"Weh! Balik markas cepat. Tuan Shirotani kata dia nak buat perhitungan dengan seseorang!" kata lelaki yang aku menaiki kereta bersamanya tadi.
Kami semua bergegas. Aku menaiki kereta bersama dia.
"By the way, siapa nama kau?" tanyaku pada dia yang sedang memandu kereta.
"Dah bertahun kau dengan kumpulan ni tapi kau still tak ingat nama? Hahaha! And, dari tadi kita borak tapi baru sekarang kau nak tanya nama aku? Fuck you! hahaha!" berdekah dia ketawa.
"Cakap aja lah!" marahku.
"Haris."
"Huh?! Apa nama kau?" tanyaku semula.
"Zaris. Sejak bila kau pekak ni?" dia mengerutkan dahi.
"Ouh Zaris," aku mengangguk-angguk.
'Kenapa dengar macam Haries tadi?'
"Lembap betullah budak-budak ni!!" marah Zaris sambil memandang cermin pandang belakang sekilas.
"Penting sangat ke?" tanyaku.
"Suara tuan tadi garang sangat. Dia tak pernah macam tu,"kata Zaries.
Aku berdiam diri. Aku teringat lelaki yang di gelar senpai tadi. Senpai, senior. Mereka banyak guna perkataan-perkataan Jepun. Mungkin sebab perkataan yakuza juga berasal dari Jepun. Hati aku asyik berdetik menyebut nama....
'Haries...'
Kami tiba di mansion milik Tuan Shirotani. Sebuah tempat yang mewah. Melalui pemerhatian aku, semua barang-barang mewah yang ada di dalam mansion ini pastinya akan ada lambang SM. Mungkin short form untuk Shirotani dan Mizutani.
"Cepat Laura!" marah Roy apabila melihat aku masih lagi belum keluar dari kereta.
Semua orang bergegas keluar. Kami masuk ke salah satu bilik yang berada di tingkat bawah. Mansion ini dua tingkat. Masuk sahaja biliknya. Kami masuk lagi ke satu pintu yang membawa kami ke bilik bawah tanah.
"Shiro!" suara seorang perempuan sedang menangis.
Kami melihat Jelita sedang melutut depan Tuan Shirotani, abangnya.
"Tuan, apa yang dah jadi ni?" tanyaku.
Tuan Shirotani memberi aku pandangan yang tajam.
"Aku nak buat permujaan, kau pergi salin baju yang sama macam Jelita," arahnya dengan suara yang menahan marah.
Aku keluar semula dari bilik bawah tanah dan aku melangkah ke bilik Jelita yang berada di tingkat satu. Aku lihat, ada gaun putih di katilnya. Aku ambil. Bajuku, aku lipat dan aku letak di penjuru katil. Handphone aku tinggalkan di bawah baju kerana gaun putih ini tiada kocek.
"Wait!" kataku yang baru teringat sesuatu.
Jelita tadi melutut depan Tuan Shirotani. Bahu Jelita tersangkut kot. Jelita menangis. Dan.. Tuan Shirotani sembunyikan sesuatu belakang badan dia. Urgh!! Kenapa aku bodoh sangat?! Permujaan yang nak di buat, bermaksud proses menghilangkan nyawa, bermaksud bunuh, bermaksud mati!!!
Aku bergegas berlari ke bilik bawah tanah. Aku kena selamatkan Jelita! Kenapa tuan nak bunuh adik dia sendiri. Dia dah hilang akal ke?
"STOP!" terjah aku.
"Huh! Aku tak pernah berhenti," kata Tuan Shirotani yang sedang mengacu pistol ke Jelita yang sedang terduduk dan tertunduk di depannya.
"Tapi kenapa? Apa Jelita dah buat? Jangan apa-apakan Jelita!!" jeritku.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...