aku harap kau baik-baik sahaja. Aku terpaksa sekat nombor kau dan cuba untuk lupakan kau. Aku rindukan kau." Kata gadis itu lagi dengan air mata yang masih mengalir.
.
."Seul. Gyu nak tanya boleh?" Tanya Mingyu dan gadis itu mengangguk sambil makan kerepeknya.
"Seul... Seul sayang Gyu tak?" Tanya lelaki itu lagi dan gadia itu berhenti mengunyah kerepeknya. Waktu itu, Mingyu datang melepak di rumah gadis itu.
"Isy~ Soalan apa Gyu tanya ni? Mesti la sayang. Sayang sangat-sangat." Balas gadis itu seraya mencubit kedua belah pipi Mingyu itu.
"Joshua?"
"Joshua pun Seul sayang. Korang kan kawan Seul." Jujur gadis itu lagi. Mingyu agak kecewa kerana dia tidak mahu gadis itu menyayanginya sebgai kawan sahaja.
"Seul... Boleh tak... Boleh tak Gyu nak cium?" Seul memandang ke arag lelaki itu lalu tersenyum.
"Cium? Erm kat mana?" Tanya gadis itu sambil tergelak kecil.
"Kat mana yang Seul bagi?" tanya lelaki itu.
"Dua tempat je yang Seul bagi." Jawab Seul dan Mingyu tersenyum nipis.
"Kat mana?"♥TO BE CONTINUE♥
◆WAHHH. LUPA NAK WISH BIRHDAY MY HUSBAND SI S.COUPS TU..UWAAA.😢😢😢😢
◆BOSAN KE PART NI? MAAFLAH. HUHU..
◆VOTE/LIKE AND COMMENT. IF YOU WANT ME TO TAG YOU, JUST DROP THE COMMENT OKAY??😉😉😉
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...