"Wear this," aku menghulurkan seluarku.
Aku tahu seluarku besar but at least ada juga pakaian nak tutup kakinya.
"Help me," dia membuat wajah comel.
"Help yourself!"mataku membulat lalu tanganku menolak dia masuk ke tandas.
Aku dengar dia tergelak. Hermm! Nasib akulah dapat tuan yang nakal macam dia ni. Boleh mati terkejut aku dengan kelakuan dia yang selalu carefree. Main buat aja apa yang nak dibuatnya tanpa fikir apa yang akan terjadi. Tanpa sedar, aku menggeleng kepala.
"Haries," dia keluar dari tandas.
Aku lihat kaki seluar yang dipakainya meleret ke lantai. Aku bertinggung di depannya lalu melipat kaki seluarnya. Tangannya memegang seluar dari terjatuh. Hahah! Comel.
"Is it okay?" tanyaku.
"I need this".
"Wooo!" mataku terbeliak.
Tanganku memegang pergelangan tangannya yang tiba-tiba memegang tali pinggangku. Gila tak terkejut.
"Give it to me!" arahnya.
Dia memang gila!
"Cik, jangan macam ni," aku mula gelabah.
"Buka!" jeritnya.
Aku mula malu. Orang sekeliling memandang aku lain macam. Alamak! Mesti semua orang salah faham ni. Aduh! Malu!
"Cik! Cik! Jangan macam ni. Seluar saya longgar nanti," mukaku kemerahan.
"Ala, aku pakai ni lagi longgar. Takkanlah setiap masa nak pegang. Seluar kau longgar sikit je pun. Tak adalah sampai jatuh kalau tak pegang macam aku ni," tanggannya kuat mencengkam tali pinggangku.
Janganlah tangannya gerak-gerak. Kena tempat lain, lain jadinya nanti!
"Okay! Okay! Saya buka," aku mula gelabah.
Tali pinggangku dilepaskannya. Gigil tanganku membuka tali pinggang.
"Need some help?"
"No!" pantas aku menjawab.
Aku dengar ada ketawa halus keluar dari bibirnya.
"Bro! Balik rumahlah!" tegur entah siapa entah.
"Ish! Ish! Kotor betul pemikiran orang tu," Laura menggeleng-gelengkan kepala.
Cik la punca dia fikir macam tu!!!!!!!
"Ni cik," aku menghulur tali pinggangku.
"Pegang sekejap. Aku nak ikat rambut," katanya sambil melihat cermin di dalam tandas.
Dia melepaskan pegangan tangannya pada seluar. Waaa!!! Pantas aku memegang seluar yang dipakainya di bahagian pinggang. Fuh! Nasib sempat, kalau tidak dah jatuh seluarnya. Dia menoleh memandangku. Aku memandang tempat lain. Dari ekor mata, aku lihat dia tersenyum. Two word, she crazy!
Rambutnya diikat kemas menampakkan lehernya yang jinjang. Cantik! Like always. Tali pinggang dibahuku diambilnya. Aku melangkah menuju ke luar. Aku tunggunya di luar tandas. Fuh!
"Hei," tegur Laura yang baru sahaja keluar dari tandas.
"Let's go, miss," aku berjalan mendahuluinya.
"Haries,"panggilnya.
"Yes," aku masih tidak memandangnya yang berada di belakang.
"Fuck up! Look at me, idiot!" makinya.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...