♣11♣

151 16 14
                                    

γΘυ'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 11◆

"Josh~ Jom kita balik dulu. Esok kita datang lagi." Ujar Seul seraya mengosok perlahan bahu lelaki itu yang masih merenung pusara yang masih baru disemadi dengan esakan halus. Orang ramai mula beransur pulang cuma mereka bertiga masih tidak berganjak.
"Josh. Kita balik dulu. Hari dah nak hujan ni." Pujuk Mingyu pula yang juga sedih dengan pemergian mengejut ibu sahabatnya itu. Joshua mendongak memandang langit yang jelas semakin redup. Perlahan Joshua menganggukkan kepalanya dan berpaling pergi bersama Mingyu tanpa kata. Seul sempat memandang sekilas pusara itu dengan sayu sebelum membuntuti langkah sahabatnya itu.
' Janji dengan ajumma. Ni amanah terakhir ajumma.'
.
.

"Kenapa Angel tak maklumkan pada Gyu tentang omma Josh semalam?" Tanya Mingyu terhadap gadis yang kini di sebelahnya; matanya masih tertumpu ke hadapan untuk fokus dalam pemanduannya. Mereka baru selesai menghantar Joshua ke rumah kediaman nya.
"Tak sempat Gyu. Semuanya tiba-tiba. Seul pun tak sangka Hong ajumma akan pergi macam tu je." Matanya memandang ke sisi wajah lelaki tampan di sampingnya itu tetapi tidak fikirannya; yang asyik terfikir amanah terakhir ibu sahabatnya itu. Lelaki lampai itu hanya mengangguk faham.
"Seul cuma risaukan Josh je sekarang ni. Macam mana dengan dia? Hidup sorang-sorang." Hampir sahaja gadis itu ingin menitiskan air matanya apabila terkenangkan nasib lelaki itu namun sempat diseka sebelum ia mengalir.
"Angel kenal Josh tu macam mana kan? Dia seorang yang tabah. Jangan la risau." Mingyu menoleh ke sisi sekilas dengan senyuman untuk memujuk gadis di tepinya itu.
"Apa kata Gyu ajak dia tinggal dengan Gyu je. Macam mana?" Seul memberi cadangan.
"Nak ke dia? Faham-faham la dia macam mana."
"Tak apa. Nanti Seul cuba bincang dengan dia." Balas gadis itu sambil tersenyum nipis.
"Ikut suka Seul la." Ujar Mingyu seraya meneruskan permanduannya.
.
.

"Akhirnya omma tinggalkan saya huh?" Ujar Joshua sambil tangannya mengosok gambarnya bersama wanita yang amat disayangi di dalam sebuah bingkai; bersama air mata yang sedari tadi setia menemaninya.
"Tapi saya bersyukur yang omma akan dapat berehat dengan tenang kat sana. Tak penat buat kerja lagi. " kata lelaki itu lagi seraya tersenyum pahit. Lantas sahaja bingkai itu dipeluk ke dadanya.
"Saya pasti rindukan bebelan omma nanti."
.
.

Seul masih termenung melihat langit yang hanya diterangi oleh beberapa butir bintang sahaja di anjung biliknya itu. Angin yang meniup sehingga rambutnya berterbangan menutupi sisi wajahnya hanya dibiarkan. Permintaan Puan Hong kepadanya tempoh hari amat membebani fikirannya kini. Tidak tahu bagaimana dia ingin melunaskannya. Setiap masa dia terfikirkan hal yang sama. Hal yang berkaitan dengan lelaki yang bernama Hong Jisoo. Lama dia termenung disitu tapi akhirnya di melangkah masuk ke bilik stelah kesejukkan yang menerpa kulit halusnya. Dia berbaring dan matanya sukar dipejam. Beberapa ketika dia mengubah posisi pembaringannya dan cuba memejam matanya kembali namun gagal.
"Hong Jisoo."
.
.

"Janji apa ajumma?" Tanya Seul dengan lembut. Nafas wanita itu semakin berat; menyukarkannya untuk bertutur dengan lancar.
"Jan...ji dengan ajumma. Kamu.. akan jaga Jisoo untuk ajumma. " kata Puan Hong dengan payahnya. Dia terbatuk kecil sementara Seul hanya diam menanti wanita itu menyambung katanya.
"Cuma kamu yang ajumma boleh harapkan..." wanita itu terbatuk lagi tetapi kali ini lebih kuat. Sempat gadis itu mengurut dada wanita itu perlahan.
"Sayangi dia Seul. Dia ... perlukan kasih sayang kamu untuk .... gantikan tempat ajumma." Nafasnya tercungap pantas dan matanya kian menutup bersama air mata yang bercucuran. Seul melarikan pandangan matanya kerana sebak melihat penyeksaan yang dihadapi wanita di hadapannya kini. Air matanya juga sedari tadi tidak berhenti mengalir.Dapat dia merasakan gengaman tangan tua pada tangannya semakin mengendur.
"Janji dengan ajumma Seul. Ni je amanah ajumma." Gadis itu masih berdiam dan terfikir sejenak.
"Janji dengan ajumma, sayang." Gesa wanita itu dan dadanya terangkat dan bunyi mesin yang kian kuat membuatkan Seul tersentak. Segera dia mengangguk laju.
"Ya ajumma. Saya janji. Jangan risau." Hanya sesak nafas wanita itu tercungap kedengaran di telinganya kini.
"Josh! Doktor!" Laung Seul dengan kuat seraya mengoncang lengan Puan Hong yang sudah tidak sedarkan diri dengan kuat. Segera Joshua meluru masuk ke dalam wad itu bersama doktor serta beberapa orang jururawat.
"Omma! Bangun. Jangan tinggalkan saya!" Rintih lelaki itu. Doktor memeriksa nadi pada pergelangan dan leher wanita itu hanya mengeleng perlahan. Seraya itu matanya melirik ke arah mesin itu lalu mencatatkan sesuatu pada fail ditangannya .
"Nurse. Tolong catat masa ini. Waktu kematian - 12:43 a.m / 11.08.2016" arah doktor yang merupakan doktor sama yang merawat wanita itu pada mula kedatangan mereka tadiJururawat itu mengangguk sekaligus menulis apa yang disuruh pada kertas di pegangannya.
"Maafkan saya. Saya akan uruskan hal mendiang omma kamu berserta beberapa dokumen dan kamu boleh mula uruskan hal pengembumian nanti. Saya minta diri dulu." Doktor itu meminta diri dan kelihatan seorang jururawat menutupi seluruh badan kaku Puan Hong dengan kain putih. Jururawat itu juga beransur keluar dari bilik itu. Tinggal lah Joshua dan Seul; juga Puan Hong yang sudah tidak bernyawa.
"Omma~" Joshua hanya mampu melihat ibunya dilitupi oleh kain putih seraya menangis sehingga terduduk di lantai bilik wad itu. Dia menekupkan kedua hujung telapak tangannya pada matanya dan meraung perlahan.
"Josh. Tolong bertenang." Pujuk Seul sambil menundukkan badannya ; menepuk perlahan bahu lelaki itu agar bersabar.
"Omma dah tinggalkan aku ,Seul. Dia dah tinggal kan aku." Lelaki itu merintih lagi. Akhirnya dia melepaskan semua tangisannya dalam pelukan gadis itu. Tangan kecil milik Seul mengosok perlahan belakang badan lelaki itu yang sedang teresak-esak. Dia juga terduduk sama dengan Joshua.
"Aku dah tak ada siapa-siapa. Aku keseorangan ,Seul. Aku seorang." Kata Joshua lagi.
"Tak Josh. Kau tak kan keseorangan. Kau ada aku. Kau ada Gyu. Juga keluarga aku. Kami semua dah anggap kau sebahagian dalam hidup kami. Jadi tolong jangan macam ni." Pujuk gadis itu lagi dan Joshua hanya terdiam dalam pelukan yang belum dileraikan itu. Perlahan Seul mengosok kepala sahabatnya itu lembut.
"Omma kau tak akan tenang kalau kau terus macam ni. Sekarang, kita uruskan mendiang omma kau ni dulu." Akhirnya Joshua mengangguk perlahan dan Seul memandangnya sayu.
'Saya janji ajumma. Saya akan cuba lakukan amanah ajumma itu. Saya janji.' tuturnya di dalam hati.
.
.

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now