"Jadi, ni rancangan Laura?" tanyaku.
"Ya," kata Naim.
"Tapi aku tak merancang untuk mati."
Mata aku terbeliak. Pantas aku memandang ke arah suara tersebut.
"Cik Laura!!!!" seru semua orang.
Aku lihat Leo sedang memapah Laura. Laura menolak Leo.
"Haries," Laura mendepakan tangannya.
Aku berlari. Berlari mendapatkan Laura lalu mendakapnya.
"Laura," aku memeluknya erat kerana takut dia terjatuh.
Dia bukan memberatkan tubuh tetapi dia tak boleh berdiri.
"Haries, tumit kasut aku patah. Rambut aku terbakar sikit. Aku sejuk. Peluk aku," katanya.
Aku membaringkan tubuhnya di ribaku sambil aku memeluknya. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum lesu. Aku lihat dia hanya bersinglet hitam dan berseluar pendek hitam. Pantas aku membuka kemeja aku. Aku menutup tubuhnya. Tangannya dilekapkan di dadaku.
"Haries. Kenapa kau berdebar? Ni bukan kali pertama kita berjumpa," dia kemudian tertawa kecil.
Aku tak tahu kenapa tapi aku sedih sangat melihat keadaan dia. Sangat sedih.
"Haries. Aku nak pegang pipi kau," katanya.
Aku hanya memandang dia.
"Tapi tangan kanan aku tak boleh gerak," katanya.
Aku memandang tangan kanannya lantas aku ambil dan letak di pipi aku.
"Hahahaha," dia tertawa manja.
"Aku tak dapat rasa Haries," katanya.
Aku melihat tangannya. Tak ada apa-apa. Mesti tulangnya patah.
"Naim, bawakan kek Haries," arahnya.
Naim datang bersama kek.
"Tolong aku pegang," katanya.
Aku membawa tapak tangannya ke bawah kek. Bawah tapak tangannya adalah tanganku. Aku menyokong tangannya.
"Kenapa lilin tak ada api?" dia bersuara seakan marah.
Tapi sebenarnya, dia menahan sakit.
"Mancis! Cepat mancis!" semua orang kelam kabut.
Aku sedikit pun tidak memandang tempat lain. Dari tadi, aku hanya memandang Laura.
"Dah cik," kata Naim.
Lilin telah pun hidup.
"Happy.... Happy birth... Day to.. You.... Happy birth... Day... To you.." Laura menyanyi tersekat-sekat.
Air mataku menitis. Aku ralit memandang Laura. Aku terluka melihat senyuman dia. Aku tak sanggup melihat dia tersenyum dalam kesakitan.
"Stop it Laura," aku mengetap gigi.
"Happy .. Birth.. Day to.. Haries Er..." nyanyiannya terhenti.
Kek di tangan telah pun jatuh. Dia nampak terkedu. Bibirnya tercemik ingin menangis.
"Haries..... I'm sorry.... Aku terjatuhkan.... Kek kau..... Kalau... Lah aku ...Lebih kuat pegang.... Kek tu...."
"Lembap!!!" aku terus menyembamkan wajahku ke bahunya.
Aku yang lepaskan tangan kau, sebab tu kek jatuh. Bukan sebab kau tak kuat nak pegang kek tu.
"Haarriess," dia melagukan panggilannya.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...