γΘυ'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 13◆"Kau okay ke tinggal kat rumah sorang-sorang?" Tanya Seul . Mereka masih di dalam kereta walaupun sudah sampai di hadapan kediaman lelaki itu .
"Aku lelaki. Pandai la aku jaga diri." Balas Joshua bersahaja.
"Kau tinggal dengan Gyu, nak?" Seul cuba untuk mengawal riaknya walaupun masih malu setelah kejadian di dalam panggung tadi.
"Tinggal dengan Gyu?" Soal lelaki itu kembali dan Seul hanya mengangguk.
"Tak nak la. Aku tak nak susahkan keluarga dia."
"Kalau macam tu, tinggal dengan aku." Pintas gadis itu. Joshua mengelengkan kepalanya berkali-kali sebagai jawapan.
"Tak Seul. Aku cuma nak tinggal kat sini. Aku sayang nak tinggalkan kenangan aku dengan omma dekat sini." Tolak lelaki itu lembut. Seul mengeluh perlahan.
"Baik la. Tapi kalau aku ada masa, aku datang jenguk rumah kau ni. Dan masakkan untuk kau." Kata gadis itu dan Joshua tergelak kecil mendengar kata gadis itu yang baginya melucukan.
"Yaa~ Kenapa gelak?" Omel Seul seraya menepuk bahu lelaki itu agak kuat.
"Tak la. Kau betul-betul dah nak bertukar jadi Puan Hong Mirae kau tahu. Kau serupa macam omma aku bila mengomel macam ni." Balas Joshua dan tawanya makin reda dan kedengaran sayup. Seul melihat riak wajah lelaki itu berubah.
"Kau buatkan aku rindu dia ,Seul." Joshua mengedip matanya yang sudah terasa hangat berkali-kali.
"Yaa~ Kau jangan menan~~" kata Seul terhenti tatkala dia merasakan tubuhnya dipeluk erat.
"Terima kasih. " ucap lelaki itu sambil menutup matanya yang sudah basah itu.
"Untuk... Untuk apa?"
"Untuk segalanya. Dari dulu sampai sekarang, kau selalu ada untuk aku." Jawab Joshua.
"Kau kawan aku. Mesti la aku tolong selagi mampu." Seul menggosok lembut belakang badan lelaki itu
"Jadi, tolong jaga aku macam omma aku. Ada untuk aku buat selamanya." Ungkap lelaki itu agak perlahan tapi masih jelas kedengaran di telinga Seul.
"Josh?" Panggil Seul untuk mendapatkan penjelasan. Pelukkan itu dileraikan lelaki itu.
"Kau balik la dulu. Hati-hati kat jalan." Sempat Joshua memberi senyuman nipis sebelum dia keluar dari kereta lantas melangkah masuk ke rumahnya. Seul masih terkebil-kebil dengan ayat yang diungkap lelaki itu tadi.
"Apa maksud dia? Dia nak aku jaga dia macam Hong ajumma? Apa harus aku buat?" Keretanya masih belum berganjak dari kediaman itu dan masih sibuk mengelamun. Telefonnya yang berdering menyedarkannya dari lamunan itu. Lantas dia mencapai telefon itu lalu melihat skrin yang bercahaya itu.
"Gyu?" Seul berfikir untuk menjawab panggilan itu atau tidak. Akhirnya dia memutuskan untuk menjawab sahaja panggilan itu."
"Gyu? " jawab gadis itu.
"Seul kat mana ni? Gyu pergi rumah Seul tadi, omma Seul cakap Seul keluar." Soal Mingyu kerap.
"Ya. Seul keluar. Pergi tengok wayang."
"Tengok wayang dengan siapa?" Soal lelaki itu lagi.
"Sorang." Gadis itu menjawab sepatah. Dia juga berasa bersalah kerana telah menipu lelaki lampai itu tapi dia fikirkan itulah yang terbaik buat masa sekarang.
"Ouh. Kenapa tak ajak Gyu je? Sampai hati pergi sorang-sorang" lelaki itu merenget manja membuatkan Seul tergelak kecil.
"Sorry la. Seul pergi pun mengejut. Nak ajak Gyu, takut ganggu pulak." Gadis itu mencipta alasan.
"Okay la. Lain kali kalau tak ajak Gyu, Gyu nak merajuk sebulan." ugut Mingyu.
"Cepatnya. Cukup ke merajuk sebulan?" Gadis itu mula mengekeh suka mengenakan Mingyu begitu.
"Gyu tambah. Dua bulan."
"Jangan nak mengada la Gyu. Nak merajuk sejam pun belum mampu. Seul tahu la macam mana nak pujuk. Kenal sangat dengan perangai Gyu tu." Kata Seul lagi tidak mahu kalah.
"Yaa~ Park Seul. " jerit lelaki itu di talian. Seul hanya ketawa dengan karenah lelaki itu.
"Dah la. Seul nak memandu ni. Nak balik dah. Layan Gyu, sampai tahun depan tak habis. Seul nak letak telefon ni. Bye." Ucap gadis itu setelah ketawanya reda.
"Ya. Hati-hati pandu kereta tu. Bye sweerheart." Balas lelaki itu dan segera menamatkan panggilan itu. Seul menyimpan telefonnya ke dalam beg galas nya kembali. Matanya beralih ke arah rumah sederhana besar Joshua itu kembali. Fikirannya kembali menerawang.
' Jadi, tolong jaga aku macam omma aku. Ada untuk aku buat selamanya.'
.
.
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...