γΘυ'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 20◆"Yeoboseyo." Sapa Seul setelah menjawab panggilan tersebut.
"Ini Cik Park Seul ke?" Soal seorang gadis di dalam talian itu.
"Ya, saya."
"Saya dari kedai kad undangan yang cik datang tempoh hari. Saya telefon ni cuma nak beritahu yang tempahan kad undangan yang cik tempah, dah siap." Ujar gadis itu ramah.
"Ya? Tak apa la. Esok saya datang ambil. Terima kasih." Jawab Seul dengan senyuman nipis.
"Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa, saya letak dulu."
"Nae." Terus sahaja panggilan itu ditamatkan. Jemari Seul ligat menekan skrin yang bercahaya itu.To: Josh♥
'Yaa~ Kad undangan tu dah siap. Esok kita pergi ambil, ya?👌'
Send! Seul menunggu pesanannya dibalas sambil mengigit-gigit kukunya. Beep!From: Josh♥
'Ya. Esok kita pergi ambil. Lepas tu, kita terus jumpa Gyu. Nak😊🙆?'
Seul sedikit termenung dikala nama lelaki lampai itu disebut. Jemarinya ligat membalas pesanan itu.To: Josh♥
'Okay. Awak dah telefon Gyu? Atau nak saya yang telefon dia😶?'
Send! Dan beberapa saat kemudian, Beep!From: Josh♥
'Terserah awak.😌'
Seul mengendus perlahan dengan jawapan bakal tunangnya itu.To: Josh♥
'Okay. Saya akan call dia nanti.💁'
Beep!From: Josh♥
'Okay, sweetheart💞😘😘'
Seul tersenyum nipis membaca pesanan itu dan tidak membalasnya lagi. Jemarinya sibuk mencari nombor telefon Mingyu untuk mendailnya. Sekejap sahaja, telefon sudah ditekup pada telinganya menunggu panggilan dijawab lelaki itu. Beberepa saat kemudian, kedengaran suara yang agak garau di talian.
"Seul?" Sapa Mingyu di talian.
"Ya. Tak kan Chanyeol oppa pulak." Balas Seul bersama gelakkan halus.
"Mana la tahu, hyung main-main telefon Angel." Balas Mingyu tidak mahu mengalah.
"Aisy~ Mana boleh dia main telefon Seul. Seul tak akan sesekali benarkan dia sentuh barang privacy Seul, tahu." Omel Seul membuatkan Mingyu tergelak kecil.
"Kenapa call ni? Nak ajak keluar?"
"A'ah. Esok Gyu free tak?" Soal Seul tanpa berbasa-basi lagi.
"Untuk Seul, Gyu selalu free." Balas Mingyu bersahaja membuatkan hati Seul gundah tanpa disedarinya.
"Okay la. Kita jumpa tempat biasa, ya? Pukul 3.30 p.m." kata Seul.
"Okay. Gyu tunggu kat sana." Balas Mingyu agak teruja.
"Okay la. Seul letak dulu ya? Dah mengantuk ni. Selamat malam." Ucap Seul lembut.
"Ya. Selamat malam. Tidur lena tau." Balas Mingyu dengan ucapan juga. Terus panggilan itu ditamatkan oleh Seul. Mingyu berbaring lurus dengan senyuman lebar. Telefon itu ditekap pada dada bidang nya.
"Tak sabar nak jumpa Seul esok."
.
."Terima kasih." Ucap Joshua kepada penjaga kedai kad undangan itu sebelum beredar keluar menuju ke keretanya. Seul hanya tunggu di dalam kereta itu memandangkan urusan itu tidak lama.
"Dah?" Soalnya sepatah. Joshua menghulurkan sejumlah kad undangan itu kepadanya.
"Cantik." Puji Seul setelah melihat keseluruhan kad undangan yang ditempah mereka tempoh hari.
"So, kita nak jumpa Gyu kat mana ni?" Soal Joshua seraya tangannya sibuk mengendalikan stereng kereta mewah itu.
"Tempat biasa." Jawab Seul dengan pandangannya dihala ke hadapan. Fikirannya masih ligat memikirkan Mingyu. Entah kenapa, dia begitu berdebar untuk berhadapan lelaki lampai itu dengan status baharunya dengan Joshua.
"Josh." Panggil Seul agak perlahan.
"Hmm?" Sahut Joshua dengan deheman kecil.
"Agak-agak apa reaksi Gyu bila tahu kita nak bertunang?" Joshua tersenyum hambar dengan soalan kekasihnya itu.
"Sebagai sahabat, dia mesti gembira. Mungkin?" Balas Joshua bersahaja. Seul tersenyum nipis mendengar jawapan lelaki itu.
"Saya harap pun macam tu la." Suasana menjadi sepi dengan fikiran masing-masing.
"Dah sampai." Ujar Joshua memecahkan keheningan itu. Terus tali pinggangnya dibuka diikuti Seul. Mereka menuju ke cafe yang dijanjikan bersama sekeping kad undangan yang baru siap ditempah itu untuk diberikan kepada Mingyu.
"Tu, Gyu. Awak pergi la dulu. Saya nak ke tandas sekejap. Nanti saya menyusul." Kata Joshua sebelum ke tandas dan Seul hanya mengangguk walaupun dia sedikit gentar untuk pergi berseorangan.
"Hey." Sapa Seul membuatkan Mingyu berpaling lalu tersenyum.
"Hey. Duduk la. Dah pesan?" Balas Mingyu dengan senyuman masih dibibirnya. Perlahan dia mengeleng dengan pertanyaan lelaki itu. Entah mengapa, Seul berasa bersalah dengan senyuman tersebut. Dia mengharapkan rasa bersalahnya itu segera diseka jauh.
"Waiter." Panggil Mingyu sambil memetik jari. Segera seorang pelayan lelaki datang menghampiri meja yang diduduki mereka.
"Pesan, encik?" tanya pelayan itu ramah.
"Iced Americano, dua." Pesan Seul dan pelayan itu mengangguk sambil mencatat pada buku kecil dipegangannya. Mingyu memandang gadis itu pelik.
"Ada lagi?" Soal pelayan itu kembali. Seul segera mengeleng sambil tersenyum. Terus sahaja pelayan itu beredar untuk menyiapkan pesanan itu.
"Kenapa dua?" Soal Mingyu seraya menghirup minuman sejuknya.
"Sebab J~"
"Hey, Gyu." Sapa Joshua seraya menepuk bahu lelaki lampai itu membuatkan Seul tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
"Hey." Balas Mingyu agak mendatar dan tersenyum kekok kepada Joshua. Joshua terus berlabuh di sebelah Seul.
"Dah pesan untuk saya?" Bisik Joshua tapi masih didengari Mingyu. Gadis itu cuma mengangguk perlahan.
"Seul tak cakap pun nak datang dengan Josh." Kata Mingyu dengan nada tertahan-tahan. Riak wajahnya juga dikawal sebaik mungkin. Hatinya tak habis-habis meminta agar tidak terjadi sesuatu yang akan mengecewakannya.
"Seul lupa. Maaf." Balas Seul sedikit gugup. Dia dan Joshua saling berpandangan.
"Sebenarnya~"
"Ini dia pesanan, cik." Percakapannya terhenti sekali lagi dengan kehadiran pelayan itu.
"Terima kasih." Ucap Joshua sambil tersenyum. Pelayan itu mengangguk lalu beredar dari situ. Seul menghirup minuman sejuk itu perlahan; membasahkan tekak keringnya.
"Sebenarnya apa, Seul?" Soal Mingyu kembali. Seul mengeluarkan sekeping kad undangan itu lalu menghulurkan kepada Mingyu.
"Apa ni?" Soal Mingyu agak berdebar.
"Buka la." pinta Joshua dan juga berasa bersalah pada sahabatnya itu. Segera Mingyu membuka kad undangan yang bersampul putih itu.KAD UNDANGAN PERTUNANGAN
PARK SEUL ♥ HONG JISOO"Tahniah." Ucap Mingyu perlahan dan menyimpan kad undangan itu ke dalam beg sandangnya. Dia masih tidak membaca keseluruhan isi kad itu kerana hatinya sungguh hancur.
"Terima kasih. Aku nak kau datang sebagai tetamu terhormat kami." Balas Joshua sambil tersenyum. Dia tahu perasaan lelaki itu pasti terluka. Tetapi dia juga tak mampu menepis perasaan cinta yang membuak terhadap gadis itu.
"Pasti." Jawab Mingyu sambil tersenyum yang dibuat-buat. Seul yang melihat senyuman itu hanya mampu menarik nafas lega. Dia masih tidak memahami isi hati lelaki lampai itu yang sebenar. Joshua memandang Mingyu dengan lirikkan matanya.
'Maafkan aku Gyu. Aku tahu kau kecewa. Aku tahu.'
.
."Gyu." Panggil Puan Kim setelah melihat anak terunanya itu melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
"Ya, ma?" Sahut Mingyu lalu menapak ke arah ibunya itu dan terus mencium kedua belah pipi wanita itu kejap seperti kebiasaannya.
"Pergi mana tadi?"
"Jalan-jalan kejap." Balas Mingyu malas dan berlabub di sofa panjang itu.
"Ouh." Balas Puan Kim sepatah.
"Appa belum balik?" Soal Mingyu sekadar berbasa-basi.
"Belum. Nanti balik la." Jawab wanita itu dan Mingyu hanya mengangguk faham.
"Gyu." Panggil Puan Kim lagi.
"Hmm?" Balas Mingyu dengan hanya deheman kecil.
"Kamu dah fikir apa yang kita bincangkan tempoh hari?" Soal Puan Kim lagi.
"Pasal pergi U.S tu?" Wanita itu mengangguk laju.
"Gyu ikut." Jawab Mingyu tenang. Puan Kim melihat anaknya tanpa berkedip.
"Betul Gyu nak ikut? Omma ingatkan Gyu tak nak sebab Se~"
"Belajar kat sana lagi elok. So, untuk masa depan Gyu, apa salahnya Gyu korbankan sedikit masa." Pintas Mingyu. Wanita itu hanya mengangguk faham.
"Okay la kalau kamu fikir macam tu." kata Puan Kim dengan senyuman manis.
"Gyu naik dulu. Nak rehat." Pinta Mingyu hormat dan Puan Kim hanya mengangguk. Terus sahaja Mingyu naik ke biliknya dan pintu itu dikunci rapat. Belakang badannya bersandar pada permukaan pintu itu. Kepalanya didongak sambil matanya dipejam. Perlahan cecair hangat membasahi pipinya.
"Aku cintakan kau, Seul. Kenapa kau buat aku macam ni?" dia masih lagi menangis dan mencapai kad undangan di dalam beg sandangnya. Lama dia merenung kad itu sehingga beberapa titis air mata tertitis di permukaan kad itu.
"Jadi, apa yang aku sangka selama ni, betul?" Soalnya sendirian. Dan dia menjawab soalannya sendiri dengan angukkan.
"Ya. Semuanya betul. Argh!!" Kad undangan itu diremuknya. Matanya sudah kemerahan menahan perasaan sedih, kecewa, marah dan semua menjadi satu. Dia meraup mukanya kasar. Masih terbayang melihat pasangan yang bertemunya petang tadi.
"Kau buat aku kecewa, Seul."
.
."Josh." Panggil Seul lembut sambil menyandarkan kepalanya pada dada lelaki itu. Selepas pulang dari bertemu Mingyu, mereka mengambil angin di sebuah tasik yang tenang itu.
"Hmm?" Balas Joshua dengan deheman kecil. Tangannya sibuk mengusap bahu gadis kesayangannya itu.
"Awak dah berhenti kerja?" Soal Seul perlahan. Matanya mulai berat tapi masih ditahannya. Dia berasa selesa berada dalam pelukkan kekasihnya itu.
"Dah. Dan hutang appa saya pun dah nak habis." Jawab Joshua tenang.
"Ya?" Seul tersenyum dengan matanya sudah tertutup.
"Ya, sayang."
"Yaa~" panggil Seul perlahan.
"Apa." sahut Joshua sambil mencium ubun-ubun gadis itu lembut.
"I love you." Ungkap Seul dan Joshua tersenyum dengan ungkapan gadis itu walaupun semakin tenggelam.
"I love you too." Balas Joshua dan tiada lagi sahutan gadis itu.
"Dah tidur? Macam budak kecil." Kata Joshua setelah melihat gadis itu sudah terlena dalam pelukkannya. Perlahan dia mencepung gadis itu lalu di bawa ke kereta. Perlahan kereta itu meluncur pulang ke rumah.★TO BE CONTINUED★
◆SEMALAM AKU DETACT 4 ORG MASUKKAN FF NI DALAM RL DORG.. WTF!! X DE SEBARANG VOTE KAU TAHU.. 😒😒😒😌. SAMPAIKAM AKU MENGADUNKAT SENPAI AKU NAK MOVE ON JADI AUTHOR. PERIT HATI AKU SIOT.. 😣😣😣😣😣😒
◆LIKE/VOTE DAN COMMENT KALAU RASA NAK..
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...