♣27♣

138 19 5
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 27◆

"Yeri?" Gumam Joshua perlahan sedikit kaget melihat insan yang telah lama menghilangkan diri.
"Hey, Josh." Sapa Chanyeol sambil melangkah ke arah mereka berdua yang masih mematungkan diri itu.
"Sa..Saya minta diri dulu." Akhirnya Yeri beredar pergi ke meja kerjanya. Joshua hanya mengerling ke arah gadis genit itu tanpa kata.
"Apa yang kau nak tanya tadi?" Soal Chanyeol membuatkan kerlingan Joshua kembali ke arah abang iparnya. Hampir dia terlupa tujuannya ingin berjumpa lelaki lampai itu tadi.
"Ouh. Saya nak tanya tentang fail ni." Balas Joshua seraya menunjukkan fail berwarna hitam dipegangannya.
"Duduk dulu." Ajak Chanyeol dan lelaki itu hanya mengangguk.
"Err, hyung." Panggil Joshua sedikit gugup.
"Ya?"
"Yang tadi tu.... Siapa?" Soal Joshua perlahan. Entah kenapa, dia berasa ingin tahu tentang gadis itu berada di sini. Terus Chanyeol mengerling ke arah pintu pejabatnya itu sambil tersenyum.
"Yang kau jumpa kat pintu tu?" Soal Chanyeol kembali dan Joshua terus mengangguk laju.
"Dia pembantu peribadi baru hyung. Cantik, kan?" Jawab Chanyeol berserta pujian. Perlahan Joshua mengangguk lagi tapi riak wajahnya seperti masih terfikirkan sesuatu..
"Kenapa dengan kau?" Tanya Chanyeol mendatar.
"E..Err, tak ada apa-apa la. Kita sambung balik bincang tentang fail ni." Ujar Joshua pantas tidak mahu membahas soal itu lagi. Belum masanya lagi lelaki itu tahu bahawa mereka pernah saling mengenali. Terus Chanyeol mengangguk lalu memberitahu dan mengajar Joshua tentang projek yang terkandung dalam fail tersebut. Fikiran Joshua mula bercabang dua.
'Awak dah kembali, Yeri.'
.
.

"Uwerkk!" Kedengaran muntah yang berkali-kali di dalam tandas itu bergema. Seketika kemudian, Seul melangkah ke arah katilnya semula sedikit lemah. Sudah kerap dia masuk keluar dari tandas akibat tekaknya begitu loya pada hari itu. Telefonnya yang berada di atas meja mini berdekatan katilnya itu dicapai lalu mendail nombor seseorang. Matanya dipejam rapat menunggu panggilan itu diterima.
"Yeoboseoyo." Kedengaran sapaan ditelefon membuatkan Seul sedikit lega.
"Omma."
"Ya, sayang. Kenapa ni? Lemah je omma dengar." Tanya Puan Park separa khuatir.
"Omma boleh tak datang ke rumah Seul kejap? Dari tadi Seul muntah tak berhenti." Gumam Seul perlahan seraya menahan tekaknya yang kembali loya.
"Muntah? Kamu~"
"Uwerkk!" Seul kembali ke bilik air lalu isi perutnya yang bergelegak terus dilepaskan. Telefonnya masih ditekap pada telinga.
"Kamu tunggu kat sana. Omma bergerak sekarang." Pesan Puan Park kedengaran sedikit teruja sebelum dia menamatkan perbualan itu membuatkan Seul kehairanan. Skrin telefonnya yang masih bercahaya itu dipandang sekilas dengan muka cemerutnya.
"Apa omma ni? Anak tak sihat pun boleh teruja?" Omel Seul polos. Belum sempat dia ingin berbaring di katilnya semula......
"Uwerkk!"
.
.

"Yeri." Panggil Chanyeol setelah kelihatan kebanyakkan pekerjanya sudah pergi rehat pada tengahari itu. Yeri yang masih sedang menyemak kertas kerjanya mendongak melihat lelaki lampai tersebut.
"Tak pergi makan?" Soal Chanyeol ramah. Entah kenapa, dia ingin mendekati gadis genit itu.
"Ehh Encik Chan~"
"Kan saya dah kata. Jangan panggil saya encik lagi. Nampak tua, tahu tak?" pintas Chanyeol dengan omelan membuatkan Yeri tersenyum suka.
"Yalah. Maafkan saya." Ucap Yeri lembut.
"Awak dah makan ke?" Soal Chanyeol lagi buat sekelian kalinya.
"Belum. Baru je ingat nak turun." Jawab Yeri seraya menutup buku catatannya itu.
"Baguslah. Kalau macam tu... Jom, saya belanja." Ajak Chanyeol girang.
"Ehh tak apa ke ni? Nanti apa pekerja lain cakap." Soal Yeri ragu-ragu. Dia tidak mahu mempunyai masalah dengan pekerja lain.
"Tak apa. Mereka tak akan cakap apa-apa. Jom lah." Kata Chanyeol dengan yakin. Terus Yeri mengangguk lalu mereka berjalan seiring menuju ke kedai malan berderatan syarikat itu untuk menjimatkan masa.
"Err. Saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Pinta Yeri teragak-agak setelah selesai memesan makanan.
"Boleh. Tanyalah."
"Lelaki yang saya bertembung dekat pintu pejabat awak tadi~
"Ouh. Dia Joshua. Penolong pengurus disitu. Kiranya penolong saya lah." Jawab Chanyeol pantas tanpa sempat Yeri menghabiskan soalannya.
"Dan dia adik ipar saya." Sambung Chanyeol lagi tanpa disoal membuatkan gadis itu sedikit tersentak.
"Adik ipar awak?" Soal Yeri tidak percaya.
"Ya. Dia kahwin dengan adik saya beberapa bulan yang lepas." Balas Chanyeol tersenyum lebar.
"Ouh."
"Dia pun ada tanya pasal awk tadi." Kata Chanyeol lagi. Yeri mengerling ke arah lelaki itu sekilas.
"Tanya pasal saya?"
"Ya. Tanya siapa awak." Jawab Chnayeol lagi. Pesanannya mereka sampai tepat pada waktunya. Terus Chanyeol meneguk minuman sejuknya akibat terlalu haus.
"Ouh macam tu."
"Makan lah. Nanti, sejuk tak sedap pulak." Pelawa Chanyeol mesra dan Yeri hanya tersenyum paksa. Perlahan dia meneguk minumannya dahulu.
"Err~ Boleh saya tanya satu soalan lagi?" Tanyanya lagi gugup. Chanyeol yang sedang mengunyah makanannya hanya mengangguk mengiyakannya.
"Siapa nama adik awak tu?" soal Yeri lagi untuk kepastian.
"Seul. Park Seul."
.
.

"Macam mana, doktor?" Soal Puan Park tidak sabar setelah melihat doktor yang tertera namanya Dr.Kang di 'name tag' nya itu keluar dari bilik pemeriksaan bersama anak gadisnya. Perlahan Seul melabuhkan punggungnya disisi wanita itu.
"Suami awak dimana sekarang?" Soal Dr.Kang sambil mencatitkan sesuatu pada sekeping kertas.
"Dia tengah bekerja sekarang." Jawab Seul dengan dahinya berkerut. Dr.Kang mengangguk faham.
'Cakap je la aku sakit apa. Ni, main tanya suami pulak. Huh." Omel Seul didalam hatinya. Sungguh fikirannya amat polos.
"Tahniah, Puan Hong. Awak mengandung 2 minggu." Ucap Dr.Kang bersama senyuman mesra begitu juga Puan Park yang menutup mulutnya haru dan gembira .
"Me..Mengandung?" Soal Seul yang masih tergamam. Matanya dikelip berkali-kali tidak percaya. Doktor itu mengangguk laju.
"Ya, sayang. Kamu dah mengandung. Kandungan kamu dah masuk 2 minggu." Ujar ibunya teruja lalu mengusap kepala gadis itu lembut. Akhirnya, Seul turut tersenyum gembira setelah mendengar kata wanita itu tadi.
"Terima kasih, doktor. Kami keluar dulu." Ucap Puan Park sebelum beredar keluar dari klinik tersebut.
"Betul lah apa yang omma fikirkan tadi." Kata Puan Park seraya memimpin anaknya itu masuk kedalam kereta.
"Jalan." Arah wanita itu kepada pemandunya.
"Omma fikir apa?"
"Waktu kamu cakap kamu asyik muntah-muntah tadi, tak ada benda lain dalam fikiran omma melainkan yang kamu ni sedang mengandung." Jawab Puan Park masih teruja.
"Ouh. Patut la omma macam teruja semacam. Seul ingatkan omma seronok bila Seul sakit." Ujar Seul lagi polos dan mendatar.
"Aigoo~ Kenapa la kamu ni lurus sangat kalau bab ni? Mana ada ibu yang seronok bila dapat tahu anaknya sakit." Gumam ibunya geram membuatkan Seul mengekeh suka.
"Mianhae."
"Kamu dah beritahu Josh?" Perlahan Seul mengeleng.
"Kenapa tak call?"
"Tak nak. Seul nal beritahu bila dia dah balik kerja nanti. Seul nak buat kejutan kat dia." Jawab Seul gembira. Memang terpancar di wajahnya bahawa hidupnya bahagia sekarang membuatkan Puan Park sedikit terharu.
"Yalah. Kamu bahagia ke, sayang?"
"Ya, omma. Bahagia sangat." Balas Seul girang.
"Baguslah. Nampaknya, Joshua memang tak sia-siakan harapan omma." Ujar Puan Park lagi bangga dan lega.
"Ya. Kami amat mencintai satu sama lain. Dan kandungan ni la buktinya."
.
.

<U.S>

"Gyu!" Laung Vernon dari arah kafe kampusnya.
"Apa?"
"Tunggu la. Penat aku kejar kau." Omel Vernon seraya menstabilkan nafasnya kembali.
"Haa, apa dia?" Soal Mingyu mendatar seraya memalingkan tubuhnya menghadap Vernon yang masih mengah itu.
"Malam ni kau sibuk, tak?" Soal Vernon setelah nafasnya sudah teratur.
"Tak jugak. Kenapa?" Balas Mingyu seraya membetulkan sisi rambutnya.
"Nak ajak kau lepak. Nak tak?"
"Hmm, boleh jugak. Kat mana?" Soal Mingyu perlahan dengan wajahnya yang tiada perasaan.
"OverNight Club"

★TO BE CONTINUED★

VOTE/LIKE AND COMMENT. KEEP CALM AND READ MY FF. KYAA><♞♞♞♞… SORY.. HAHA.. AKU WAT FF NI TIME TENGAH KALUT.. AKU BACA OUN MELALUT JE.. KIKIKI😌😌😌😌😂😂😂😂🙈💃

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now