♣17♣

110 26 4
                                    

γΘυ'яз му םεδτιηγ
◎CHAPTER 17◎

"Omma...." seru Joshua sambil tangannya mengosok pusara mendiang ibunya perlahan.
"Saya dah berjaya, omma. Saya dah buktikan yang saya mampu berjaya walaupun terpaksa kerja." Kata Joshua sebak. Tangannya ligat mengambil kertas keputusan di dalam beg sandangnya lalu dihalakan ke hadapan, kononnya menunjukkan keputusan itu kepada ibu kesayangannya walaupun secara realiti, ianya hanya sia-sia.
"Saya berjaya, omma. Berjaya banggakan omma sepertimana yang omma impikan selama ni." Ujar lelaki itu sekali lagi dengan air mata yang sudah merembes keluar dengan pantas. Dia kembali melihat keputusannya dan tersenyum hambar setelah menyeka airmatanya.
"Keputusan kau lagi elok dari aku dan Gyu." Tegur seorang perempuan dari belakang. Joshua segera berpaling ke arah suara itu lalu menyembunyikan kertas keputusan itu dibelakang badannya.
"S...Seul? Kau buat apa kat sini?" Soal Joshua agak gugup.
"Aku ikut kau sebab aku tak puas hati dengan perangai kau tadi." Tegas gadis itu dengan wajah yang muram. Joshua segera mengalihkan pandangannya ke arah lain dan terdiam seribu bahasa.
"Buat apa nak sorok lagi? Aku dah tahu pun." Sambung Seul dan berjalan merapati lelaki itu.
"Apa alasan kau kali ni?" Tanya gadis itu sambil menyilangkan kedua lengannya kebawah dada.
"Alasan apa?" Soal lelaki itu kembali dan menoleh tepat ke arah Seul.
"Alasan kau tipu aku dan Gyu pasal keputusan kau ni la!" Seul mulai berang dengan sikap lelaki dihadapannya kini. Sekali lagi Joshua mengalihkan pandangannya dari terus menatap gadis itu.
"Sebab aku rasa tak penting. Kalau keputusan aku elok pun, aku tetap tak dapat nak sambung pelajaran aku. " jujur Joshua dan menunduk kesal.
"Kenapa ka~"
"Aku miskin, Seul. Tak kaya macam kau dan Gyu. Aku mana ada duit nak tanggung pelajaran aku. Hutang pun aku belum habis bayar." pintas Joshua dengan kesal dan sedih. Dia juga malu harus jujur begitu di hadapan gadis itu. Seul hanya terdiam mendengar luahan lelaki itu dan lirikannya beralih ke arah pusara mendiang Puan Hong agak lama. Dia amat faham apa yang dialami Joshua kini. Dia memejam matanya kejap.
'Sayangi dia, Seul. Gantikan tempat ajumma....'
"Aku tak mampu nak~"
"Kahwin dengan aku, Josh. Kita sambung belajar bersama." Kata Seul pantas dengan pandangannya tepat ke arah lelaki itu. Joshua sedikit tersentak dengan kata-kata gadis itu tadi.
"Ap...Apa kau cakap?" soal Joshua kembali dengan dahinya yang berkerut tidak percaya.
"Kahwin dengan aku. Hidup dengan aku. Ini takdir kita." Ulang Seul dengan lebih terperinci.
"Kau.... Kau serius ke ni?" Joshua masih memerlukan penjelasan yang lebih tepat dengan kata-kata mengejut gadis itu.
"Ya. Aku serius. Kahwin dengan aku, Hong Jisoo."
.
.

"Kenapa aku rasa kau makin jauh dengan aku, Seul?" Soal Mingyu sendirian sambil membelai foto gadis itu di telefonnya. Kepalanya disandarkan pada kepala katil bersama keluhan berat. Sekali lagi ajakannya tadi ditolak Seul. Mereka makin jarang bersama.
"Kau dah berubah. Kau macam nak lari dari aku. Aku betul-betul cintakan kau. Aku tak nak perempuan lain selain kau." luah lelaki lampai itu lagi berseorangan di dalam kamar yang luas itu. Dia membuka laci bersebelahan katil itu dan membelek album gambarnya bersama Seul dan juga Joshua satu per satu. Setiap keping gambar yang mempamerkan dirinya dan juga gadis itu mesra bersama, setiap kali itu la tangannya sibuk membelai gambar itu dengan perasaan rindu yang membuak di dalam dadanya.
"Aku rindu nak mesra macam ni dengan kau. Aku rindu Angel aku yang dulu. Kau berubah sejak.... Sejak Aunty Hong meninggal." Keluh Mingyu lagi. Dan dia terfikir sesuatu disebalik kata-katanya tadi.
"Atau... Seul dan Josh?...... Aisy~ Tak mungkin la." Segera dia menepis sangkaan buruk itu dari mindanya.
"Gyu~ Turun makan, sayang!" Laung Puan Kim dari ruangan bawah. Segera Mingyu turun dari katil itu lalu ke muka pintu. Dia cuba melupakan sangkaan itu dan harap semua itu cuma khayalannya sahaja.
"Ya, omma!. Saya turun ni."
.
.

"Sayang~ Kenapa kamu termenung ni? Keputusan kamu kan bagus. Kenapa nampak macam susah hati je ni?" Tegur Encik Park terhadap anak gadisnya itu. Chanyeol dan ibunya segera menoleh ke arah Seul.
"Hmm?" Seul menelan payah liurnya untuj menjawab soalan ayahnya itu. Memang fikirannya kini sedang terfikirkan hal yang dikatakannya pada Joshua petang tadi.
"Ha'ah. Kenapa ni? Seul tak sihat ke?" Tanya Chanyeol pula dan semua berhenti menjamah makanan; menunggu jawapan gadis itu.
"Seul..... Seul...." Seul masih teragak-agak untuk memberitahu keluarganya hal itu.
"Ya? Seul, kenapa?" Soal Puan Park pula dengan senyuman nipis.
"Seul.... Seul nak kahwin." Terus sahaja dia menunduk setelah menuturkan kata itu. Dia takut untuk berhadapan dengan mereka. Lama , suasana menjadi sepi setelah dia mengeutarakan hal itu. Hatinya mulai gundah dan berdebar takut-takut mereka akan memarahinya. Sangkaannya meleset setelah mendengar tawaan halus Encik Park.
"Dengan siapa kamu nak kahwin ni?" Soal lelaki tua itu dengan deheman kecil.
"Jo..Joshua." balas gadis itu sepatah dan terus menunduk lagi . Dia masih takut jika keluarganya tidak setuju.
"Dengan Josh? Oppa ingat dengan Gyu." sampuk Chanyeol pula setelah lama berdiam. Seul pula masih diam; tidak menjawab sampukan abang sulungnya itu.
"Yeol~" tegur Encik Park sedikit tegas  apabila lelaki lampai itu bercakap kurang sopan.
"Maaf, pa." Ucap Chanyeol kesal. Dia kembali menoleh ke arah adik kesayangannya itu. Begitu juga Puan Park.
"Tak apa. Makan dulu. Lepas ni, kita bincang." utus Encik Park dan terus menyambung jamahannya. Semua kembali menjamu selera semula seperti biasa.
.
.

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now