Kerusiku dan Haries terjatuh ke belakang.
"Leo!!!"jerit Haries.
"Lindungi Cik Laura!!" jerit lelaki yang digelar Leo.
Eh??!!!! Lelaki yang digelar Leo ni, dia nilah yang kata lelaki jahat hanya kecundang and bla bla bla.
"Haries! Apa yang...."
"Kita dah tak ada masa! Lindungi diri!" jerit Haries di dalam kekacauan antara dua buah kumpulan.
Tiba-tiba, Haries menyeluk ke pehaku melalui belahan kain gaunku. Dia menarik sepucuk pistol.
'MACAM MANA DIA TAHU?!'
Aku keliru dengan apa yang jadi.
"Bang! Bang!" beberapa das tembakkan Haries lepaskan.
Aku menutup telinga kerana terlalu bingit. Semua jadi tunggang terbalik. Meja terbelah dua. Pinggan, mangkuk, gelas kaca semua habis pecah. Darah tepercik ke sana sini. Mama memeluk papa. Yakuza himitsu mengepung kami dari didekati oleh budak-budak Tuan Shirotani.
"Haries! Apa yang.." kata-kataku terhenti.
Haries mengacu pistol ke aku. Dia memeluk kepalaku lalu ditarik ke dadanya. Tangannya menutup telingaku.
"Bang! Bang!" beberapa das tembakkan dilepaskan lagi.
Dia melepaskan aku. Aku memandang dia. Aku memandang sekeliling. Mereka semua bergaduh tapi apa taruhannya? Apa yang mereka mahukan. Aku menutup telinga. Berharap agar segala kekacauan ini menjadi sunyi.
"Sial!" carut Haries.
Aku dapati kami dikepung.
"HAHAHAHAHA!" gelak seseorang yang aku sangat kenal.
"Shirotani," kata Haries sambil menanggalkan kotnya dan melonggarkan tali leher.
"Macam mana?" aku memandang Haries.
"A new hero after a died hero? Hahaha!" Tuan Shirotani bersuara jengkel.
Haries melindungi aku dari dilihat oleh mata liar Tuan Shirotani.
"Haries," suaraku bergetar.
"Haries? Kenapa Haries? Bukan sepatutnya ..."
"Shut! Up!" Haries besuara keras.
Aku memerhatikan mereka berdua yang berlaga pandangan.
"Hahahahahaha!" Tuan Shirotani tergelak besar.
"Laura need to know.."
"Know what?!" aku bersuara lantang.
Apa yang terjadi sebenarnya ni? aku rasa aku sedang dibodohkan.
"Pitty Laura," Tuan Shirotani masih bermain-main dengan katanya.
"Cakaplah! Apa yang aku perlu tahu!" jeritku, melawan bunyi kekacauan di sekeliling kami.
"Haries ialah senpai..."
Kata-kata Tuan Shirotani seakan bergema di halwaku. Aku memandang Haries dengan mata yang membulat. Aku menapak selangkah menjauhi Haries. Suasana seakan senyap seketika.
"No explanation? Hahaha! Senpai, kau still senpai yang dulu," Tuan Shirotani menepuk-nepuk tangannya sambil ketawa.
"Haries, betul ke?!" aku berdiri kaku.
Aku tak tahu apa reaksi yang patut aku buat. Perlukah aku terkejut? Perlukah aku marah? Segalanya masuk ke kepala aku serentak dalam satu masa yang sama. Haries senpai? Tapi Haries baik. Apa kaitan Haries dalam hal ni? Apa yang terjadi ni?
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...