γου'яε му םεδτιηγ
●CHAPTER 2●"Anyeonghaseyo" laung Mingyu dan Seul hanya diam berdiri ditepi lelaki lampai itu sambil memegang tali beg silangnya. Mingyu mengetuk rumah rakannya itu lagi. Beberapa saat kemudian, pintu rumah kecil itu dikuak. Kelihatan beberapa kesan lebam dimuka Joshua.
"Yaa, Josh. Kenapa dengan muka kau.?" Seul bertanya sambil tangannya cuba menyentuh kesan lebam itu.
"Jangan sentuh. Sakit." Lelaki itu mengelak dan tersenyum nipis. Gadis itu menurunkan tangannya kembali.
"Masuk lah." pelawa Joshua sambil membuka pintu dengan lebih luas. Mingyu dan Seul hanya menurut dan mereka melihat Puan Hong sedang mengemas rumah yang bersepah seperti baru dimasuki pencuri.
"Kenapa ni Josh?" Tanya Mingyu perlahan supaya tidak didengari oleh ibu rakannya itu.
"Macam biasa. Pengutip hutang tu mengamuk. " lelaki itu tersenyum nipis sambil menunduk. Puan Hong baru tersedar dengan kehadiran mereka.
"Eeh. Mingyu, Seul? Jisoo, kenapa tak jemput kawan kamu duduk." Tegur Puan Hong kepada anak lelakinya.
"Duduk la nak. Maaflah, rumah ajumma selerak sikit." Terkocoh-kocoh dia membersihan kerusi usang itu. Joshua hanya memandang sayu melihat ibunya begitu. Dia terus kedapur untuk membancuh air.
"Gwenchana. Lagipun kami datang ni ada sebab. Ajumma duduk la jugak." Kata Mingyu dan Seul mengangguk. Puan Hong duduk bersimpuh dihadapan mereka.
"Ada apa ,nak?" Tanya wanita itu seperti tiada apa-apa masalah. Sungguh tabah hati Puan Hong walaupun hidup sebegini teruk. Mingyu memandang gadis ditepinya sekilas begitu juga Seul.
"Ni. Mungkin duit ni boleh bantu ajumma dan Joshua." Kata Seul sambil menghulurkan satu sampul berwarna coklat.
"Apa ni?" Tanya Puan Hong pula.
"Buka dulu ajumma." Suruh Mingyu sambil tersenyum. Puan Hong membuka dan mengeluarkan satu kertas seperti cek. Dia melihat isi kandungannya.
"Banyak sangat ni. Ajumma, tak boleh terima." Kata Puan Hong seraya menghulurkan sampul itu kembali.
"Ajumma. Kalau ajumma taknak terima pun, anggap kami bagi pinjam. Ajumma tak kesian ke tengok anak ajumma kena pukul hari-hari? Kami tahu masalah ajumma ." Mingyu cuba untuk memujuk. Wanita itu melihat anaknya yang sedang membuat air didapur dan masih teragak-agak.
"Tapi, ajumma pun tak mampu nak bayar ni. Lagipun kamu berdua dah banyak tolong kami. Segan la ajumma. " kata Puan Hong seraya menunduk.
"Josh pun banyak bantu kami dulu. Saya selalu kena kacau dengan budak nakal. Nak harap Gyu lawan memang tak la. Nasib Josh ada. Jadi, sekarang masa kami untuk bantu dia pula." Seul cuba memujuk lagi.
"Hutang appa dia bukan sikit nak. Dia berhutang dengan ramai orang." Terang wanita itu lagi. Seul segera bangun dan berlabuh ditepi Puan Hong dan memegang tangan wanita itu.
"Ajumma bayar dulu mana yang mampu pakai duit ni. Yang lain, kita cuba ikthiar ya?" Gadis itu mengengam tangan Puan Hong.
"Mana kamu dapat duit ni?" Tanya Puan Hong.
"Abang sulung saya yang bagi. Dia pun kenal Joshua." Jawab Seul jujur. Dia tersenyum.
"Cantiknya kamu ni. Baik pula tu. Terima kasih ya? Ada rezeki, ajumma ganti ya?" Kata Puan Hong seraya menitiskan air matanya.
"Terima kasih ya, Mingyu." Ucap Puam Hong kepada lelaki lampai itu pula. Mingyu hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Macam tu la ajumma. Jangan risau sangat pasal ganti tu. Kami ikhlas." Kata Seul sambil memeluk wanita ditepinya itu.
"Jemput la minum dulu." Pelawa Joshua yang sedang menjulang dulang. Dia menuangkan teh yamg dibancuhnya ke dalam gelas dan diberikan kepada Seul dan Mingyu.
"Terima kasih." Ucap Mingyu. Begitu juga Seul.
"Ajumma nak kemas bilik dulu. Borak la ya?" Puan Hong meminta diri. Mereka bertiga mengangguk.
"Macam mana?" Tanya Joshua dan Mingyu tergelak.
"Mesti la berjaya. Aku dengan Angel kan yang pujuk. Mesti la omma kau termakan." Mingyu berkata lagi dan Seul mencubit peha lelaki itu perlahan.
"Apa Gyu ni. " Seul memberi amaran. Joshua tergelak kecil.
"Macam tak kenal Mingyu kau ni. Manja tak sudah." Joshua mengutuk lelaki didepannya pula. Mingyu hanya mencebik.
"Tak yah buat muka macam tu Gyu. Minum cepat. Nanti sejuk pula. Apa pun terima kasih ya." Ucap Joshua dan Mingyu mengangguk sambil menghirup teh itu.
"Ahh panas!" Mingyu menjerit kecil dan mendesis perlahan.
"Tu la . Gelojoh sangat." Seul dan Joshua tergelak dan tak lama kemudian, Mingyu juga tergelak bersama mereka.
.
."Macam mana dengan Joshua? Omma dia terima tak duit yang oppa bagi tu?" Tanya Chanyeol kepada adik perempuan kesayangannya. Gadis itu hanya mengangguk dan matanya masih pada majalah yang dibacanya.
"Macam tu je jawab soalan oppa?" Kata Chanyeol seraya berlabuh ditepi gadis itu. Gadis itu masih diam. Suka dia mengenakan abangnya itu.
"Diam pula. Okay la." Chanyeol menarik muncung dan berdiri ingin beredar.
"Ee tak malu lelaki merajuk. Haha. Seul gurau je la." Kata gadis tu sambil mengekek suka. Chanyeol kembali ke arah Seul dan mengeletek seluruh tubuh gadis itu. Seul terjerit kecil dan ketawa besar akibat kegelian.
"Oppa. Hajima! Berhenti la. Tak larat dah ni." Seul merayu dan Chanyeol berhenti mengeletek adiknya itu. Dia kembali duduk di sofa itu.
"Padan muka. Kenakan oppa lagi kan? Patutnya omma bagi gelaran Evil kat Seul ni. Bukan Angel." Omel lelaki itu. Park Chanyeol. Abang kepada Seul. Dia bekerja sebagai pengurus besar syarikat ayah mereka sendiri dan bakal mewarisi harta keluarga itu.
"Alah. Biar lah. Jeles la tu." Gadis itu membalas kata sambil menjelirkan lidahnya.
"Oppa tanya ni. Macam mana omma Joshua tu terima duit tu. Bukan ke Seul cakap, omma dia tak akan terima.
"Ala. Ni kan Park Seul. Angel~~ mesti la pandai pujuk. " kata Seul bangga.
"Ee. Park Seul! Sini. Oppa nak cubit pipi budak nakal ni." Chanyeol bangun untuk mencubit pipi gadis itu, dan segera Seul berlari ke arah Puan Park yang sedang menuruni anak tangga rumah agam 2 tinggkat itu.
"Apa bising-bising ni?" Tegur Puan Park dan Seul segera menyorok di belakang ibunya itu.
"Tengok oppa tu. Nak cubit pipi Angel." Adu Seul dan Puan Park tersenyum sambil mengeleng.
"Chanyeol?" tegur wanita itu serata memandang ke arah anak lelakinya itu.
"Seul tu nakal sangat omma. Geram saya." Omel Chanyeol.
"Kamu berdua ni sama nakal. Suka mengusik. Dari kecil sampai besar tak ubah." Kata Puan Park.
"Seul tak apa la. Oppa tu. Sebab tu tak de yeochin. Haha." Sekali lagi gadis itu mengusik Chanyeol.
"Yaa! Bukan tak ada orang nak. Tapi oppa yang tak nak." Getus lelaki itu geram.
"Ye ke? Mengaku la oppa. Tak laku kan?" Usik gadis itu lagi walhal dia tahu abangnya digilai ramai perempuan diluar sana dengan rupa parasnya yang kacak dan yang paling penting; kaya.
"Omma. Tengok tu." Adu Chanyeol pula.
"Park Seul. Dah. Kamu tu perempuan. Jaga tingkah laku tu. " tegur Puan Park lembut. Gadis itu mengangguk sambip menjeling tajam ke arah Chanyeol yang sudah mengekek suka.
"Esok sekolah kan? Dah pergi tidur." Suruh wanita itu dan Seul terus beredar ke biliknya.
"Chanyeol. Kamu pun. Esok kerja. Pergi rehat." Suruhnya kepada Chayeol pula dan lelaki lampai itu mengangguk faham.
.
."Josh. Ada orang serang rumah kau lagi?" Tanya Mingyu sambil mengunyah rotinya.
"Yang hari tu, dah tak ada. Cuma ada la beberapa orang lagi yang datang minta." Kata Joshua selamba. Lebam dimukanya sudah baik tapi masih kelihatan.
"Muka kau dah okay? Nampak lagi lebam tu. Sakit tak?" Tegur Seul pula.
"Okay la sikit. Kau nak rawat ke?" usik lelaki itu sambil menaikkan kening kanannya.
"Ya. Aku dah siap bawa ubat tau. Aku beli kat farmasi semalam." Kata Seul sambil mengeluarkan ubat dan beberapa kapas dari plastik.
"Sini." panggil Seul dan Joshua mendekatinya dan duduk didepannya.
"Kau sediakan semua ni? Daebak." Joshua tergelak kecil.
"Diam la." Marah Seul dan menuangkan sedikit ubat pada kapas dan menyapu di luka pada muka lelaki itu. Joshua mendesis perlahan.
"Sakit?" Tanya Seul. Joshua tidak memberi respon.
"Aku tanya ni Hong Jisoo!" bentak gadis itu perlahan.
"Tak. Sebab Angel yang rawat aku. Mana boleh sakit." Gurau Joshua dan Seul tersenyum nipis.
"Mengada." Mingyu tersenyum melihat gelagat rakannya itu.
"Yaa~ korang lupa aku kat sini." Tegur Mingyu dengan nada sedih yang dibuat-buat.
"Gyu. Seul tak lupa la. Josh yang mengada." Kata Seul sambil menampalkan plaster pada kesan luka itu. Joshua hanya diam. Tapi tersenyum nipis.
"Aku nak kerja la." Kata Joshua tetiba.★TO BE CONTINUED★
●KORANG NAK AUTHOR BUAT JOSHUA KERJA ATAU TAK?? HAHA. BAGI PENDAPAT PLEAS??
●KORANG SHIP MINSEUL ATAU JOSEUL? CEPAT-CEPAT. SEBAB AUTHOR DAH START NAK SHIP JOSEUL JE NIH. HEHEXD. *EVIL LAUGH*😏👿👿
●VOTE/LIKE AND COMMENT YA~~ KAMSAHAMNIDA.
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...