"Haries," aku menarik tanganku.
Wajahnya terkedu. Aku tau yang dia menganggap tindakkanku ini satu pernolakkan halus terhadap isi hatinya. Tetapi tidak! Aku menarik tanganku kerana aku ingin mendakap dirinya. Aku menapak selangkah ke depan sambil tanganku cuba untuk meraihnya.
"Laura!" wajah Haries terkejut.
Bahuku dan bahunya ditarik ke belakang dan kami terpisah. Dakapanku kini menjadi huluran tangan supaya kami di dekatkan.
"Haries!!!!" aku meronta-ronta apabila seseorang memegang pergelangan tangan aku.
Aku menumbuk seseorang yang memegang aku.
"Cik Laura! Cik tolong bekerjasama dengan kami!" kata Leo sambil menarik aku.
"Aku kena tolong Haries!!!" aku meronta-ronta sambil melihat Haries yang sedang di serang dari segenap penjuru.
"Cik boleh tolong Haries dengan selamatkan diri cik. Aduh!!" Leo terundur ke belakang sedikit kerana ditumbuk olehku.
"Pergi mampus sana! Aku nak selamatkan Haries!!" aku terus menuju ke arah Haries.
"Pergi Laura!!" jerit Haries.
"Laura!! Selamatkan diri!!!!" jerit mama.
"Hahahaha!!!" gelakkan Tuan Shirotani begitu menyengat gegendang telingaku walaupun keadaan begitu bingit di sekeliling kami.
"Jangan usik perempuan aku!!" marah Haries.
Haries dipegang oleh enam orang lelaki.
"Laura! Cepat lari!!" arah papa.
"Tolong jangan apa-apakan anak kami!" rayu mama.
"Laura jangan takut! Papa datang," papa hendak melangkah ke aku.
Leo menahan papa.
"Hahahaha!!! Takut?! Laura takut?! Ketakutan dia yang sebenar adalah Haries," kata Tuan Shirotani.
Tidak dinafikan. Himitsu kalah kerana mejoriti budak Tuan Shirotani paling ramai.
"Aku benci kau!" aku bersuara keras.
"Huh! Hari ini, aku akan bongkarkan dekat mama papa kau. Siapa kau yang sebenar!" Tuan Shirotani mendekati aku.
Aku menapak ke belakang. Seseorang menghalang aku dari terus menapak. Dia memegang aku dari belakang.
"Jangan apa-apakan anak kami!!!" jerit mama.
"Arrghh!" jeritku.
Kain dibahagian bahu kananku dikoyakkan. Lenganku ditarik dan mendedahkan secara terang-terangan kepada mama dan papa, tatuku.
"Laura," mama terduduk.
Aku mengetap gigi sambil memandang ke bawah.
"Kau sayangkan Laura tapi kau tak tahu pun rahsia gelap anak kesayangan kau ni. Kau berdua tak pernah tahu yang dia bercinta dengan Khairi, anak yakuza, adik aku! Dan kau tidak pernah tahu yang dia dah terlibat dengan yakuza selama lima tahun. Hahahah!!! Kau berdua dengan Laura, boleh pergi mampus!" kata Tuan Shirotani.
Aku memandang mama dan papa. Mereka memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsir dan diteka. Walaupun kami berkongsi darah yang sama namun naluri kami berbeza. Aku sendirian di tengah lautan manusia ini. Aku rasa sepi. Aku rasa sisi gelapku telah menenggelamkan warna-warna yang ada.
"Haries," panggilku.
Entah kenapa, bibirku tercemik. Satu perasaan halus menggelunsur lembut ke luar hatiku. Satu perasaan yang membuatkan aku rasa jatuh ke dasar yang gelap dan sejuk namun jatungku yang mengepam laju tak mampu memanaskan tubuh. Aku memandang Haries dengan mata yang membudar. Mataku bergetar.
"Hahahaha! Jangan menangis sayang," kata Tuan Shirotani.
Dia menarik daguku secara kasar supaya wajah kami saling berdepan.
"Jangan usik dia!!!" Haries meronta-ronta ingin dilepaskan.
"Haries," aku menundukkan pandangan.
Aku tak mampu berbuat apa-apa tindakkan. Aku lemah! Seorang lelaki di belakang Haries sedang mengacukan pistol padanya tanpa dia sedar.
"Hahahaha!!! Kau tengok anak kau ni. Ketakutan sebenar dia ialah Haries. Dia yakuza, mana mungkin dia takut dengan kami. Hahahaha!" kuat tangan Tuan Shirotani mencengkam daguku.
Aku menolak dia. Kakiku hendak menapak ke Haries tetapi terhenti. Aku mengepal penumbuk. Aku mengetap gigi. Aku mengemam bibir yang tercemik-cemik.
"Laura, kau sayangkan aku?" tanya Haries.
Aku mengangguk.
"Jadi, buat apa yang aku suruh," katanya.
"Tapi.."
"Laura!" suara Haries meninggi.
"Haries!" seruku.
Satu hentakkan kuat mengena tengkukku dan dunia berpusing lalu segalanya hilang.
_____________________________
"I really in love with you."
Haries!
"I really in love with you."
Haries!!
___________________________________
maaf part ni pendek!
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...