γΘυ'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 10◆"Apa yang Gyu buat tadi huh?" Seul yang masih hairan dengan perasaan nya juga perasaan lelaki itu. Dia masih mengelamun seraya mengigit-gigit kukunya. Deringan telefonnya dia atas meja berhadapan dengan sofa yang diduduknya mengalihkan perhatiannya. Segera dia menjawab panggilan itu setelah mengenal pasti siapakah gerangan yang menelefonnya itu.
"Yaa~ Josh? Kenapa call aku ni?" Tanya Seul dengan lembut. Sempat dia mendengar keluhan berat dari lelaki itu di talian.
"Seul.... Kau kena tolong aku. Jeball~ Tolong aku." Balas Joshua dengan nadanya yang sedang kusut.
"Kejap. Bertenang. Cakap perlahan. Kau kenapa ni.?" Gadis itu meminta kepastian.
"Omma aku.. Omma aku tak sedarkan diri ni. Tolong ambil aku dan hantar omma aku ke hospital sekarang." Gesa Joshua. Memandangkan hospital agak jauh dari kediamannya, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan kecemasan daripada gadis itu. Ingin sahaja dia mendukung ibunya itu dan segera dibawa ke hospital; tetapi itu mustahil kerana jarak yang tidak mengizinkan. Jika menelefon ambulance juga agak lambat untuk sampai ke hospital.
"Tenang Josh. Sekarang aku~" belum sempat dia menghabiskan katanya, dia mendengar deruman enjen kereta milik abangnya di perkarangan rumah besar itu.
"Kejap Josh." Pinta Seul dan terua ke muka pintu. Kelihatan ibu bapa serta abangnya pulang tepat daripada waktunya. Dia menekapkan telefon ke telinganya kembali.
"Kau tunggu aku Josh. Aku gerak ke rumah kau sekarang." Balas gadis itu dan terus menamatkan panggilan. Dia segera naik ke biliknya dan mengambil barang yang patut lalu dia bergegas turun ke bawah semula. Tergopoh-gapah gayanya memakai kasut lalu pergi ke arah Chanyeol yang baru ingin menutup pintu kereta mewahnya itu.
"Seul? Kamu nak ke mana gaduh-gaduh ni? " tegur Encik Park setelah melihat anak gadisnya sedang tergesa sesuatu.
"Eoh appa! Saya nak ke rumah Josh. Emergency appa. Omma dia tak sedarkan diri tu. " balas gadis itu juga acuh tak acuh. Yang penting sekarang dia harus ke rumah sahabatnya itu.
"Oppa! Palli kajja! Kita ke rumah Josh sekarang." Arah gadis itu . Chanyeol yang masih berpinga hanya menurut kata adiknya itu. Segera dia ke tempat pemandu semula dan menghidupkan enjen. Puan Park dan Encik Park saling berpandangan.
"Kenapa ni Seul?" Tanya Chanyeol setelah dia memulakan perjalanannya ke rumah Joshua.
"Laju sikit oppa. Nanti oppa tahu la." Gesa gadis itu lagi . Chanyeol hanya mengangguk dan menekan pedal minyak untuk menambah kelajuannya.
.
."Omma? Bangun la. Kenapa omma tak bagitahu ubat dah habis?" Joshua sudah berapa kali menjenguk ke luar untuk memastikan kehadiran gadis itu. Deruman enjen kereta kedengaran. Lantas sahaja dia memapah ibunya ke kereta mewah itu setelah mendengar suara Seul memanggilnya.
"Hyung. Boleh cepat tak?" Pinta Joshua dengan sopan setelah dia berjaya memapah wanita itu ke tempat duduk belakang bersama dirinya.
"Ya. Sabar okay." Jawab Chanyeol dan terus menuju ke hospital dengan segera.
.
."Kau jangan la risau sangat Josh." Seul mengosok lembut bahu sahabatnya itu supaya lelaki itu bertenang. Chanyeol diminta pulang dahulu oleh Seul setelah menghantar mereka tadi. Dia tahu abangnya mungkin kepenatan seharian bekerja tambahan pula baru selesai menghadiri majlis keramaian.
"Terima kasih. Maaf aku dah susahkan kau." Ucap Joshua kesal.
"Tak Josh. Langsung tak susahkan aku." Seul tersenyum ikhlas dan Joshua turut membalas senyuman itu.
"Siapa waris kepada Puan Hong Mirae?" Tanya seorang doktor lelaki yang berkaca mata berumur lingkungan 40-an. Joshua yang mendengar pertanyaan itu segera bangkit dari kerusi itu.
"Saya. Saya anak dia."
"Saya minta maaf. Ibu kamu peluang untuk hidup agak tipis. Ini kerana jantungnya gagal berfungsi dengan baik. Dia memerlukan jantung baharu tapi jantung amat terhad dan sukar nak dapatkan penderma. Jadi, saya minta maaf sekali lagi. " ucap doktor lelaki itu dengan wajah yang kesal.
"Tapi.. Tapi tak kan la cuma tak makan ubat sampai boleh macam ni.?" Tanya Joshua yang tidak mengerti.
"Ubat? Boleh saya tengok ubat yang omma makan tu?" Pinta doktor itu. Segera Joshua mengambil botol ubat itu dari beg galas tepinya lalu menghulurkan kepada doktor itu. Doktor itu menurunkan sedikit kaca matanya untuk membaca tulisan yang terdapat pada botol ubat itu.
"Maaf. Tapi ubat ni memang tidak sesuai dengan jantungnya. Fungsi ubat ini hanya menghilangkan sakit untuk sementara sahaja. Jujur saya cakap. Kondisi jantungnya memang tidak boleh diubati lagi." Terang doktor itu dan Joshua tertunduk sedih.
"Kalau kamu nak lawat omma kamu. Silakan. Selagi ada masa." Doktor itu memberi kebenaran dan menepuk bahu Joshua sebelum beredar pergi.
"Kau dengar tak Seul? Omma bakal tinggalkan aku huh?" Seul yang mendengar perbualan Joshua dan doktor itu masih berdiam. Dia sedih melihat keadaan sahabatnya yang teramat kusut.
"Aku nak pergi lawat omma aku dulu." Kata Joshua dan gadis itu hanya mengangguk. Joshua terus masuk ke bilim wad dimana ibunya ditempatkan. Dia melihat tubuh wanita itu dipenuhu wayar sana sini dan juga bunyi mesin yang berlegar di ruangan bilik itu. Dia menapak mendekati ibunya itu dengan lingangan air mata.
"Omma." Segera lelaki itu menangis disisi wanita itu.
"Maaf kan saya omma. Saya buat omma sakit hati tapi saya cuma nak tolong omma. Saya kesian tengok omma sentiasa kerja keras siang malam." Tangis lelaki itu makin menjadi-menjadi. Seul yang mendengar disebalik pintu itu hanya mampu menyela air matanya.
"Jisoo-ah? Jan...gan menangis." Kedengaran suara Puan Hong yang lemah. Segera Joshua memandang ibunya itu. Tangan tua wanita itu dicapainya lalu dicium berulang kali.
"Omma jangan tinggalkan saya. " pinta lelaki itu sayu. Puan Hong hanya tersenyum pahit. Dia juga tahu yang dia bakal pergi meninggalkan anak lelaki kesayangannya itu. Walhal sengaja dia merahsiakan tentang kondisi jantungnya yang sudah diketahuinya terlebih awal lagi daripada lelaki itu.
"Omma maafkan kamu sayang. Maafkan omma .... Kalau.. Kalau omma tak dapat bagi kehidupan yang baik untuk kamu selama ini." Dia bertutur dengan payah seraya tangannya ligat menyeka air mata Joshua. Lelaki itu mengeleng laju sambil memegang tangan wanita itu dipipinya.
"Tak omma. Saya yang patut minta maaf. Omma la wanita yang paling hebat dalam dunia ni. Saya sayang omma. " ucap lelaki itu dengam sebaknya.
"Ya? Leganya omma dengar." Bibir kering Puan Hong itu mengukirkan senyuman manis untuk anaknya itu. Mungkin untuk kali terakhir. Air matanya juga turut menitis.
"Omma minta maaf rahsiakan hal ni daripada kamu. Omma tak nak kamu risau dan jejaskan pelajaran kamu." Jujur wanita itu dan walaupun Joshua agak kesal selama ini ibunya berahsia dengannya, dia tetap mengangguk dan memaafkan wanita itu.
"Ya omma. Saya maafkan. " kata Joshua lagi.
"Kamu datang dengan Seul?" Tanya Puan Hong tiba-tiba. Joshua hanya mengangguk.
"Boleh.. Boleh kamu panggilkan dia untuk omma?" Oksigen yang dipakai menutupi hidung dan mulutnya menyukarkan percakapannya. Segera Joshua keluar dari bilik itu.
"Seul. Omma aku nak jumpa kau. Jom masuk." Ajak Joshua. Jelas kelihatan mata lelaki itu makin sembab akibat banyak menangis. Seul hanya membuntuti lelaki itu masuk ke bilik wad itu semula.
"Ajumma?" Sapa Seul seraya mencium pipi wanita itu. Mata Puan Hong semakin memberat.
"Jisoo. Boleh tinggalkan omma bercakap dengan Seul berdua sekejap?" Pinta Puan Hong. Walaupun Joshua keberatan tapi dia terpaksa menuruti permintaan ibunya. Segera dia keluar dari bilik itu. Kini hanya tinggal Seul dan Puan Hong sahaja.
"Seul?" Panggil Puan Hong dan menghulurkan tangannya dengan payah supaya gadis itu memegang tangannya. Segera gadis itu mencapai tangan lemah Puan Hong itu lalu digengam kemas.
"Boleh ajumma minta sesuatu?" Pinta wanita itu lagi. Nafasnya juga sudah tidak teratur dan berat.
"Ya ajumma. " balas Seul. Dapat dia rasakan nadi Puan Hong sudah mahu ke kemuncaknya melalu mesin di hadapannya itu.
"Janji dengan ajumma. Ni amanah terakhir ajumma."★TO BE CONTINUED★.
●OMG!! 😱😱 SCENE MINGYU AGAK SAMAR DALAM PART NI.. HUHU. SORRY YA FOR BIAS HUSB GYU AKU.. HAHA. NAK KU PANJANGKAN UMUR PUAN HONG? TIDAK KU MAMPU BUAT SEBEGITU😔😔😌😌. MAAFKAN AKU TEMAN-TEMAN. MAYBE KORANG DAH DAPAT AGAK ANN??😀😀😂😂. SO AKU TAK TAHU LA MACAM MANA REAKSI KORANG UNTUK CHAP NI SEBAB CUMA DALAM MASA SETENGAH JAM AKU SIAPKAN PART NI. SO MAYBE MENGARUT KOT..!! 😣😣😣😛. TERKEJAR MASA NAK BUAT KERJA SENANYA TAPI JARI NI DUK GATAL NAK MENAIP JUGAK. HAHA. NAMPAK TAK AKU SAYANG KORANG??😍😍😍😞😞😞😢. TAPI TAK TAHU LA KORANG SAYANG TAK AUTHOR NI??🐙🐙🐙. MAYBE BANYAK HATERS JE KOT??😳😳😳😚. HAHA. MAYBE?
●VOTE/LIKE AND COMMENT.
YOU ARE READING
You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]
Romance'Kalau kau pilih dia, kau akan menyesal seumur hidup kau! Ingat itu!' Dengan rasa dendam yang mengusai diri, dapatkah dua hati ini bersatu dan bahagia selamanya? Cast Kim Mingyu as Mingyu Hong Jisoo as Joshua Park Seul as Seul/Angel ★γου'гε му םεδτ...