Aku melukis muka Haries pada sehelai kertas. Lakar punya lakar akhirnya siap. Tetapi, lukisan Haries menjadi muka syaitan. Hmmm.. Lukisan aku makin teruk sekarang ni. Aku merenyokkan kertas tersebut lalu aku campak ke hadapan. Aku menarik sehelai lagi dan melukis semula wajah Haries. Tiba-tiba, tanpa sengaja aku terlukis tanduk. Aku renyokkan lukisan aku lalu aku campak ke hadapan. Aku ambil lagi kertas untuk dilukis.
"Laura, apa yang kau cuba buat?" tanya Haries kegeraman.
Aku memandang Haries yang sedang duduk di hadapan aku.
"Ermm.. Aku tengah try lukis gambar somebody yang tak penting pun. Lukisan aku makin teruk sekarang," kataku selamba.
Kertas yang terlakar wajah Haries yang bertanduk aku reyukkan dan aku aku campak ke hadapan. Tepat mengena dahi Haries setiap kali aku campak ke hadapan.
"Kau ingat aku buta? Aku nampak kau lukis apa!" marah Haries.
"Oh! Ye ke!" kataku jengkel.
Bilik yang sedang kami didiami ini merupakan mini office Haries. Kertas yang aku conteng, aku lakar dan aku buang ini merupakan kertas kerja Haries. Aku sedang duduk di hadapan Haries yang sedang fokus dengan kerjanya. Selagi dia tidak benarkan aku ke luar, selagi dia kurung aku dan selagi itu aku akan buat hidup dia tak aman.
"Kau pergi duduk dekat sofa sana!" marah Haries.
"Haries, belikan aku handphone," kataku yang ternampak handphonenya di atas meja.
"Tak payah, kau tak penting. Tak ada siapa-siapa pun yang nak text kau," kata Haries jengkel.
"Huh! Yang penting aku ada Roy," aku sengaja menyakitkan hati Haries.
"Pergilah sana, dahlah busuk," katanya jengkel.
Aku bangun dari dudukku dan duduk di sofa yang ada di sudut bilik ini.
"Memandangkan aku tak ada handphone. Terpaksalah aku buat surat nak kasi mama dengan papa. Kehadapan mama dan papaku tercinta. Laura, anakmu ini telah diculik oleh si tak guna bernama Haries. Anakmu ini telah dikambing hitamkan oleh lelaki busuk bernama Haries. Mama dan papa janganlah menelefon pihak polis tetapi telefon askar, maritime, bomba, pemusnah bom dan mintak bantuan dari luar negara untuk menyelamatkan Laura. Yang di kambing hitamkan (yang benar), Laura," aku sengaja membaca surat yangku tulis ini kuat-kuat.
"Laura, come here," panggil Haries lembut.
"No," kataku tanpa memandang dia.
"Laura.."
"No!" aku memintas kata-katanya.
Aku dengar langkah menghampiri aku. Tanpa menoleh pun aku dah tahu yang itu adalah Haries. Dari ekor mata aku nampak Haries mengelengkan kepala. Dia sedang melihat kertas yang kononya aku menulis surat untuk mama dan papa pada hal aku sedang melukis wajahnya yang serupa macam syaitan.
"Kau pakailah dulu handphone aku. Nanti aku belikan yang baharu," kata Haries sambil menghulurkan telefonnya.
"Tak nak," kataku.
"Tak nak tak apa," Haries mahu menyimpan handphonenya semula.
"Eh! Eh!" pantas aku mengambil handphonenya.
Aku membuat wajah teruja sambil memandang Haries.
"You're welcome," katanya.
Aku masih memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar. Haries menolak dahiku sehingga aku terbaring di sofa.
"Cis!" aku pantas bangun semula.
Haries berlalu semula ke tempat duduknya. Aku bangun dari dudukku dan duduk di hadapannya. Aku membuka aplikasi kamera lalu aku merakam Haries.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...