♣03♣

159 21 1
                                    

γΘυ'яε му םεδτιηγ
●CHAPTER 3●

"Apa?? Kau nak kerja? Jangan Josh. Mengamuk omma kau nanti." Mingyu melarang dan memandang tepat ke arah Joshua. Lelaki itu tersenyum nipis sambil bermain-main dengan jari sendiri. Seul memandang Joshua tanpa kata. Dia faham kesukaran yang dilalui oleh sahabatnya itu.
"Korang janganlah cakap kat omma aku. Rahsia kita." Omel Joshua sambil mengunyah rotinya.
"Kau nak kerja apa?" Tanya Seul yang baru kedengaran yang diam dari tadi.
"Aku ada minta kerja kat satu cafe tu. Dia terima pelajar yang nak kerja part time." Terang lelaki itu.
"Kau betul ke ni? Kami boleh je nak rahsiakan daripada omma kau tu. Tapi, pelajaran kau? Boleh ke kau fokus dalam kelas nanti? Mesti kau penat. Malam kerja. Siang sekolah pula." Seul membebel dan Mingyu memandang gadis itu dengan pandangan yang sukar untuk difahami seperti berfikir sesuatu.
'Kenapa dia prihatin sangat dekat Josh ye?' Soal hati Mingyu. Joshua menyedari pandangan Mingyu terhadap Seul dan tersenyum nipis sebelum senyumannya kembali pudar.
"Aku okay. Aku janji aku akan fokus. Kau jangan risau. Pandai la aku bahagikan masa." Pujuk Joshua dan Seul masih tidak berpuas hati.
"Tapi kau kena~~" percakapan Seul terganggu apabila deringan telefon milik Joshua kedengaran. Lelaki itu mengeluarkan telefon dari poket seluarnya lalu menekan punat 'accept' dan ditekapkan di telinga kanannya.
"Yeoboseyo?" Sapa Joshua hormat dan dia bercakap sambil mengangguk-angguk faham dan perlahan senyuman terukir di bibirnya.
"Nae. Saya faham encik. Malam ni saya datang. Terima kasih." Ucap Joshua sebelum menamatkan panggilan itu. Dia menyimpan telefonnya kembali ke dalam poket seluarnya. Dia kembali senyum kelegaan.
"Siapa?" Tanya Mingyu dan Joshua memandang ke arahnya.
"Tauke cafe tu. Dia minta aku datang kerja malam ni. So, aku dah boleh start kerja." Kata Joshua girang. Seul memerhatikannya dengan senyap.
"Ingat tau. Korang tak boleh bagitahu omma aku. Aku harapkan korang ni. Tolong sangat." Kata Joshua separa merayu.
"Ya. Tapi ingat janji kau. Jangan lupa pelajaran." Seul memberi amaran dan Joshua mengangguk laju. Loceng sudah kedengaran menandakan waktu rehat sudah habis. Joshua bangun sambil mengosok punggungnya.
"Jom masuk kelas." Ajaknya; Mingyu dan Seul hanya mengikuti langkah Joshua yang menuju ke kelas.
.
.

"Selamat datang, encik. Nak pesan apa ya?" Tanya Joshua ramah dan pelanggan itu memesan; jarinya menekan-nekan skrin komputer di kaunter itu sambil mengangguk faham. Dia memberi satu kertas lalu diberikan kepada pekerja lain yang duduk didapur.
"Encik duduk dulu. Nanti saya akan hantar. Terima kasih." Pelanggan itu tersenyum tanda berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Joshua juga seronok bekerja disitu memandangkan bosnya yang baik juga rakan sekerjanya yang ramah.
.
.

"Gyu. Seul risau la. Seul sebenarnya tak setuju Josh kerja macam tu." adu Seul kepada lelaki itu. Waktu itu Mingyu datang ke rumah gadis itu untuk menemaninya; memandangkan ibubapa Seul keluar untuk menghadiri majlis berkaitan syarikat mereka. Chanyeol juga mengikut sama. Seul kurang mengemari menghadiri ke majlis sebegitu kerana bosan dan mengambil keputusan untuk duduk dirumah sahaja.
"Kenapa ni? Angel risau sangat dengan Josh tu. Angel suka kat dia ke?" Tanya Mingyu dengan serius tapi kedengaran biasa.
"Tidak. Seul cuma risau. Dia kan kawan kita. Lagipun Seul rasa bersalah dengan omma Josh tu. Dia langsung tak tahu anak dia bekerja. Kalau la dia dapat tahu, mesti dia marah. Dah la omma dia tu ada penyakit jantung. Seul risau." Omel gadis itu. Mingyu datang menghampirinya dan memeluk bahu gadis itu.
"Jangan la risau. Gyu yakin yang Josh pandai jaga diri. Kita kena faham dia. Dia perlukan duit. Kalau Angel kat tempat dia pun, mesti Angel nak tolong omma Angel jugak kan?" tanya Mingyu seraya memujuk. Gadis itu mengangguk lemah. Betul kata lelaki itu. Jika dia berada di tempat Joshua, dia juga melakukan sedemikian.
"Ya. Seul faham." Akhirnya Seul mengalah dan termakan pujuk Mingyu.
"Dah. Peluk Gyu sekarang." Suruh Mingyu manja dan Seul memeluk tubuh lelaki lampai itu sambil tersenyum. Ramai yang kata mereka sesuai menjadi pasangan kekasih. Sama cantik sama padan; tapi bagi Seul, Mingyu ialah rakannya dan dia  juga yakin Mingyu juga hanya menggangapnya begitu.
.
.

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now