♣28♣

94 10 4
                                    

You're My Destiny
◆CHAPTER 28◆

'Boleh saya tahu nama adik awak?'
'Seul, Park Seul.'

"Jadi betul lah yang awak memang cintakan dia dari dulu, Josh?" Soal Yeri bersendirian di depan cermin meja soleknya sambil menyisir rambut panjangnya yang masih lembab.
"Aku dah agak. Dari dulu aku dah agak. Memang kau cintakan dia tapi kau tak mengaku, tak guna." Biacaranya lagi seraya dia meletakkan penyisir rambutnya ke tempat asal. Wajahnya direnung pada biasan cermin itu lama.
"Dan sekarang, kita dah bertemu balik, Hong Jisoo."
.
.
.

<U.S>

"Gyu!" Laung Vernon sambil melambaikan tangan seraya berlari anak mendapat lelaki lampai itu. Mingyu yang mendengar namanya dilaung diselangi bersama musik rancak kelab malam itu hanya berbuat bodoh lalu meneguk minuman kerasnya.
"Hoi, sorry lambat sikit." Ujar Vernon seraya menepuk bahu sahabatnya itu.
"Kenapa tak datang esok je?" Balas Mingyu mendatar sambil meneruskan tegukan minuman memabukkan itu.
"Jalan sesak la, sial. Ada kemalangan tadi." Jawab Vernon sebal membalas soalan menyakitkan hati itu.
"Yalah."
"So, apa kita nak buat? Usya 'mangsa' baru?" Soal Vernon setelah dia melabuhkan punggungnya ditepi lelaki yang telinganya bertindik sebelah itu.
"Kau ingat aku macam kau, tak guna?" Balas Mingyu dengan nada garaunya. Vernon mencebik perlahan.
"Habis tu, nak buat apa?" Soal lelaki kacukan itu lagi. Mingyu segera menoleh melihat Vernon dengan senyuman nipis.
"Kau order minuman, minum dan tolong senyap. Memekak je kau ni." Jawab Mingyu sambil melemparkan pandangan kehadapan kembali. Wajah Vernon yang tadinya ceria berubah suram.
"Shit!"
.
.

"Anyeonghaseyo." Sapa Joshua sambil membuka pintu utama kediaman mewah itu.
"Awak dah balik?" Balas Seul riang sambil menyambut beg kerja yang dihulurkan Joshua kepadanya. Joshua hanya mengangguk seraya tangannya merungkaikan tali lehernya. Dia menapak ke ruang tamu lalu berlabuh disofa berhadapan televisyen tersebut. Seul yang baru sahaja usai menyimpan beg kerja tadi kembali ke arah suaminya duduk lalu mengurut bahu lelaki itu lembut.
"Penat?" Soal Seul sambil tangannya meneruskan urutan itu.
"Boleh tahan penatnya. Biasa la, hari pertama kerja." Jawab Joshua sambil memejamkan matanya menghayati sentuhan urutan isteri kesayangannya.
"Yeol oppa ada buli awak ke?" Soalan gadis itu membuatkan Joshua tergelak perlahan.
"Kenapa gelak?"
"Suka tanya macam tu. Hyung tu bukan jahat sangat pun." Balas Joshua seraya tawaannya yang masih berbaki.
"Manalah tahu. Oppa tu bukan boleh percaya sangat." Sempat lagi gadis hamil itu mengutuk abang sulungnya.
"Sayang, tak baik cakap hyung macam tu. Dia kan abang awak." Tegur Joshua lembut. Seul mula memuncungkan mulutnya setelah menerima teguran suaminya itu tadi.
"Yalah. Saya tahu la. Saya cuma tak nak awak susah. Bukannya apa pun." Balas Seul separa merajuk. Kerja mengurutnya dihentikan.
"Sayang, jangan ma~"
"Pergi naik mandi, lepas tu turun makan." Katanya tidak dapat dihabiskan kerana dipotong oleh isterinya. Dan belum sempat juga dia membalas kata, gadis itu sudah melangkah pergi ke dapur. Lantas dia berdiri seraya melihat pintu masuk ke dapur bersama gelengan hairan dengan perangai isterinya yang mudah berubah emosi.
"Period?"
.
.

"Yeol, macam mana kerja dengan Joshua. Okay?" Soal Encik Park terhadap anak lelakinya.
"Okay je, pa. Cuma dia perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan kerja tu dulu." Jawab Chanyeol seraya tersenyum.
"Baguslah kalau macam tu. Boleh la dia tolong kamu nanti." Kata lelaki berusia itu lagi. Chanyeol mengangguk setuju dengan kata bapanya itu tadi.
"Dengar kata, Taerin dah berhenti kerja. Macam mana dengan pengurus peribadi baru kamu?" Soal Encik Park lagi membuatkan Chanyeol tersenyum sipu malu.
"Dia okay, pa. Okay sangat." Balas Chanyeol dengan senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Encik Park hanya memerhati anak lelakinya dengan pandangan yang sukar.
"Apa yang korang bualkan ni?" Tanya Puan Park dari arah dapur bersama dulang ditatangnya.
"Pasal pejabat je, ma." Jawab Chanyeol.
"Pasal pejabat? Kenapa tersenyum-senyum je omma tengok." Kata Puan Park seraya menghulurkan minuman kepada suami dan anak lelakinya.
"Entah anak awak ni. Tersenyum sipu bercerita tentang pengurus peribadi baru dia." Jelas Encik Park tanpa ditanya.
"Iya? Ada apa-apa ke ni?" Soal Puan Park seraya matanya perhatikan raut wajah lelaki tampan itu merona merah.
"Tak ada apa la, ma." Tegah Chanyeol.
"Iyalah. Omma ada berita gembira ni." Kata Puan Park teruja.
"Apa dia?" Tanya Chanyeol dan Encik Park serentak.
"Kamu akan dapat anak buah dan kita akan dapat cucu." Jawab wanita itu semangat. Kedua-dua mereka itu masing tercengang.
"Maksudnya......" Chanyeol mengerutkan dahinya.
"Seul mengandung?" Sambung Encik Park pula tidak percaya. Puan Park yang sedari tadi tersenyum lebar mengangguk kuat.
"Ya, abang. Seul mengandung. Saya dah pergi check up tengahari tadi dengan dia. Kandungannya dah masuk dua minggu." Jelas Puan Park masih teruja.
"Iya? Josh dah tahu ke?" Soal Chanyeol juga sama teruja.
"Belum. Seul cakap dia nak beritahu sendiri. Suprise katanya." Balas wanita tersebut.
"Pasti Josh gembira bila dengar berita gembira ni." Kata Encik Park dengan senyuman lebar.
"Semestinya dia akan gembira."
.
.

"Sayang." Panggil Joshua setelah isterinya langsung tak bercakap dengannya sepanjang mereka makan malam tadi. Seul masih tidak menghiraukan panggilan suaminya itu malah tangannya sibuk mengemas meja makan tersebut.
"Sayang, saya minta maaf." Joshua semakin gelisah melihat keadaan isteri kesayangannya itu sungguh dingin.
"Saya tak bermaksud nak tegur awak macam tu tadi. Cuma, saya tak nak awak terlalu risaukan saya. Semua tu cuma hal kec~" katanya terhenti setelah melihat isterinya bergegas ke sinki.
"Uwerk!"
"Sayang! Kenapa ni?" Soal Joshua cemas melihat keadaan isterinya yang agak lemah itu. Belakang gadis itu digosok lembut sehingga dia berasa sedikit lega. Setelah itu, Seul berpaling menghadap suaminya dengan mukanya sedikit pucat.
"Sayang?" Panggil Joshua dengan nada cemas.
"Bawa saya ke bilik." Pinta gadis hamil itu sedikit perlahan. Tanpa bersoal banyak, Joshua terus membawa Seul naik ke bilik tidur mereka. Tubuh gadis itu dibaringkan.
"Awak okay tak ni? Kalau tak kita pergi klinik." Tanya Joshua lagi. Dia masih khuatir dengan keadaan isterinya kerana dia belum mengetahui punca gadis itu menjadi begitu. Seul hanya mengeleng.
"Kenapa awak muntah-muntah ni?"
"Sebab awak la." Balas Seul sedikit manja dan tersenyum melihat wajah cemerut suaminya itu.
"Sebab saya? Kenapa pula sebab saya?" Tanya Joshua hairan dan polos.
"Sebab......" Seul mencapai tangan lebar suaminya lalu dengan perlahan diletakkan ke atas perutnya yang masih kempis. Joshua masih bingung dengan keaadan itu. Keningnya diangkat melihat isterinya.
"Sebab saya ada dua Joshua sekarang." Balas Seul masih berkias. Lalu dia ketawa perlahan melihat suaminya masih kebingungan dan begitu polos.
"Saya mengandung. Anak awak." Ujar Seul sambil tersenyum manis membuatkan Joshua tercengang tidak percaya.
"Aw...awak mengandung?" Soal Joshua dan Seul mengangguk sambil tersenyum.
"Anak saya?" Soalnya lagi membuatkan Seul mengangguk berkali-kali.
"Ya, sayang. Anak awak, anak saya; anak kita." Balas Seul gembira. Joshua mengetap kedua bibirnya. Matanya terasa hangat setelah mendengar berita gembira itu. Seul terharu melihat air mata suaminya mengalir kepipi kerananya.
"Kenapa menangis?" Soal Seul seraya ibu jarinya menyeka air mata di wajah suaminya.
"Saya gembira, sayang. Saya gembira sangat. Terima kasih, sayang." Ujar Joshua masih dengan sedu nya. Seul mengangguk berkali-kali mendengar ucapan suaminya itu. Dia amat gembira kerana Joshua terlalu menghargainya. Terus dia bangkit lalu tubuh lelaki itu dipeluknya erat.
"Sama-sama, Josh. Saya gembira bila awak gembira macam ni." Kata Seul lalu senyumannya semakin lebar setelah merasakan pelukannya dibalas suaminya juga erat.
"Saya dah faham kenapa awak berubah emosi tadi. Saya minta maaf, sayang. Mungkin saya terkasar bahasa dengan awak tadi." Ucap Joshua kesal dan Seul meleraikan pelukan itu lalu kedua belah pipi lelaki itu dibelainya.
"Tak apa, Josh. Mungkin saya terlalu beremosi tadi. Tapi, awak mungkin akan laluinya lagi nanti. Saya rasa, emosi saya mudah berubah sekarang." Ujar Seul seraya tergelak kecil.
"Tak apa. Saya sanggup. Saya sanggup kena marah hari-hari dengan awak. Asalkan awak dan anak kita sihat." Balas Joshua dengan senyuman lebarnya. Sekali lagi tubuh kecil isterinya dipeluk. Matanya dipejam saat tubuhnya juga dipeluk erat isterinya.
'Omma, omma bakal dapat cucu. Saya sangat gembira, omma. Sangat gembira.'

TO BE CONTINUED★

RINDU AUTHOR X?? LAMA SANGAT HIATUS KAN? TANPA KABAR BERITA. HUHU..... ADA LAGI KE SUDI NAK BACA FF NI?? SIAPA YANG MASIH SUDI TU, TERIMA KASIH😍😍😘😘😘.

♡LIKE/COMMENT. TQ😜💝💝

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now