γου'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 24◆"Tolong!!!" Jerit seorang gadis itu dengan kuat setelah dia dikacau dua lelaki di jalan sunyi itu.
"Jangan la garang sangat. Cuba la berlembut sikit." Ujar salah seorang lelaki tersebut. Gadis itu meronta-ronta agar dilepaskan. Tetapi, pegangan mereka makin kejap. Lengan bajunya juga sudah terkoyak akibat ditarik lelaki-lelaki itu. Dia hanya mampu menangis dan meraung perlahan dek kerana mulutnya di pekup tangan lebar lelaki tersebut. Dia memejam matanya erat. Beg plastik dipegangannya sudah terlepas dan barangan itu bergolek di merata tempat.
"Lepaskan dia, tak guna!" Laung seorang lelaki lampai yang kedengaran agak garau. Gadis itu mencelikkan matanya kembali. Hatinya tidak berhenti berdoa.
"Wahh~ Nampaknya ada hero la pulak malam ni." Balas lelaki bedebah itu sinis. Dia memberi isyarat mata kepadanya kawannya itu untuk menyerang pemilik suara yang menjerit tadi. Lelaki lampai itu segera bertindak melawan mereka berdua dan sesekali dia ditumbuk kasar. Gadis itu hanya bersandar pada dinding dan melihat aksi pergaduhan itu ketakutan. Sesekali dia menjerit halus tatkala lelaki yang datang menolongnya itu terkena tumbukan padu di muka. Matanya mengerling liar di pelusuk kawasan itu. Akhirnya matanya tertangkap pada sebatang besi yang agak besar. Dia terus melangkah ke arah besi itu berada dengan berhati-hati agar tidak didengari si bedebah tersebut lalu dengan pantas dia mencapai besi itu. Dan sekali lagi, dia berjalan ke arah lelaki-lelaki jahat yang sedang asyik bertumbukan dengan lelaki lampai itu bersama besi ditangannya. Besi itu diangkat lalu dengan pantas dia memukul lelaki-lelaki jahat tersebut dengan kerap sehingga mereka rebah ke bumi. Lelaki lampai yang menolongnya itu sempat mengesat darah di tepi bibirnya. Lelaki-lelaki jahat itu terbaring lemah di permukaan tar tersebut.
"Kajja! Sebelum mereka bangun balik." Ujar lelaki lampai itu seraya menarik tangan gadis itu menuju ke keretanya. Segera pedal minyak ditekan, dan kereta itu meluncur laju meninggalkam tempat tersebut.
"Terima kasih, Encik...." Ucap gadis itu sedikit bergetar. Masih jelas ketakutan di wajahnya.
"Park Chanyeol. Panggil saya Chanyeol." Pintas Chanyeol seraya tersenyum. Kemudian itu, dia mendesis perlahan akibat senyuman itu. Dia lupa terdapat luka di tepi bibirnya itu. Gadis itu menoleh ke arahnya kejap.
"Rumah awak kat mana?" Soal Chanyeol lagi setelah gadis itu berdiam.
"Singgah farmasi dulu, boleh?" Balas gadis itu berbalik soalan. Chanyeol mengangguk laju dan terus menuju ke farmasi.
"Tunggu kejap." Pinta gadis itu dan segera dia masuk ke dalam farmasi tersebut. Selang beberapa minit, dia kembali bersama satu beg plastik di pegangannya. Chanyeol melihatnya sekilas dengan keningnya terangkat.
"Apa tu?"
"Ubat. Singgah mana-mana dulu. Saya nak rawat muka awak tu dulu. Dah macam badut, lebam sana-sini." Balas gadis itu lancar membuatkan Chanyeol terkedu. Segera keretanya meluncur lagi menuju ke sebuah taman. Mereka berjalan seiringan lalu berlabuh di sebuah bangku.
"Terima kasih sekali lagi sebab dah tolong saya. Maaf sebab sampaikan awak jadi macam ni." Ucap gadis itu lagi untuk sekelian kalinya seraya tangannya sibuk mengubati luka kecil di wajah kacak Chanyeol itu.
"Tak apa. Saya kebetulan lalu dekat situ. Ternampak awak macam meronta-ronta. Saya cuba tengok. Rupanya betul awak memang hampir kena 'makan' lelaki bedebah tadi. Lagipun, lengan baju awak pun dah koyak." Balas Chanyeol dan sesekali dia mendesis akibat terasa pedih pada lukanya apabila disapu ubat oleh gadis itu. "Tak apa. Koyak sikit je, bukan sakit pun." Matanya sempat menangkap gadis itu kelihatan cantik tatkala bibirnya terukir senyuman manis. Suasana mula hening.
"Awak lalu dekat situ, kenapa? Dah tahu tempat tu sunyi." Soal Chanyeol lagi memecahkan keheningan itu.
"Saya pergi beli barang rumah sikit. Laluan tu lebih dekat dengan rumah saya. Lagipun, saya dah biasa lalu jalan tu selama ni. Tak sangka pulak boleh jadi macam ni." Jawab gadis itu. Ubat itu ditutup kembali setelah selesai digunakan. Chanyeol memusingkan tubuhnya menoleh gadis di sampingnya itu.
"Dunia sekarang dah tak selamat. Ramai penjahat kat luar sana. Awak patut lebih berhati-hati lepas ni. Sebab awak tu perempuan." Kata Chanyeol separa nasihat. Gadis itu mengangguk kuat seraya tersenyum. Ubat itu dimasukkan ke dalam beg plastik semula lalu menyerahnya pada Chanyeol.
"Untuk apa?"
"Nanti, awak sapu lagi kat rumah. Sehingga luka tu betul-betul baik dan sembuh. " ujar gadis itu lagi lalu tersenyum. Mereka berjalan menuju ke kereta kembali seiringan.
"Baiklah. Ouh ya. Terlupa pula saya. Nama awak apa?" Soal Chanyeol ramah. Gadis itu menoleh ke sisi membalas tatapan mesra lelaki lampai tersebut.
"Nama saya?" Soal gadis itu kembali dan masih bermain-main jemarinya sendiri. Chanyeol mengangguk kuat.
"Yeri imnida. Lee Yeri."
.
.<U.S>
"Mingyu!" Panggil Hanbin sedikit tegas. Mingyu yang baru pulang dari kuliahnya, bergerak malas menuju ke arah sepupunya itu.
"Ada apa, hyung?" Soalnya seraya duduk di sofa panjang itu.
"Kau tak nak balik Korea ke? Dah hampir 5 tahun kau kat sini. Sekali pun kau tak pernah balik ke sana lagi." Soal Hanbin. Puan Kim sudah menceritakan serba sedikit mengapa anak lelakinya itu, setuju untuk berpindah ke U.S. Tahu la dia, lelaki lampai itu pastinya kecewa setelah gadis yang dicintainya, sudah dimiliki oleh sahabatnya sendiri.
"Saya belajar kat sini. Buat apa nak balik sana lagi?" Balas Mingyu malas. Sememangnya dia enggan membahas soal ini.
"Jenguk omma dan appa kau kat sana. Dah 2 tahun mereka kembali menetap kat sana." Kata Hanbin sedikit kesal. Isterinya mengusap lembut lengannya supaya bersabar.
"Hyung tahu kau kecewa. Tapi, kau tak boleh terus macam ni." Ujar Hanbin lagi setelah lama Mingyu berdiam.
"Betul cakap hyung kamu ni. Jangan biarkan diri kamu terus hanyut macam ni sebab dia. " kata Yoona yang sedari tadi hanya diam. Dia hanya akan bersuara apabila perlu sahaja. Yang lainnya, dia tidak mahu masuk campur. Mingyu mengeluh halus lalu tersenyum ejek.
"Apa yang korang berdua merepek ni? Saya kecewa apa?" Bahasnya masih berbasa basi.
"Jangan kau ingat kami tak tahu? Omma kau dah ceritakan semuanya pada kami. Kau setuju ikut mereka datang sini sebab kau kecewa Seul bertunang dengan sahabat kau sendiri, kan?" tebak Hanbin membuatkan Mingyu terkunci kata.
"Apa yang omma cakap tu semua merepek. Saya~"
"Dan kau selalu mabuk sejak kebelakangan ini sebab, kau tahu dia dah berkahwin dan hidup bahagia dengan suaminya, sekarang. Betul tak apa yang hyung cakap ni?" Pintas Hanbin menyebabkan Mingyu menunduk lalu meremas kasar rambut keperangannya itu. Hanbin segera bangun lalu berlabuh di sisi lelaki lampai itu. Dia mengosok bahu Mingyu perlahan.
"Kau sepatutnya relakan dia. Kau patut doakan kebahagiaan dia, bukan meratapi sesusatu yang tak pasti seperti ini." Kata Hanbin sedikit lembut. Yoona hanya mengangguk setuju dengan kata suaminya itu dan Mingyu hanya mengangguk paksa. Hatinya sudah dipenuhi dendam lama yang teramat sukar untuk dikuburi. Perlahan bibirnya mengukir senyuman sinis tanpa disedari mereka.
'Aku tak akan pernah merelakan itu semua!'.
.
.<PARIS>
"Sekejap je kan? Esok kita dah nak balik." Ujar Seul seraya memerhati suasana bandar Paris di jendela bilik penginapannya.
"Tak apa. Nanti kita datang lagi dengan anak kita." Ujar Joshua sambil memeluk tubuh kecil isterinya itu. Dia mencium lembut bahu gadis itu yang terdedah kerana mengenakan baju tidur yang hanya bertali halus.
"Ya. Kita memang patut datang ke sini lagi. Bersama anak-anak kita." Balas Seul seraya tersenyum lebar. Matanya masih kekal pada pandangan indah yang berkelipan banyak lampu. Kemudian, dia tergelak kecil tatkala merasakan bibir suaminya makin galak bermain di bahunya dan meliar bebas di lehernya.
"Josh~ Awak dengar tak apa yang saya cakap?"
"Ya. Dan sekarang masanya kita patut realisasikan impian tu. Dan...." katanya terhenti tatkala isterinya mula mengucup bibirnya dengan lembut seraya membalikkan tubuhnya agar menstabilkan posisi. Kucupan itu dileraikan dan tangan kecil yang tadinya mengusap kedua belah pipinya, beralih di bibirnya pula.
"Saya tahu apa awak nak cakap. Bagi omma 'hadiah', kan?" Tebak Seul seraya lengannya mula melingkari leher lelaki itu manja dan membalas tatapan penuh cinta suaminya itu.
"Bagus la kalau awak tahu. Jadi...." dia terjerit halus tatkala merasakan dirinya diangkat oleh suaminya itu dan dibaringkan pada katil empuk tersebut. Terus sahaja Joshua mencium setiap aset isterinya itu dan tangan mereka saling bergenggam erat bersama.
"Saranghae." Sempat Seul mengucapkan kalimat itu sebelum dia dan suaminya bersatu lagi pada malam terakhir mereka di kota cinta itu.
★TO BE CONTINUED★💕SORRY . NAFASKU BELUM STABIL. LEPAS TENGOK BLOOD SWEAT AND TEARS MV AKU MULA MENJADI PSYCHO. I KENNOD!!😭😱😱😱😱. PARK JIMIN AKU TERLALU HOT DALAM TU. MUSIC RHYTHMS PUN SEKSI DAN MENGASYIKAN. ALBUM WINGS!!!💓❤💋💕💖. ARGHHH..
👏TENGOK SIAPA YANG DAH KEMBALI.. AIYOKK.. MASIH INGAT SAMA ITU GADIS YANG CRUSH KAT JOSHUA??😆😏😏😏😏😱😌.
🌸VOTE/LIKE AND COMMENT.
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...