♣07♣

111 21 1
                                    

γΘυ'яз му םεδτιηγ
●CHAPTER 7●

"Omma dah balik!!" Laung Puan Hong dan Joshua terus ke dapur dan menyediakan minuman panas untuk ibunya.
"Minum omma." Kata lelaki itu sambil menghulurkan mug berisi air teh panas itu.
"Terima kasih." Ucap Puan Hong dan terus menikmati minuman hangat itu.
"Penat?" Tanya Joshua sambil mengurut bahu ibunya perlahan. Hanya senyuman nipis yang dihadiahkan dari Puan Hong sebagai jawapan.
"Tadi omma pergi rumah Han ajusshi." Ujar ibunya dan Joshua terdiam takut kalau-kalau Uncle Han beritahu hal sebenar kepada ibunya.
"Erm..Erm omma pergi bayar hutang ke?" Joshua hanya membahas basi. Sengaja menanyakan begitu.
"Ya. Tapi dia kata semua hutang dah lunas. Seingat omma, omma belum bayar habis la." Wanita itu masih berfikir.
"Ya?? Dia.. Dia cakap apa?"
"Dia cakap omma sebenarnya dah habis bayar bulan lepas. Dia lupa nak tanda dekat buku katanya." Beritahu Puan Hong dan lelaki itu menarik nafas lega.
"Ouh ya? Bagus la. Omma tak payah la fikir sangat. Duit tu boleh beli ubat omma." Ujar Joshua dan Puan Hong melihat anak lelakinya itu.
"Tak apa. Ubat omma masih ada. Duit ni boleh la bayar hutang appa kamu yang lain." Kata Puan Hong dan Joshua hanya mengangguk faham.
'Nasib Han ajusshi tak beritahu omma. ' katanya dalam hati dan tersenyum lega.
.
.

' Awak tak patut sukakan saya Yeri.'

Suara itu masih terngiang di telinganya. Yeri masih menangis di taman itu. Sejak dia pulang dari kerja, dia hanya termenung di taman .

'Awak baik, cantik. Tak ada yang kurang. Tapi saya nak kita kekal jadi kawan Lee Yeri. Saya tak dapat nak balas cinta awak. Maafkan saya.'

Dia menekup mukanya lalu menangis lagi.
"Saya cintakan awak Hong Jisoo. Wae!! Kau tak balas cinta aku?"
.
.

"Awak tak boleh terima saya sebab, awak cintakan dia?" Keluar soalan itu dari mulut gadis dengan tiba-tiba.
"Awak tak perlu babitkan dia, Yeri. Saya memang tak boleh terima awak bukan sebab siapa-siapa. Tapi sebab saya sendiri." Tegah lelaki itu.
"Sebab apa!!" Yeri mula meninggikan suaranya sedikit. Mujurlah pejabat majikannya jauh; juga hanya mereka berdua disitu.
"Awak . Tolong. Tolong faham saya. " balas Joshua dengan nada yang ditahan-tahannya. Rahangnya digetap kejap.
"Awak cintakan perempuan tu kan? Bagitahu saya Hong Jisoo!" Gesa gadis itu lagi dan itu membuatkan lelaki dihadapannya mengeluh kuat dan mengusutkan rambutnya kasar.
"Lee Yeri! Saya dan dia berkawan dari tadika! Jangan babitkan dia dalam hal ini. Ingat! Kalau awak nak anggap saya ni kawan awak, tolong. Tolong faham keputusan saya." Kata Joshua dengan pandangan tajamnya dan terus beredar ke belakang dapur. Yeri mengetap bibirnya perlahan dan air mata mula membasahi pipinya; kedua tangannya digengam kuat.
.
.

"Yaa Joshua!" Panggil Seul kepada sahabatnya itu.
"Apa?" Jawab lelaki itu sepatah.
"Kenapa aku mesej kau tak balas, call kau tak angkat semalam?" Tanya gadis itu separa tidak berpuas hati.
"Aku lupa cas telefon aku" bohong Joshua. Walhal dia sengaja off kan telefonnya kerana tak nak diganggu dek Yeri yang tidak henti menelefonnya mahupun menghantar pesanan.
"Kenapa? Penat sangat?" Gadis itu masih prihatin dengan kawannya itu. Cuma senyuman nipis diberikan Joshua.
"Kau kenapa Josh?" Tanya Mingyu yang baru selesai ke tandas.
"Ni sorang lagi reporter yang tidak bertauliah." omel lelaki itu membuatkan Seul dan Mingyu ketawa perlahan.
"Tak la. Kami cuma risau kan kau. Itu je." Mingyu menepuk bahu lelaki dihadapannya itu.
"Risau apa? Aku okay." Senyumannya hanya dibuat-buat. Dia mengeluarkan sekeping sampul berwarna putih.
"Nah. Ni omma aku bayar sikit duit yang kau kasi pinjam hari tu." Kata Joshua sambil meletakkan di atas meja. Seul dan Mingyu saling berpandangan.
"Erm.. Josh, aku dan Gyu sebenarnya ikhlas bagi duit tu. Kami cakap macam tu sebagai alasan je. Kau ambil la duit ni balik. Guna untuk apa yang patut." Seul menolak kembali sampul itu ke arah Joshua.
"Kau faham kan omma aku macam mana. So, tolong. Kau ambil la." Jawab Joshua dan menyelukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.
"Kenapa? Kau langsung tak nak terima bantuan aku? Kau tak sudi?" Suara gadis itu mula bergetar dan menundukkan wajahnya.
"Bukan macam tu. Tapi aku~~" belum sempat Joshua ingin meneruskan katanya, Seul segera mengambil sampul itu dan terus keluar daripada kelas. Sempat Joshua mendengar esakan halus gadis itu.
"Seul!" Panggil Mingyu dan memandang Joshua.
"Tak apa. Aku pergi tengok." Kata Joshua perlahan dan terus keluar mencari kelibat gadis itu.
.
.

"Apa? Awak nak berhenti? Tapi kenapa?" Tanya Encik Hwang selaku majikan di cafe Joshua bekerja itu.
"Saya. Saya dapat tawaran sambung belajar." Tipu Yeri dan menundukkan wajahnya.
"Saya sebenarnya berat nak lepas kan awak. Awak pekerja yang bagus." Encik Hwang melepaskan keluhan berat.
"Saya minta maaf. Tapi saya betul-betul kena berhenti." Pujuk gadis itu lagi. Tujuannya, dia sudah tidak sanggup bersemuka dengan lelaki yang dicintainya itu. Hatinya hancur.
"Baiklah. Saya tak dapat halang awak. Ni gaji awak dan saya bagi lebih sebab selama ini awak berkhidmat dengan bagus. Saya harap awak berjaya kelak." Kata lelaki berumur 40-an itu sambil menghulurkan sampul coklat berisi sejumlah wang yang merupakan gaji gadis itu.
"Terima kasih kerana faham saya. Saya minta diri dulu. Sekali lagi terima kasih. Anyeong." Ucap gadis itu sambil menunduk hormat dan mengambil sampul itu lalu keluar daripada cafe itu.
'Saya harap awak bahagia Joshua.'.
.
.

"Park Seul?" Panggil Joshua seraya memegang bahu gadis itu. Dapat dia rasakan bahu Seul sedikit terhinjut akibat menangis.
"Aku tak maksudkan macam yang kau fikir." pujuk lelaki itu dan Seul masih mendiamkan diri lantas melemparkan pandangannya kedepan.
"Yaa Park Seul!" Panggil Joshua sedikit kuat dan memegang kedua belah bahu gadis itu lalu menariknya supaya badan kecil Seul itu menghadapnya.
"Buruk la kau nangis" Joshua cuba untuk menghiburkan hati gadis dihadapannya itu.
"Kenapa kau macam ni Josh? Aku dan Gyu ikhlas nak tolong kau tapi kau.. Kau~~" kata-kata Seul tidak dapay diteruskan kerana jari telunjuk lelaki itu kini dibibirnya.
"Sshh~ Aku faham. Faham kau dan Gyu ambil berat pasal aku. Tapi kau faham aku kan kenapa aku macam ni?" Joshua menatap mata gadis itu dengan sayu.
"Aku dan Gyu sayang kau, Joshua. Aku tak sanggup tengok kau selalu kena pukul, omma kau yang terpaksa kerja keras." Seul menundukkan kepalanya kembali setelah merasakan matanya mula dilimpahi air mata.
"Yaa~ Pandang aku." Pinta lelaki itu dan kedua belah tangannya kini dipipi mulus milik Seul. Perlahan gadis itu menganggkat mukanya kembali.
"Tolong jangan nangis depan aku. Aku tak suka." Kata Joshua perlahan dengan senyuman pahit seraya itu ibu jarinya menyeka lembut air mata di pipi gadis itu. Seul hanya diam diperlakukan sebegitu.
"Aku okay. Aku~ Aku kena ikut cakap omma aku. Aku faham niat kau. Tapi~~" dia tidak dapat meneruskan katannya kerana sebak di hati. Seul sedikit terkejut melihat lelaki di depannya kini sedang menangis.
"Yaa~ Joshua. Kau okay?" Tanya Seul dengan bimbang.
"Aku benci appa aku! Dia buat hidup aku dan omma aku menderita. " kata Joshua dan Seul terus menariknya terus ke dalan dakapannya. Akhirnya Joshua  terus shaja menangis di bahu gadis itu.
"Aku benci dia, Seul! Aku benci! Omma aku tersiksa." Kata Joshua lagi dengan esakannya. Seul hanya diam; mengusap belakang badan lelaki itu dan juga menangis bersama.
"Ya. Aku faham. Lepaskan semuanya Josh. Jangan pendam lagi." Sudah lama dia tahu lelaki itu memendam rasa perit dan derita dalam hidupnya. Dan kini, dia sudah faham dan dapat merasai penderitaan lelaki yang bernama Hong Jisoo.

★TO BE CONTINUED★

SERIUS WEI! AKU FEELING BUAT PART NI. HUHU. TETIBA JE NAK SHIP JOSEUL😍😍😂😂. HEHE. JANGAN MARAH XD.

SATU SOALAN: SHIP MINSEUL ATAU JOSEUL?

●PLEASE VOTE/LIKE DAN COMMENT YA?

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now