Aku kini berada di bilik yang penuh dengan komputer. Leo memainkan satu video."Tengoklah ni, si pengecut."-Leo
Rakaman tersebut menunjukkan Haries dan Leo sedang bersembunyi. Kemudian, kamera menghala ke luar tempat persembunyian mereka. Dalam rakaman tersebut, aku sedang melompat pagar sebab nak ponteng sekolah.
"Maaf cik. Saya salah buka," kata Leo.
Dia membuka satu lagi komputer.
"Bangun Erwisha! Sayang! Tolong bangun!"-Tuan Shirotani.
Aku terduduk di kerusi yang ada di sini. Aku menekup mulut sendiri. Tuan Shirotani sedang memeluk seorang perempuan yang sedang terbaring tenat di katil hospital. Sekeliling mereka ada Jelita, Khairi, Haries, Leo, seorang lelaki yang dah berumur serta wanita yang telah berumur. Mereka berdiri membelakangkan kamera kecuali Haries dan Tuan Shirotani.
"Siapa dia tu? Siapa perempuan yang terbaring tu?" tanyaku.
"Erwisha. Kakak senpai dan.."
"Wait! Erwisha? Kakak senpai? Kakak Haries? Haries Erwin. Erwisha. I see," aku cuba menghadam apa yang berlaku.
"Betul tu," kata Leo.
Tiba-tiba, aku teringat kata-kata Haries semasa kami di bawah tahanan Tuan Shirotani.
"Kakak Haries meninggal?!" mataku membeliak.
"Ye," Leo bersuara sedih.
"Tapi apa kaitan dengan Tuan Shirotani? Kenapa dia yang meratap lebih-lebih?" tanyaku hairan.
"Sebenarnya, Erwisha ialah isteri kepada Shirotani."
Dup! Aku tersentak!
"What??!!" aku terkejut.
"Shirotani, Jelita dan Khairi bekerja dengan keluarga senpai dan dari situlah cinta mereka berputik. Mereka bercinta secara senyap sebab ayah dan ibu Erwisha tak restu. Orang pertama yang tahu hal mereka ialah senpai dan dia cuba sebaik mungkin untuk cover kakak dia. But, entah macam mana ayah mereka tahu juga," kata Leo.
Dadaku menjadi sesak.
"Kenapa mereka tak restu Erwisha dengan Tuan Shirotani?" tanyaku.
Leo tertunduk sedih.
"Sebab, inilah tradisi keluarga senpai. Smith's tradition. Semuanya ditentukan ibu bapa. Bagi mereka, pilihan ibu bapalah yang paling terbaik. Disebabkan tradisi tu, dia orang ambil keputusan untuk khawin lari. Erwisha ada masalah jantung. Dia tak boleh penat. Dia tak boleh banyak bergerak even having sex pon dia tak boleh," terang Leo.
"Dia meninggal sebab masalah jantung?" tanyaku.
"Lebih kurang macam tulah," kata Leo.
"Macam mana tu?" tanyaku apabila penerangannya kurang jelas.
"Selepas hubungan mereka kantoi dengan semua orang. Tuan Ghaffar terus putuskan yang Erwisha tu bukan anak dia lagi. Senpai pernah curi-curi jumpa kakak dia tapi Tuan Ghaffar dapat hidu perbuatan dia. Akibatnya, senpai kena sebat 10 kali dan kena rendam dalam sungai selama lima jam," Leo cuba mengawal emosinya.
"Kejamnya!" marahku.
"Itulah Himitsu."
"Lepas tu, apa yang jadi?" tanyaku lagi.
"Selepas beberapa bulan, kami dikejutkan dengan berita yang mengatakan Erwisha mengandung. Senpai dapat tahu, dia terus lari dari mansion untuk jumpa kakak dia. Kami dah puas halang sebab kami takut kalau Tuan Ghaffar tahu, habislah nasib senpai tapi dia tetap degil. Nak jaga Erwisha katanya. Semua orang takut dengan kemungkinan yang bakal terjadi pada Erwisha. Sedangkan nak having sex pon doktor tak benarkan inikan pula nak lahirkan baby," kata Leo.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...