♣26♣

141 18 2
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◇CHAPTER 26◇

"Saya dah balik!" Laung Joshua lalu meletakkan beg kerjanya di sofa panjang itu. Tali leher dirungkaikannya.
"Dah balik?" Dengan pantas Seul meluru ke arah suaminya lalu menolong lelaki itu merungkaikan tali leher tersebut.
"Biar saya buat." Kata Seul dan akhirnya Joshua membiarkan isterinya melakukan kerja itu seperti yang diminta.
"Terima kasih." Ucap Joshua dengan senyuman hangatnya setelah tali leher itu sudah terungkai dari kolar baju kemejanya.
"Sama-sama." Balas Seul lalu terus memeluk badan lelaki itu erat membuatkan Joshua tergelak kecil.
"Yaa~ Kenapa ni?"
"Rindu~~" renget Seul seperti kanak-kanak 5 tahun merindukan ayahnya. Akhirnya Joshua membalas pelukkan itu juga erat.
"Baru sekejap saya tinggalkan. Dah rindu, huh? Macam mana kalau saya terpaksa pergi outstation, nanti?" Soal Joshua walhal dia juga sudah amat merindui isterinya itu. Seul yang mendengar soalan itu, terus memuncungkan bibirnya dengan cebikan.
"Kalau macam tu, elakkkan lah outstation. Ataupun, bawa saya sekali pergi sana." Jawab Seul bersahaja. Pelukkan masih lagi seerat tadi dan Seul amat gemar mendengar degupan jantung suaminya itu.
"Mana boleh macam tu. Saya cuma pekerja. Kalau saya bawa awak ke sana, memang tak jadi kerja la. Mesti akan ganggu kotenstrasi saya nanti." Balas Joshua seraya mengusap lembut belakang badan gadis itu.
"Ermm, yalah. Dah pergi naik mandi dulu. Lepas tu, turun makan." suruh Seul sambil meleraikan pelukkan itu.
"Mandikan saya." Bisik Joshua hangat seraya membuka butang kemejanya.
"Mandilah sendiri. Mengada." Ujar Seul jelek. Joshua mengigit bibir bawahnya mengoda. Terus tubuh kecil gadis itu dicempungnya membuatkan Seul menjerit halus.
"Tak nak. Saya nak awak juga mandikan saya." Kata Joshua lagi seraya melangkah menaiki tangga.
"Saya dah mandi lah." ujar Seul separa menjerit lalu dada lelaki itu dipukul perlahan.
"Mandi dua kali tak salah, kan?" Balas Joshua tidak mahu kalah lalu mencium pipi gadis itu berkali-kali membuatkan Seul mengekek suka.
"Yalah. Awak menang." Akhirnya Seul mengaku kalah. Joshua tersenyum suka setelah isterinya menurut permintaannya itu.
.
.

"Macam mana temuduga, semalam?" Soal Encik Lee terhadap anak perempuannya itu. Yeri yang sedang menghirup minuman panas, mengerling ke arah ayahnya yang sedang membaca surat khabar.
"Okay je, pa. Tak sangka pengurus syarikat tu rupanya lelaki yang pernah tolong saya tempoh hari." Jawab Yeri sambil tersenyum nipis. Sejak dia dikacau lelaki nakal hari tu, ayahnya tidak lagi menyuruhnya membeli barang pada waktu malam.
"Ya? Dia perasan tak tu kamu?" Soal lelaki tua itu lagi. Surat khabar yang sudah habis dibacanya dilipat dua.
"Dia kenal saya lagi." Jawab Yeri perlahan dengan senyuman lebarnya. Encik Lee hanya mengangguk. Deringan telefon yang berbunyi membuatkan senyuman Yeri mati. Lantas dia menerima panggilan itu lalu alat nipis itu ditekap pada telinganya.
"Yeoboseyo." Sapa Yeri perlahan kerana itu nombor yang tidak dikenali.
"Yeoboseyo. Ini Cik Lee Yeri ke?" Soal seorang wanita di dalam talian.
"Ya, saya." Jawab Yeri ramah.
"Saya daripada syarikat Park.Co yang cik temuduga kerja sebagai pembantu peribadi semalam." Jawab wanita itu lagi dan Yeri mengangguk walaupun di dalam hati begitu berdebar menunggu kata wanita itu seterusnya.
"Tahniah. Temuduga cik diterima dan cik perlu melaporkan diri di pejabat, esok." Sambung wanita itu ramah.
"Jinjja?" Soal Yeri separa menjerit tidak percaya sehinggakan menarik perhatian ayahnya dan ibunya yang berada di dapur.
"Ya, cik. Apa yang perlu dibawa dan etika-etika yang cik perlu tahu, semuanya saya dah hantar melalui e-mel cik. Cik boleh menyemaknya di situ." Balas wanita itu lagi.
"Nae. Saya faham." Jawab Yeri dengan nada suara yang masih teruja.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya letak dulu."
"Ya. Terima kasih." Ucap Yeri dan panggilan itu ditamatkan. Telefon itu ditekap ke dadanya.
"Waeyo?" Soal Puan Lee dan suaminya mengangguk setuju dengan soalan itu.
"Cuba omma teka." Balas Yeri masih berbasa-basi. Ibunya mengeleng tidak tahu mahu menjawab apa.
"Yeri dah dapat kerja!" Jawab Yeri seraya menjerit keriangan.
"Jeonmal?" Tanya Puan Lee juga tidak percaya. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar.
"Ya omma. Esok Yeri dah boleh masuk kerja." Sambung gadis genit itu lagi.
"Baguslah." Terus Puan Lee memeluk anak gadisnya itu erat. Yeri membalas pelukkan itu mesra sambil melompat-lompat gembira.
"Peluk omma je? Appa ni tak nak peluk ke?" Sindir Encik Lee seraya menapak mendekati dua beranak itu.
"Appa merajuk ke? Mari sini. Yeri nak peluk appa kuat-kuat." Terua Yeri memeluk ayahnya pula seerat yang mungkin.
"Sayang anak appa ni." Ujar Encik Lee lalu mencium pipi anak gadisnya itu.
"Saya pun sayangkan appa dan omma."
.
.

<U.S>

"Gyu." Panggil Vernon kepada sahabatnya itu. Memandangkan kuliah mereka terpaksa dibatalkan, mereka mengambil angin di taman kampusnya itu.
"Apa dia?"
"Lepas habis pengajian ni, apa kau nak buat?" Soal Vernon lagi. Mingyu mengerutkan dahinya hairan.
"Apa kau tanya ni? Pengajian kita lagi 2 tahun berbaki, kau tahu." Balas Mingyu jengkel lalu mengelengkan kepalanya dengan soalan tidak berasas sahabatnya itu.
"Aku tahu la! Aku tak bodoh lagi." Balas Vernon tak mahu mengalah.
"Dah tu?"
"Aku cuma tanya. Keluarga kau kat Korea. Habis tu kau? Tetap nak tinggal kat sini ke?" Tanya Vernon lagi untuk kepastian. Hanya dia yang memahami sahabatnya itu. Lelaki yang dilanda kekecewaan. Dia mengubah Mingyu begitu bukan untuk menghancurkan lelaki itu tapi itu yang difikirkannya untuk membuatkan sahabatnya melupakan segala kepahitan yang pernah dialaminya dahulu. Hanya untuk menghiburkan Mingyu kembali. Sejak pertama kali dia bertemu Mingyu, dia sudah mengagak lelaki lampai itu mempunyai masalah.
"Pengajian aku kat sini. So, apa salah nya aku kerja kat sini juga, kan?" Jawab Mingyu bersahaja. Ipod dikeluarkan lalu menyumbat earphone di telinganya.
"Kadang-kadang kau ni memang susah nak dijangka la." Omel Vernon sebal dengan tindakan bersahaja lelaki lampai itu. Mingyu yang mendengar omelan sahabatnya itu hanya menjungkitkan bahunya bersama cebikan kecil.
"Degil, keras kepala, tak ada perasaan. Semuanya kau Kim Mingyu." Kata Vernon lagi. Sudah kerap dia mengutuk lelaki itu sebegitu. Dan seperti gelaran yang diberikan Vernon, Mingyu langsung tak terkesan dengan kutukan memyakitkan hati tersebut.
"Ya. Itu semuanya aku. Kim Mingyu yang sekarang."
.
.

"Anyeonghaseyeo." Sapa Yeri hormat kepada Chanyeol. Fail dipeganggannya dipeluk erat. Chanyeol yang sedang memeriksa sesuatu di dalam fail kerja, segera mendongak melihat gerangan yang menyapanya itu.
"Yeri. Duduk la." Suruh Chanyeol dan gadis genit itu mengangguk.
"Ni fail yang diminta Encik Park." Kata Yeri sambil menyerahkan fail kepada Chanyeol. Chanyeol membelek fail itu seketika lalu menutupnya kembali.
"Tak perlu panggil saya encik. Panggil saya Chanyeol je. Lagipun kita pernah kenal kan?" Kata Chanyeol sambil tersenyum lebar. Yeri masih lagi kekok lalu hanya mengangguk faham.
"So, dah sedia nak kerja?" Soal Chanyeol untuk kepastian.
"Ya. Semestinya. Dan saya harap awak tak buli saya kat sini." Balas Yeri separa usikan. Dia mula selesa dengan sikap pengurus muda ini.
"Tengok la macam mana, nanti." ujar Chanyeol juga menyakat membuatkan mereka berdua tersenyum suka.
"Meja awak kat situ." Kata Chanyeol seraya menunjukkan meja kerja Yeri melalui cermin lutsinar itu.
"Awak pergi la duduk dekat meja kerja awak. Nanti, saya suruh pekerja bantu awak apa yang patut." sambung Chanyeol lagi.
"Saya keluar dulu." Pinta Yeri lembut dan Chanyeol mengangguk. Yeri terus berdiri lalu melangkah ke pintu. Belum sempat dia membuka pintu itu, pintu tersebut terkuak terlebih dahulu dari arah luar.
"Hyung, fail ni ma~" kata Joshua terhenti tatkala melihat gadis yang bertembung dengannya dimuka pintu itu. Yeri juga agak kaget dan matanya langsung tidak berkedip.
"Joshua~"

★TO BE CONTINUED★

WOW!! PERJUMPAAN SEMULA YANG TIDAK DIJANGKA..ADOIYAAA. MACAM MANA PERASAAN YERI?? KYAAAA. SINGGAH LA LAYAN FD TERBARU AKU, ONLY YOU YANG DIBINTANGI HABANG SVT .. HEHEHE..

◆LIKE/VOTE AND COMMENT..PLISSS..

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now