Aku mengambil hand phone yang berada di dalam poket seluar. Aku hidupkan. Haries melihat perbuatanku sekilas. Tangannya sedang menyabun kakiku."What!" terkejutku melihat notification board.
"Kenapa cik?" Haries berwajah hairan.
"Kawan aku call".
158 panggilan tidak berjawab. Aku menghidupkan wifi. Ada whatsapp dari Tuan Shirotani. Dia hantar gambar. Wowow! Janganlah dia hantar gambar tak senonoh dia dahlah. Aku download gambarnya.
Tubuhku serta merta menggigil. Lidahku terkelu. Tuan Shirotani hantar gambar aku tengah main bola jaring dengan Haries. Ni bahaya! Macam mana kalau ada apa-apa perkara buruk berlaku pada Haries?! Argh! Aku bodoh! Patutnya aku iakan aja bila Tuan Shirotani kata nak jumpa aku. Bahaya ni! Macam mana kalau dia tahu Haries ni bodyguard aku? Habislah nyawa Haries. Bodohnya aku!
"Cik!"
"Arghh!!"terkejutku apabila bahu disentuh.
"Cik okay tak? Cik sihat tak? Muka cik pucat je ni," Haries menilik mukaku risau.
'Awww! He so cute and handsome plus he care about you. That all woman need'.
'Shut up! Stupid!'
"Haries Erwin. Can we go somewhere else?" aku melihatnya dengan muka penuh pengharapan.
"Classroom?" mukanya nampak lurus.
Urgh! Stupid cute guy.
"I mean, bukan dekat sekolah,"aku masih setia memandang dia.
Dia memandang wajah aku. Lama kami saling berpandangan. Aku tahu, dia mesti tengah cuba membaca pemikiran aku. Hahahaha! Kalau dia ada kuasa psikik, dah lama dia beritahu papa apa yang tak kena dengan aku sebenarnya.
"Okay".
"Hurayy!!" pantas aku merangkul lehernya.
"Cik," tubuhnya kaku.
"Thank you," bisikku.
Tiba-tiba dia mencempung tubuh aku. Aku memandangnya hairan. Dah buang tebiat ke Haries ni? Tiba-tiba nak dukung aku.
"Kalau nak keluar sekolah, kita kena ada alasan yang munasabah. Sekarang cik pura-pura pengsan," katanya bersahaja.
Aku tersenyum.
"Pandai juga kau ajar aku membohong," kataku yang sedang memejamkan mata.
"Bukan bohong cik, tetapi helah,"sasa tubuhnya mencempung tubuhku.
Aku mencengkam baju di dadanya. Kepala aku sandarkan ke dadanya juga. Harumannya merangsang hormon wanitaku. Aku rasa selamat.
"Cik," panggilnya.
"Hmmm..." aku masih memejamkan mata.
"Saya berpeluh".
"Who care," kataku perlahan.
Aku rasa seakan sedang mendaki tangga. Dia ke pejabat ke? Boleh jadi juga. Ermm? Suasana ni macam dalam bilik pengetua aja.
"Kenapa ni?" tanya pengetua.
Betullah ni bilik pengetua.
"Dia jatuh pengsan lepas sukan tadi. Saya nak bawa dia pergi klinik," kata Haries agak kaku.
Hahaha! Dia memang tak pandai berlakon. Aku membuka mataku sekecil yang mungkin. Aku melihat wajahnya dari bawah. Tanpa sedar, aku tersenyum. He so honest in his action. Dia melangkah ke luar dari pejabat. Aku hanya mengosongkan minda. Aku tak kisah dia nak bawa aku ke mana sahaja. As long as dia ada, aku tak kisah. Hahahahaha! Cliché.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...