♣23♣

153 20 3
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 23◆

Joshua mengeliat halus setelah matanya terasa ditusuk cahaya terang dari arah jendela biliknya itu.
"Dah bangun?" Soal Seul lembut lalu terus ke arah suaminya yang masih berbungkus dengan selimut tebal itu.
"Berani awak buka tirai lamgsir tu. Awak dah kejutkan saya dari lena, tahu." Ujar Joshua seraya menarik gadis itu yang sudah bergelar isterinya ke dalam dakapannya. Leher gadis itu dicium lembut dan terdapat kesan merah berkelompok pada leher jinjang yang putih melepak itu. Sudah pasti kesan gigitannya semalam. Seul yang kegelian dilakukan sebegitu memukul dada suaminya yang terdedah itu perlahan.
"Yaa~ Saya dah mandi la. Bangun cepat. Saya dah siapkan sarapan." Suruh Seul sambil menarik lengan lelaki itu agar bangun dari pembaringan tetapi oleh kerana kudrat lelaki tersebut lebih kuat, dia pula yang tertarik terus ke dalam dakapan suaminya kembali.
"Yaa! Hong Jisoo~" panggilnya dengan sebal. Joshua hanya tersenyum dengan matanya masih dikatup rapat.
"Saya suka aroma awak, Puan Hong. Dari dulu." Ungkap Joshua perlahan tepat di telinga gadis itu.
"Ya. Tapi sekarang ni, cepat bangun dan mandi!" Arah Seul lalu ingin bangkit dari pembaringan itu tetapi disambar kuat suaminya kembali.
"Kejap la." Kata Joshua perlahan sambil tangannya sibuk membuka butang kemeja labuh berwarna putih yang tersarung di tubuh kecil isterinya itu.
"Panaskan saya dulu. Mandi pagi-pagi macam ni, agak sejuk." Ujarnya nakal lalu mulutnya mula mengekspos setiap inci di wajah gadis itu lalu perlahan turun ke lehernya pula. Kesemua butang kemeja itu sudah berjaya dibukanya dan sekejap sahaja, baju itu sudah berada di atas lantai.
"Josh~ Mandi du~" ungakapannya tidak dapat diteruskan kerana mulutnya dicium rakus oleh suaminya itu. Dan pada pagi itu, mereka melakukannya lagi untuk kedua kalinya.
.
.

"Noona nak berhenti? Tapi kenapa?" Soal Chanyeol kepada pengurus peribadinya itu yang sudah dianggap seorang kakak baginya. Surat yang dihulurkan wanita itu, diambil lambat.
"Suami noona minta noona untuk berhenti. Katanya, gajinya sudah cukup untuk menampung pembelajaan hidup kami." Jujur wanita yang bernama Jung Taerin itu. Chanyeol mengeluh halus mendengar alasan wanita tersebut.
"Tapi, berat hati saya nak lepaskan pekerja secekap noona. " pujuk Chanyeol lagi. Memang wanita itu sudah berkhidmat di syarikat itu sejak ayahnya yang menjadi mengemudi dan mengurus disitu. Dan Taerin la yang mengajar sedikit sebanyak selok belok hal perniagaan itu kepadanya.
"Maafkan noona Yeol-ah. Tapi, ini permintaan suami noona. Noona tak dapat ingkar." Balas Taerin seraya menunduk. Chanyeol yang memikir sambil memicit kepalanya perlahan, hanya memandang lama kertas yang tertulis 'Surat Meletakkan Jawatan' itu .
"Okay. Surat ni saya terima. Bulan ni bulan terakhir noona akan kerja di sini." utus Chanyeol perlahan. Taerin tersenyum nipis.
"Terima kasih sebab faham noona." Ucap wanita itu ikhlas. Dia senang dengan perangai majikannya itu yang tidak sombong dan boleh diajak bercanda walaupun statusnya yang tinggi. Lelaki lampai itu sudah dianggap adik olehnya. Chanyeol mengangguk perlahan lalu mengukirkan senyuman hambar.
"Terima kasih sekali lagi Encik Park." Ujarnya sambil menunduk hormat.
"Yaa, yaa~ Panggil saya macam tu lagi." Marah Chanyeol perlahan. Dia tidak suka diperlakukan sebegitu. Walaupun dia merupakan majikan, tetapi dia mahu pekerjanya bersikap biasa padanya. Taerin tertawa kecil melihat wajah cemerut pemuda itu.
"Noona keluar dulu ya." Pinta Taerin lembut. Chanyeol hanya melihat pintu kaca lutsinar itu dibuka wanita tersebut dengan pandangan kosong. Segera dia mencapai gagang telefon yang berwarna hitam itu lalu menekan punat yang berangka '2'. Sekejap sahaja, panggilan itu diterima seseorang.
"Ya, Encik Park?" Soal lelaki itu di dalam talian.
"Saya nak ajushi siapkan acara temuduga untuk mencari pengurus peribadi yang baru." Arah Chanyeol dengan teliti.
"Ya. Ajushi akan lakukan dengan segera." Jawab lelaki yang bersuara garau itu tanpa bantahan.
"Ya. Terima kasih." Ucap Chanyeol sebelum meletakkan kembali gagang telefon itu. Sekali lagi dia mengeluh halus lalu terus mencapai pen untuk menandatangan beberapa fail penting tersebut.
.
.

<U.S>

"Hey, man. What Up's?" Tegur lelaki yang berkacukan Korea-Amerika itu. Mingyu menoleh ke arah lelaki yang menegurnya itu kejap lalu kembali mencapai gelas kecil yang berisi minuman keras itu.
"Mangsa baru ke, bro?" Soal Mingyu setelah melihat seorang gadis lampai yang berbangsa asing di samping kawannya itu.
"Lebih kurang macam tu la." Balas lelaki itu bersahaja lalu turut berlabuh di sebelah Mingyu. Gadis yang putih melepak itu duduk dipangkuan lelaki yang bernama Vernon; dengan cara yang mengoda. Mingyu yang melihat peha gadis itu yang terdedah hebat hanya tersenyum sinis.
"Kau ni tak puas-puas rosakkan perempuan." Ujar Mingyu selamba tapi agak sinis.
"Hello~ Mereka yang rela. Bukan aku paksa." cegah lelaki kacukan itu lagi. Mingyu tergelak perlahan. Dentuman kuat musik di dalam kelab malam itu menyebabkan mereka terpaksa bercakap dengan kuat.
"Sebab kau tu sweet talker. Macam mana perempuan tak cair." Balas Mingyu lagi setelah musik yang diputar DJ itu sedikit sentimental.
"Eleh. Kau pun sama lah. Tak payah cakap aku je." Jawab Vernon lalu terus meneguk arak itu perlahan. Berkerut dahinya tatkala menelan minuman keras tersebut.
"Tapi aku tak rosakkan mereka." Balas Mingyu sambil tersenyum ke arah sekumpulan gadis berpakaian seksi yang asyik  memandang ke arahnya. Vernon hanya mencebikkan bibirnya dengan kata lelaki lampai itu.
"Baby. Let's go." Ujar gadis dipangkuannya itu dengan nada mengoda. Mingyu melihat gadis itu dengan pandangan jelek.
"Pergi je la, Ver. Tak sabar sangat aku tengok dia tu." Kata Mingyu seraya mengutuk. Untung sahaja gadis itu tidak memahami ungakapn tersebut.
"Ya. Aku pergi dulu. " balas Vernon lalu terus berdiri diikuti gadis itu. Mingyu menghantar pasangan 'sementara' itu dengan lirikan matanya sahaja. Sekali lagi minuman keras itu disuakan pada mulutnya. Dia mengetap giginya lama bersama matanya yang sedikit berkaca. Gelas kecil itu digengam kemas tangan lebarnya lalu tersenyum sinis.
"Tak guna.! Kenapa aku harus ingat dia lagi? Shit!"
.
.

"Jangan lupa bawa hadiah untuk kami lepas pulang dari sana." Kata Puan Park kepada pasangan muda itu. Mereka sekeluarga ke lapangan terbang untuk menghantar Seul dan Joshua yang akan ke Paris untuk bulan madu mereka.
"Omma nak apa? Handbag? Kasut atau apa?" Soal Seul dengan polos. Joshua dan Chanyeol yang faham maksud sebenar wanita itu, saling berpandangan sambil mengemam bibir menahan tawa.
"Aigoo~ Kamu ni memang nak kena la." omel wanita itu lagi. Seul yang memang tidak memahami maksud tersirat ibunya itu mendongak memandang lelaki di sisinya. Joshua yang melihat gadis itu menaikkan kedua keningnya seperti meminta perjelasan hanya tergelak halus. Perlahan bibirnya didekatkan pada telinga isterinya lalu berbisik sesuatu.
"Hadiah yang dimaksudkan omma tu, ialah... Cucu. Dia nak cucu, sayang. Jadi, kita harus berusaha lebih kuat." Ujar Joshua agak nakal membuatkan muka Seul mula merona merah. Segera dia menyiku lengan suaminya itu perlahan. Mereka bertiga yang mendengar usikan manja lelaki itu juga tersipu malu. Seul memuncungkan bibirnya menahan malu sambil meremas jemarinya.
"Omma kamu ni tak sabar sangat nak cucu." Ujar Encik Park setelah lama berdiam. Dia kurang bercakap tapi sentiasa tersenyum.
"Kami akan usahakannya, appa." Kata Joshua sambil memeluk erat bahu isterinya itu dengan senyuman lebar.
"Baguslah tu. Usaha kuat sikit. Boleh la hyung timang anak saudara dengan cepat ." Acah Chanyeol seraya tergelak lalu menepuk kuat bahu adik iparnya itu.
"Yaa~ Oppa dah patut timang anak sekarang. Bukan lagi anak saudara. Cari la calon isteri cepat." Bahas Seul lantang. Chanyeol mencebik perlahan mendengar omelan adik gadisnya itu.
"Eleh. Biar lah. Lagipun oppa lelaki. Lambat tua." Balas Chanyeol lantang. Belum sempat Seul ingin membalas kata, kedengaran bunyi loceng pengumuman bergema di ruangan tersebut.
'Perhatian kepada semua penumpang pesawat, penerbangan ke Paris akan berlepas sebentar lagi. Diminta semua penumpang masuk ke pesawat sekarang juga. Terima kasih.'
"Dah. Pergi la. Jangan lupa, tahu." Ujar Puan Park lagi. Mereka berdua hanya mengangguk.
"Kami pergi dulu ya,?" pinta Joshua hormat dan mereka mengangguk sekali. Terus sahaja mereka melangkah masuk ke dalam pesawat itu. Mereka bertiga belum pulang malahan melihat pesawat yang dinaiki pasangan muda itu tadi sudah ke udara melalui cermin lutsinar itu. Mereka bersyukur anak gadisnya itu mempunyai suami sebaik Joshua dan berharap agar mereka berkekalan sehingga ke akhirnya.

★TO BE CONTINUED★

MEDIA ATAS TUH.. JOSHUA KENA MARAH KAT GYU.. OMAGOD.. MY CUTIE PIE..😫😱😍😍😍.

🍃MOHON LIKE/VOTE AND KOMEN LORH...😌😌😌😌

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now