γΘυ'яз му םεδτιηγ
●CHAPTER 6●"Kenapa Angel tanya macam tu dekat Josh tadi?" Tanya Mingyu sambil berjalan santai pulang ke rumah.
"Tanya apa?" Soal gadis itu kembali dengan mukanya yang polos.
"Yang Angel tanya Josh yakin ke perasaan Yeri tu macam tu?."
"Ouh yang tu. Entah lah. Masa Gyu tanya Josh ada apa-apa ke dengan Yeri tu, Josh cakap cuma kawan biasa kan? Seul ternampak muka Yeri masam mencuka seperti kecewa mungkin. Seul cuma teka." Jawab Seul. Mingyu mengangguk.
"Ouh. Macam tak kenal Josh tu macam mana. Susah nak faham dia."
"Tapi Seul faham dia." Jawab gadis itu bersahaja. Mingyu menoleh ke sisi memandang Seul.
"Maksud Angel?" Mingyu berhenti berjalan dan masih menatap gadis itu.
"Seul kawan dia. Gyu pun kawan dia. So, sebagai kawan kita kena faham dia. Betul tak?" Seul menoleh ke sisi juga berhenti berjalan ;melihat Mingyu.
"Seul~ Sukakan dia ke?" Soalan itu terbit dimulut lelaki itu dengan tiba-tiba. Seul cuma tersenyum nipis dan membuka langkah ,menyambung perjalanannya yang terhenti tadi.
"Yaa~ Park Seul." Jerit Mingyu perlahan sambil mengejar gadis itu yang sudah jauh dihadapan.
"Kita semua sahabat Kim Mingyu."
.
."Anyeonghaseyo~ Ada orang tak?" Joshua mengetuk pintu rumah sederhana besar itu.
"Ya?" Pintu itu akhirnya dibuka dan terpamer seorang lelaki tua lingkungan 50-an.
"Han ajusshi." Panggil Joshua seraya tersenyum. Dia menghulurkan satu sampul surat berwarna coklat.
"Apa ni?" Tanya Uncle Han itu sambil membuka sampul surat itu.
"Tu, hutang appa saya pada ajusshi. Lagipun saya tahu dah lama omma saya tak bayar kan." Tebak lelaki itu dan Uncle Han mengangguk faham.
"Terima kasih. Ajushi bukannya apa. Ajushi pun segan minta bayar banyak kali. Tapi, ajushi pun bukannya kaya nak. Juga perlukan wang." Kata Uncle Han sambil tersenyum nipis. Joshua mengangguk faham.
"Ya. Saya faham. Saya minta maaf ya kalai lambat bayar. Tapi, kalau omma saya datang sini, nak bayar; tolong jangan cakap dekat dia yang saya sudah bayar ya?" Minta Joshua dan lelaki tua memandangnya pelik.
"Kenapa nak?"
"Sebab saya dapat duit dengan kerja sambilan. Hari ni saya dapat gaji. Saya kerja senyap-senyap tanpa pengetahuan omma saya. Dia tak benarkan saya bekerja sebab dia nak saya tumpukan dalam pelajaran saya. Tapi saya tak sangguo tengok dia berkerja keras nak bayar hutang sana sini. Jadi, saya terpaksa berbohong pada dia." Jujur lelaki itu. Uncle Han tersenyum.
"Aigoo~ Bagus ada anak macam kamu ni. Ya. Pandai la ajushi cakap pada omma kamu nanti. Jangan risau ya?" Kata Uncle Han seraya menepuk bahu Joshua. Lelaki itu tersenyum lega.
.
."Uhuk.. Uhuk.." Puan Hong terbatuk kuat semasa sibuk memcuci pinggan mangkuk yang banyak di sebuah cafe itu.
"Ni, periuk-periuk dan kuali kotor. Tolong basuh ya?" Arah majikannya itu.
"Ya." Jawab Puan Hong sepatah. Dia menepuk-nepuk dadanya yang terasa sebak sedikit. Dia mengeluh halus. Dia menanggalkan sarung tangan getahnya dan mengambil begnya. Botol ubat dicarinya.
"Haish. Tinggal 5 biji lagi. Mana aku nak cari duit nak beli ubat aku." Dia mengeluh lagi dan menelan ubat pil itu. Dia memejam matanya apabila merasakan terlalu banyak beban yang harus ditanggung nya. Setelah merasakan dadanya sedikit lega, dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
.
."Oppa~" Seul menghenyakkan punggungnya di sofa bersebelahan Chanyeol.
"Ya? Kenapa manja sangat bunyinya? Ada apa-apa ke?" Tanya Chanyeol sambil tergelak halus melihat adiknya begitu.
"Tak la. Saje. Lama tak bermanja dengan oppa." Jawab gadis itu bersahaja sambil melabuhkan kepalanya ke bahu sasa abangnya itu.
"Ya?" Chanyeol memeluk bahu adiknya dan mengosok perlahan. Seul terkesan dengan cerita ibunya tengah hari tadi. Dia berasa kesian dengan abang kesayangannya itu.
"Kalau Seul jadi perempuan tu, Seul rasa, Seul la gadis yang paling beruntung dapat lelaki macam oppa." Kata Seul tiba-tiba.
"Apa Seul cakap ni? Perempuan mana?" Lelaki lampai itu menoleh ke sisi melihat adiknya itu.
"Bekas tunang oppa masa sekolah tinggi dulu."
"Mana.. Mana Seul tahu pasal ni?" Soal Chanyeol kehairanan.
"Omma dah cerita semuanya." Seul menganggkat kepalanya kembali dan memandang tepat ke arah Chanyeol.
"Ouh. Yang tu." Kata Chanyeol dengan mukanya sedikit muram. Kalau boleh dia mahu melupakan semua itu. Bukan sebab dia cintakan perempuan itu, tapi sebab zaman remajanya terganggu dek perkara bodoh itu terjadi.
"Yaa~ Park Chanyeol!" Panggil Seul sedikit tegas. Chanyeol melihatnya dengan muka polosnya.
"Sedih ?" Chanyeol tersenyum pahit mendengar soalan adiknya itu.
"Tidak. Cuma kesal." Jujur lelaki itu. Seul memeluk abangnya erat.
"Kalau Seul bukan adik oppa, Seul orang pertama yang nak jadi teman hidup oppa tahu. Hensem, berkerjaya, baik; semuanya sempurna. Lagipun, omma dan appa dah menyesal dengan perbuatannya dulu." Kata Seul dan Chanyeol tersenyum mendengar kata-kata dari mulut adiknya. Dia membalas pelukkan itu erat.
"Ya? Malangnya kita adik-beradik. Kalau macam tu, Mingyu tu Seul nak campak mana?" Seul meleraikan pelukkan itu setelah mendengar tawa halus abangnya.
"Isy~ Apa oppa ni. Gyu tu kawan saya la. Josh pun." Seul menarik muncung merajuk.
"Merajuk ? Baby besar? Haha. Dah! Popo oppa!" Kata Chanyeol seraya menghulurkan pipinya. Beberapa saat sahaja, dia merasakan bibir adiknya mendarat dipipinya. Dia tersenyum lebar.
"Senangnya nak pujuk adik oppa ni!" Seul akhirnya tersenyum.
.
.
."Apa? Hutang saya dah habis dibayar?" Tanya Puan Hong tidak percaya. Dia ke rumah Uncle Han pada malam itu untuk melunaskan hutang mendiang suaminya dahulu.
"Ya. Saya lupa nak tanda pada buku masa kamu bayar bulan lepas. Bila kira balik, dah cukup. Jadi, kamu dah tak berhutang pada saya." Uncle Han memberi alasan. Janjinya pada Joshua harus dia tepati.
"Ya? Syukurlah. Kalau macam tu, saya balik dulu. Terima kasib banyak-banyak. Dan maafkan suami saya kalau menyusahkan." Ucap Puan Hong tanpa ragu-ragu dan mempercayai bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Uncle Han itu. Lelaki tua itu hanya mengangguk
"Kalau macam tu, saya balik dulu ya? Anyeonghagaseyo."
.
."Josh? Boleh saya nak cakap dengan awak sekejap." Pinta Yeri dan Josh berhenti mengemop lantai dapur itu. Waktu itu, pelanggan tiada, jadi dia membersihkan dapur.
"Ya? Ada apa ya Yeri?" Tanya Joshua lembut. Gadis itu masih bermain-main dengan jarinya sendiri.
"Awak... Awak betul ke cuma anggap saya sebagai kawan?" Gadis itu memberanikan diri untuk menanyakan soalan itu. Riak wajah Joshua sedikit terkejut dan pelik dengan soalan itu.
"Ya. Tapi apa maksud awak tanya macam tu?" Jawab Joshua jujur.
"Sebab.. Sebab saya ingat... Ingat awak ada perasaan yang sama macam saya." Jawab Yeri sedikit gugup. Joshua menyandarkan batang mop itu pada dinding dan melihat tepat ke arah gadis itu.
"Perasaan macam awak? Saya tak faham Yeri. Boleh tak awak cakap terus terang?"
"Saya sukakan awak Joshua. " akhirnya gadis itu mengakuinya. Riak wajah Joshua cuba dikawalnya. Dia mengusutkan rambutnya sedikit.
"Awak tak patut sukakan saya Yeri." Jawab Joshua agak perlahan.
"Tapi kenapa? Apa kurangnya saya?" Soal gadis itu dengan air mata sudah bertakung di tubir mata.
"Awak baik, cantik. Tak ada yang kurang. Tapi saya nak kita kekal jadi kawan Lee Yeri. Saya tak dapat nak balas cinta awak. Maafkan saya." Gadis itu diam mendengar jawapan yang diberi Joshua. Tangannya mengenggam skirt yang dipakainya itu. Telefon Joshua yang berada di meja berdekatan mereka itu bergetar menandakan pesanan masuk. Yeri melihat skrin telfon itu menyala pada kala itu dan terlihat wallpaper lelaki itu bergambar bersama seorang gadis.
"Awak tak boleh terima saya, sebab awak cintakan dia??"★TO BE CONTINUED★
●KORANG DAH READY KE NAK MENGHARUNGI KONFLIK YANG BERLIKU-LIKU, BERGULING-GULING MACAM TENGGILING? AUTHOR DAH GATAL TANGAN NAK BUAT SESEORANG TU BERTUKAR JADI DEVIL🐷🐙👿👿. HAHAHA. XD. SO, SORY YA PART KALAU MEMBOSANKAN MINDA ANDA YANG SEDANG MEMBACA TAPI SILA TERUSKAN MEMBACANYA TANPA MENGHIRAUKAN BEBELAN KELING INI.😘😘😢😂😂😣. SO, ENJOY. HAHA. NAK SIAPKAN SKRIP DEVIL NIH!! JADI BERSEDIALAH. MUNGKIN TAK AKAN ADA PART YANG BOLEH MEN'GIRLING'KAN KORANG LAGI TAPU AKAN MEMBUAT HATI KORANG MENJADI HITAM YANG PENUH KEBENCIANN.. AHAHAHA😂😂🐙🐙👿🐷😏. BEHAVE!!!🚫
●VOTE/LIKE AND COMMENT.
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...