Kami berlari ke luar. Kereta Toyota yang aku naiki tadi masih lagi terletak di tempat yang sama. Manalah tahu dah digalihkan. Aku menolak Roy masuk ke dalam kereta. Nanti, kalau aku tolak Roy dekat tempat penumpang, siapa yang nak bawa kereta? Aku mana reti.
"Hahahaha! Kalutlah kau ni. Macam baru pertama kali buat jahat," kata Roy selamba.
Dia keluar dari tempat duduk penumpang lalu menuju ke tempat pemandu. Aku duduk di tempat sebelah pemandu.
"Cepatlah Roy! Mati kita kalau Haries tahu," kataku.
Roy terus menghidupkan kereta lalu memandu laju.
"Laura, Laura. Suka buat benda tanpa berfikir. Ni kau nak bawak aku lari ke mana ni?" tanya Roy.
"Eh! A.ah juga. Mana aku nak sorokkan kau ni?" aku mula mengigit kuku kerisauan.
"Hahahahaha!! Comellah kau ni," kata Roy.
"Aaahaaa!!! Aku tahu. Pergi rumah aku! Cepat!!" kataku.
Sejak kejadian kami diserang oleh Tuan Ghaffar, aku tak pernah lagi pulang ke rumah. Aku rindu juga rumah tu. Banyak sejarah aku dalam rumah tu. Paling banyak, sejarah aku dengan Haries.
Haries, sorry tapi kata-kata cinta dari Roy sedikit mengugat hati aku. Mungkin sebab kau tak pernah cakap macam tu dengan aku sebelum ni. Maaf Haries but kenapa aku perlu mintak maaf. Kita bukan ada hubungan yang official. Semua orang tahu kau sayang aku tapi mungkin sayang kau pada aku tu hanyalah sekadar seorang teman. Hahahah! Belum terlambat lagi kut untuk aku berpaling tadah.
"Laura, kita dah sampai," kata Roy.
"Okay jom. Kau mesti lapar. Biar aku masak," kataku.
Main cakap aja aku ni. Entah ada ke tak lauk nak masak.
"Laura? Mana Haries? Siapa ni?" tanya mama.
Aku sahaja yang tak balik rumah. Mama dengan papa dah balik dah.
"Ni Roy. Kawan baik Laura," kataku.
Roy hanya tersenyum.
"Eh! Masuklah, kebetulan pula mama baru masak. Boleh ajak kawan kamu ni makan sekali," kata mama.
"Eh! Masuklah Roy," kataku.
"Melepaslah nak merasa air tangan kau," katanya.
"Hahahaha!!" kami sama-sama tergelak.
Aku dan Roy masuk ke dalam rumah seperti tiada apa yang terjadi. Aku harap mama tak tanya pasal Haries dan aku harap Haries tak tahu yang aku ada dekat sini.
"Papa mana mama?" tanyaku.
"Kerjalah, apa lagi yang dia boleh buat. Duduklah Roy. Tak ada apa sangat dekat rumah mak cik. Kebetulan ja ni mak cik masak lebih," kata mama.
"Okaylah ni mak cik. Rezeki, syukur kita dapat makan. Kalau dekat luar sana, entah ada orang tak pernah pun jumpa makanan macam ni," kata Roy.
Aku tersenyum melihat Roy. Pandai dia ambil hati mama.
"Makanlah dulu. Mak cik nak pergi toilet sekejap," kata mama.
Aku kini tinggal berdua-duaan dengan Roy di meja makan. Sedikit pun keadaan tidak kekok aku rasakan walaupun sebelum ni boleh di bilang dengan sebelah tangan berapa banyak kali aku dengan Roy bertegur sapa.
"Apa yang dah jadi sebenarnya? Lepas kau kena tembak, polis datang serbu. Lepas tu kita orang ingat kau dah mati. Tuan Shirotani bukan main berpesta lagi dia,"kata Roy.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...